Showing posts with label Darussakinah. Show all posts
Showing posts with label Darussakinah. Show all posts

Monday, May 25, 2009

Kasih sejarak dua jari~

Seminggu lebih telah berlalu, aku kini telah pulang ke halaman asalku di Bandar Baru Bangi, Selangor meninggalkan warga Rumah Anak Yatim Darussakinah setelah hampir 4 bulan setengah menghuni di sana sepanjang tempoh menjalani praktikum. Sungguh aku amat merindukan anak-anak Yatim Darussakinah. Mereka sudah kuanggap seperti adik-adikku. Masih aku teringat hari terakhir sebelum meninggalkan mereka, hati aku luluh yang amat. Sedih untuk meninggalkan adik-adik yang dahagakan perhatian dan kasih sayang. Sedaya upaya aku menyembunyikan rasa sedih dengan senyuman dan gelak tawa.

Bila petang,aku mesti teringat adik2ku di sana yang dangat lincah dan aktif bermain.macam2 permainan yang kreatif mereka wujudkan.kadang2 aku pun naik takut tengok mereka main. Bak kata mereka, "kami lelaki, kenala main yang kasar2" Huhu, dan selalunya kakak akan dok tepi tengok mereka bermain.Kalau ada yang cedera, kakak jadi "doctor instant" =).

Menjelang Maghrib kakak mesti terkenangkan kalian yang comel2 berbaju Melayu dan berkain pelekat menuju ke surau untuk solat berjemaah. Kadang2 lepas mengaji Qur'an kak mesti teringatkan Zainul Ariffin. Semasa di rumah Anak Yatim Darussakinah kakak selalu ajar Zainul mengaji selepas maghrib. Kakak harap sangat Zainul cepat dapat mengaji Quran. Kakak tahu Zainul tak pernah putus asa untuk belajar mengaji.

Buat Ariff yang bakal menduduki peperiksaan SPM, kakak tahu kamu boleh jika kamu berusaha sungguh2.Ilmu-ilmu Biologi yang kakak ajar, moga kamu tidak lupa.Kakak kagum melihat kamu mempunyai bakat melukis. Buat Aslam yang akan menduduki peperiksaan PMR, rajin2 belajar. Terima kasih atas gelaran "Ummu Hurairah" yang kamu beri pada kakak kerana begitu menyayangi kucing2 di Darussakinah =)

Terima kasih ya Allah atas aturanMu yang indah, bersama anak-anak yatim ini, aku belajar erti hidup, belajar jadi hamba yang bersyukur. Sedayanya aku zahirkan kata-kata "Erti hidup pada memberi".(Ustaz Hasrizal Jamil).Kasih sayang kakak pada kalian kerana Allah dan buat selamanya. Moga kalian membesar dalam pemeliharaan Allah. Ketahuilah kalian sungguh istimewa di hati kakak.Terima kasih ya Allah atas perjalanan hidup yang indah bersama adik2 di Rumah Anak Yatim Darussakinah
Surat buat kakak
Hari terakhir sebelum meninggalkan Rumah Anak Yatim Darussakinah, aku menerima surat dari anak yatim di sana. Saat membacanya terasa sayu dan hiba. Meski ringkas tapi cukup terkesan dihatiku..


Assalamualaikum
Kepada kakak... Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana akak selalu mengambil berat terhadap kami..
Saya tiada apa-apa untuk diberikan kepada akak. Semua masa dan tenaga yang telah kakak curahkan kepada kami tanpa mengenal erti ‘penat datidak dapat kami balas semua itu dengan hanya sehelai kertas yang tiada nilai ini.. Kenangan ‘pahit manis’ ketika bersama akak tidak akan saya lupa dan ia akan terus subur di dalam ingatan saya. Akak jangan sedih... Sebelum mengundur diri, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap yang telah saya lakukan semasa akak berada di asrama ini.Semua yang baik itu daripada Allah S.W.T dan semua kelemahan itu semuanya daripada saya.
Yang benar,
Mohd Nur Ariff


Surat yang kuterima itu, kulipat kemas, tak mampu menahan air mata. Kakak mohon maaf kerana meninggalkan kalian. Tapi ketahuilah, kalian sentiasa di dalam doa kakak. Moga kalian membesar sebagai syabab-syabab yang berakhlak mulia.berjaya dunia dan akhirat.
Kak pasti akan ke sana suatu masa nanti~


“Mereka menanyakan kepadamu (Muhamad) tentang anak-anak yatim. Katakanlah, Memperbaiki keadaan mereka (islah) adalah baik! Dan jika kamu mempergauli mereka, maka mereka adalah saudara-saudaramu. Allah mengetahui orang yang membuat kerosakan dan yang berbuat kebaikan. Dan jika Allah menghendaki, nescaya Dia datangkan kesulitan kepadamu. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana”
( Al-Baqarah:220)

Friday, May 1, 2009

Night of stars~Kebesaran Allah yang penuh ketenangan

Pantasnya masa berlalu, sudah seminggu lalu aku selesai taklifanku sebagai guru praktikal di SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai, Teluk Intan. Untuk makluman sahabat2, aku masih menetap di Rumah Anak2 Yatim Darussakinah sehingga pertengahan Mei ini. Sahabatku yang berpraktikal bersama,Mustabsyirah,sudah pulang ke kampung halamannya di Pahang. Aku masih disini kerana adik-adik Darussakinah yang kukasihi fillah~

"Kakak tak takut ke tinggal sorang2" tanya Iskandar,
anak yatim yang baru sahaja darjah Tiga
selepas sahabatku Mustabsyirah pulang ke kampung halamannya.
"Erm..nak takut apa, nanti kalau mati pun sorang2 jugak"
jawabku selamba.
"Ehhh, mana ada...ada je yang mati satu kelurga",
Iskandar tidak puas hati dengan jawapanku.
"Ye la sayang, tapi nanti dalam kubur sorang2 jugak"
balasku dengan senyuman.
"Ehh..mana ada..kat Palestin tu meninggal dunia ramai2 dalam kubur. tak sorang2 pun"
balas Iskandar masih tidak puas hati.
Aku tersenyum dan tergelak kecil mendengar jawapan Iskandar. Perbualan yang tak dapat aku lupakan. Betapa jiwa kecil Iskandar tidak menerima jawapan aku secara rasional. Hakikat anak-anak kecil, selalu melihat sesuatu dari sudut realistik dan yang zahir sahaja.Sebab itulah kenapa anak-anak sedari kecil perlu ditarbiyyah tentang akidah, keyakinan terhadap Allah (ma'rifatullah~mengenal Allah). Aku mula mempelajari sesuatu dari kehidupan yang kulalui di Rumah Anak-anak Yatim Darussakinah. Terima kasih ya Allah.

Bintang-bintang indah di langit
Biasanya setiap malam selepas mengajar dan membantu adik-adikku di Rumah Anak-anak Yatim Darussakinah membuat kerja sekolah, aku akan ambil peluang melihat langit malam.Aku suka melihat langit. Aku suka melihat bintang2 indah berkelipan dan bertaburan di langit. Kadang2 terasa seakan mahu tidur berbumbungkan langit yang dipenuhi bintang2.


"Cuba tengok langit, cantikkan bintang-bintang.Sangat banyak"
kataku pada adik-adik.
"Aah..banyaknya beribu-ribu"
kami sama2 mendongak ke atas melihat langit yang indah.
"Hebatkan Allah boleh cipta bintang-bintang kat langit yang tinggi"
aku meyakinkan mereka tentang kebesaran Ilahi.
"Aah..aah.. " si kecil Solehan (anak yatim yang baru darjah Dua) mengiyakan.
" Kalau Allah hebat kita sebut apa?"
"SUBHANALLAH!!" jawab mereka,
seperti mana yang pernah kuajarkan sebelum ini.

Alhamdulillah3X.Tarbiyyah sebegini sedayanya aku terapkan pada mereka. Moga kalian tahu Allah itu Maha Hebat dan sentiasa bersama kita.Buat adik-adikku yang kakak kasihi fillah,kalian sungguh istimewa di hati kakak kerana usia semuda ini Allah telah menguji kehidupan kalian.Kalian tinggal di rumah anak-anak yatim tanpa kasih sayang yang sempurna. Tapi kalian selalu menghiburkan kakak dengan ragam dan keletah yang pelbagai. Moga kalian sentiasa kuat mengharungi hidup ini.

Thursday, April 23, 2009

"Tiada kerehatan bagi seorang mukmin sehinggalah ia bertemu TuhanNya"

Masaulkhoir semua, hari ni begitu sibuk sehingga tidak sedar tak sempat menjamah apa2 sehingga hampir waktu petang. Di saat akhir2 praktikal, aku dan sahabatku diuji bila mana pensyarah kami mahukan laporan lengkap bertaip. Makluman yang agak baru kami terima. Sedangkan dari awal Januari semua laporan kami tulis sendiri by hand. Betapa saat2 akhir ini teramat sibuklah kami menghadap laptop. Rabbuna Yusahhil InsyaAllah~

Peristiwa malam tadi

"Kakak, esok sekolah kami ada sukan tahunan, kak datang ye" kata Zul, anak yatim yang bersekolah rendah.
"InsyaAllah kalau kak tak sibuk" aku tidak mahu menabur janji
"Datanglah kak, dah lah mak dan keluarga kami tak datang" nada merajuk.

MasyaAllah kasihan adik2ku ini. Dahla mereka anak yatim tanpa keluarga disini, kalau bukan aku yang datang siapa lagi selayaknya berkongsi detik2 mereka yang penuh semangat kesukanan ni.

Pagi tadi aku curik masa untuk ke sekolah Rendah Dato' Yahya Suban, Chenderong Balai, Teluk Intan,tempat anak2 yatim Darussakinah belajar untuk bersama meraikan hari sukan sekolah mereka.


Solehan (kiri)-anak yatim paling kecil di Darussakinah semangat dengan rumah sukannya.(^^)

"kakak datang..yea.."

"kak, sokong rumah sukan saya ye"

Gembiranya mereka nampak kehadiranku. Ya Allah permudahkanlah urusanku agar aku tidak mengabaikan mereka~

Monday, April 13, 2009

Terbinanya sebuah baitul muslim. Alhamdulillah~

"Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah.."
Abg ngah dan ukhti Nazirah sesudah diijabkabulkan.

Alhamdulillah3X, 11 April 2009 (Sabtu) anak lelaki ustaz pengetua Rumah anak Yatim Darussakinah yang ku panggil "Abang ngah" telah selamat di ijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Ukhti Nazirah-dekat2 dgn nama aku=). Pengalaman buatku kerana malam pernikahan itu, aku mengiringi rombongan pihak lelaki ke masjid. Siang tu aku berbual-bual dengan Abg ngah. "Abg Ngah berdebar tak?"."Mestilah, walaupun lafaz akad tu nampak mudah tapi rasa berdebar nak pegang tanggungjawab baru" jawab abg Ngah.Aku bersyukur kerana sebuah baitul muslim telah terbina akhirnya.
Tadi aku sempat membuka web iluvislam (pilihanku) dan membaca sebuah 'entry' yang padaku mempunyai penuh pengertian. Aku kongsikan sebahagian daripadanya buat semua. (http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1560)
Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya. Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…
Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!

Senyum seindah suria =) kembara ke taiping...

Masaulkhoir semua, pejam celik pejam celik, minggu depan minggu terakhir aku bergelar guru praktikal di SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai, Teluk Intan. Di saat aku mula mengenali anak-anak murid yang kukasihi fillah, terasa berat hati ini nak meninggalkan mereka. Sungguh, mereka banyak memberiku pengalaman berharga, sebuah pengertian dalam memegang taklifan "memanusiakan manusia". Akan kumanfaatkan waktu berbaki ini sebaiknya~
Peristiwa hujung minggu
Ahad lalu, aku dan adik2 rumah Anak Yatim Darussakinah sekali lagi dijemput menghadiri program anjuran badan NGO SECURICOR di Taiping. Sekali lagi aku kembara membawa adik-adik yang begitu tidak sabar2 ke Taiping. Kami bertolak dari Chenderong Balai, Teluk Intan seawal jam 6.45 pagi menaiki bas yang disediakan oleh pihak syarikat.

Alhamdulillah, jam 9.30 pagi kami tiba di Taman Tasik Taiping di mana program tersebut diadakan. Seramai 200 anak2 yatim dari seluruh Perak diraikan oleh pihak syarikat.Nyata aku gembira melihat mereka gembira dalam senyuman. Berikut sedikit paparan kenangan aku bersama adik2 rumah Anak Yatim Darussakinah yang dikasihi fillah:Gembira dan ter'uja' mereka bertemu Clown2 yang ligat dan aktif. Adik2ku yang paling menyerlah, berbaju kuning. Mereka memang hebat. Hampir setiap acara sukaneka, mereka bolot tempat pertama. Kalian memang jaguh kampung kebanggaan kakak =)

Zarin dan Halim, adik2 lepasan SPM. Moga kalian jadi 'qudwah' (contoh) buat adik2 yang lain.

Senyuman penuh makna dari adik Zainul Ariffin bersama hadiah kemenangannya.

Friday, April 10, 2009

Kita semua adik-beradik~

Malam tadi selesai membantu adik sekolah Menengah membuat kerja, aku menjenguk adik-adik sekolah rendah di dorm mereka.

Ok semua, kita baca doa tidur sama2 ye” kataku.
Bismikallohumma ahyana wanamutu, Dengan nama Allah kami hidup dan kami Mati.
Sahaja Aku tidur kerana Allah Ta’ala. Ameen”.
Alhamdulillah3X, mereka semua dah hafal doa tidur yang ku ajar.
Tiba-tiba, di hujung katil kulihat, Zainul Arifin, anak yatim yang kini darjah 6 menutup mukanya.
Kenapa ni?” Zainul menangis..Ya Allah, kenapa..? Zainul menekap wajahnya dengan bantal tak mahu aku melihatnya..Jenuh aku meng'ayat' supaya Zainul pandang aku.ni mesti kes bergaduh atau salah faham sesama mereka.Beginilah kadang-kadang situasi adik-adik di Rumah Anak-Anak Yatim Darussakinah. Aku sudah cukup mengerti keadaan mereka (walaupun masih belum sepenuhnya). Apatah lagi anak-anak yatim disini semuanya lelaki. Jiwa mereka tidak sama seperti perempuan. Pagi tadi kakak tengok Zainul dah tersenyum, kakak rasa lega.Nanti cerita pada kakak ye apa yang berlaku =)-(Gambar kenangan program bersama Sultan Perak)

Tinggal disini banyak mengajar aku tentang tanggungjawab untuk mendidik. Mereka tinggal di asrama anak-anak yatim tanpa cukup kasih sayang. Tiada siapa yang menjaga hati mereka, jadi mereka juga tidak betah menjaga hati orang lain. Kalau ada rasa tidak puas hati, mereka mudah mencetuskan pergaduhan. Selalunya bila terjadi begini, aku memainkan perananku sebagai “superwoman” menyelamatkan keadaan.

“Mereka menanyakan kepadamu (Muhamad) tentang anak-anak yatim. Katakanlah, Memperbaiki keadaan mereka (islah) adalah baik! Dan jika kamu mempergauli mereka, maka mereka adalah saudara-saudaramu. Allah mengetahui orang yang membuat kerosakan dan yang berbuat kebaikan. Dan jika Allah menghendaki, nescaya Dia datangkan kesulitan kepadamu. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana”

( Al-Baqarah:220)

Aku selalu pesan pada mereka, “Kita di sini semua adalah adik-beradik. Kita tinggal bersama, makan bersama, main bersama

Monday, April 6, 2009

Pertemuan dengan Sultan

Masaulkhoir semua. Hujung minggu yang telah berlalu, macam-macam peristiwa menarik yang dilalui. Yang pasti bagi adik-adik di sini, pengalaman bertemu Sultan Perak adalah kenangan menggembirakan buat mereka. Semalam anak-anak yatim Darussakinah dijemput menghadiri Majlis Ramah Mesra Sultan Perak bersama Anak Yatim Negeri Perak Sempena Sambutan Jubli Perak di Dewan Bandaran Ipoh. Di bawah adalah sedikit paparan kenangan semalam (^^)

Pelbagai aksi dirakamkan sebelum bertolak ke Ipoh (Candid!)

Majlis Ramah Mesra DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bersama Anak Yatim Negeri Perak Sempena Sambutan Jubli Perak 5 April 2009/9 RabiulAkhir 1430H

Anak-anak yatim yang diraikan (^^)

Wajah kudus Aiman di sebalik makanan yang terhidang. Laziz!!

Wajah ceria Iskandar dan Solehan.


Agenda yang dinanti, penerimaan sumbangan dari Sultan dan Sultanah Perak. Aku yang ambil gambar ni (^^). Gembira berpeluang melihat dan bertemu pemerintah dari dekat tanpa protokol yang merumitkan.

Pertemuan yang Indah
Assalamualaikum, akak dari mana?”
“Waalaikumussalam, akak dari BAKIP (Badan Khidmat Islam Perak)”
Nama akak siapa?”
“Rohana. Eh, tak perlulah panggil akak,dah tua dah, panggil makcik la” kata Ummi Rohana tersenyum.

Semalam, aku berkenalan dengan seorang yang sangat istimewa pada pandangan mata hatiku, Ummi Rohana. Aku memanggilnya “Ummi” kerana itulah gelaran yang dipanggil oleh anak-anak yatim BAKIP pada wanita istimewa ini. Wajah Ummi Rohana begitu tenang,penuh kelembutan seorang ibu. Cara Ummi melayan dan berkomunikasi dengan anaknya begitu lembut sekali. Ummi Rohana berkhidmat di Rumah Anak-Anak Yatim BAKIP sudah menjangkau 11 tahun bersama-sama suaminya. Suatu tempoh yang lama. Padaku Ummi Rohana satu contoh muslimah yang berjihad untuk ummah. Melihat anak-anak yatim yang membesar di bawah asuhannya adalah suatu kepuasan buat Ummi.


Pertemuan yang singkat dengan Ummi sudah cukup menunjukkan Ummi seorang isteri solehah dan ibu mithali. Seringkali kelihatan Ummi menghadiahkan senyuman penuh kelembutan pada suami dan anak-anaknya.Terima kasih ya Allah pertemukan aku dengan seseorang yang boleh aku jadikan Qudwah hasanah dalam hidup ini.


Ummi Rohana, moga aku juga akan sepertimu~

Wednesday, April 1, 2009

Kasih sejarak dua jari~

Masaulkhoir semua, petang ni aku nak kongsikan lagu adaptasi dari sebuah hadis sahih pada antum, lagu ini begitu dekat dengan diriku buat perkongsian dengan kalian.
Kasih Sejarak Dua Jari: Muadz
Inni mimma akhaafu alaikum mim ba'di
Ma yuftahu alaikum min zahratid dunia
wa zinatihaa..wa zinatihaa
(sabda nabi yg bermaksud):
Kurasakan gelisah terhadapmu pabila ku tiada,
terbukalah..perhiasan dunia kelak kau terpedaya...

Ana wa kaafilul yatim, fil jannati haakadza..
Aku dan penjaga yatim piatu..Di syurga, ditempatkan bersama..
Kaulah teman sejati..Ini janjiku padamu (ummat)
Ana wa anta seumpama..Dua jari ini..
Ana wa anta seumpama Dua jari ini..

Lirik: Xifu Naser
Hadis (arabic text): Sohih Bukhari

The song is about highlighting our prophet Muhammad SAW as an icon as he was indeed the humanitarian icon... He was a leader of the ummah yet a loving and caring father to the children. Pernah suatu hari nabi menegur srg sahabat yang kurang mesra dgn anaknya lalu nabi bersabda "adakah kamu tidak mencium anakmu itu, sahabat itu berkata tidak..maka nabi berkata lagi.. sayangilah dan kucuplah anak-anakmu kerana aku mengucup anak-anakku..."
Baginda juga seorang yatim dan begitu kasih kpd anak yatim. Jika kita rasa hebat melihat icon-icon barat mengambil anak-anak miskin dan yatim sbg anak angkat, ketahuilah bahwa nabi telah menjanjikan sesiapa yang membela dan menjaga anak yatim, tempat mereka di syurga adalah berhampiran dgn nabi, serapat dua jari ini (baginda berbuat tanda 'peace' tu dan tunjuk kepada para sahabat).
Inilah insan agung yang mengajar kita akan erti kasih sayang sesama insan. Yang tua dihormati dan yang muda disayangi. Bukan dikira ummat nabi sesiapa yang tidak mempunyai ciri-ciri ini (maksud hadis)

Sesungguhnya, pada lagu ini, kesayuan kita membayangkan nabi dibesarkan sbg anak yatim, membawa pula suatu risalah yang ditentang kaumnya sendiri, dan juga terkandung, peringatan kpd kita agar berbuat baik pd al'aytaam (anak2 yatim).. dan anugerah yg sgt besar bagi mereka yang berbuat demikian.. ia motivasi untuk diri kita...

Gambar kenangan bersama sahabatku Nasihah, Zaleha, "Mak Sa'adiah" (tengah), "Mak Yam" (bertudung biru) dan "Ayah". Terima kasih Ayah kerana memasakkan untuk kami warga Darussakinah makanan setiap hari. Kerana Ayah, aku kini semakin cekap di dapur=) Alhamdulillah.

Sahabat-sahabat, doakan aku tak pernah lelah membantu ustaz pengetua menjaga kebajikan anak-anak yatim Darussakinah, mereka adik-adik yang ku kasihi kerana Allah. Doakan aku kuat semangat untuk meng'islah'kan mereka. Sungguh taklifan ini bukan semudah yang disangka. Perlukan kesabaran dan kasih sayang diiringi doa dan qudwah hasanah dari kakaknya ini. Adik-adik di Rumah Anak Yatim Darussakinah ini adalah harapanku moga menjadi syabab mustaqbal yang cemerlang dunia dan akhirat.

Monday, March 23, 2009

Cuti Sekolah yang berakhir~

Masaulkhoir semua, lama tak hantar entry dek kerana kesibukan plus tak berupaya nak dapatkan perkhidmatan internet. Masa terus berlalu, macam-macam berlaku saban hari..

Peristiwa semalam

Semalam baru pulang semula ke Rumah Anak-Anak Yatim Darussakinah setelah sibuk dan menyibukkan diri dengan pelbagai kerja. Bila kereta Kelisa aku melepasi pagar, mulalah, sorang demi sorang anak yatim keluar dari asrama menjengah. Rindunya pada kalian. tersenyum2 semuanya. "Seronok cuti sekolah?" aku bertanya.

"Tak best pon","Best!!", "Boring dok rumah",macam-macam jawapan.

Yang pasti waktu malam, mulalah mereka sibuk nak siapkan kerja sekolah, koleksi seminggu yang terkumpul, "Kak, jangan lupa malam ni ajar saya kerja sekolah ye"_ ayat peringatan yang biasa diungkapkan.

Waktu takde kerja ni la yang mereka lakukan (^^)


Malam tadi akhirnya aku dapat tunaikan janjiku pada adik2 di sini untuk dapatkan ubat ketuat. Syukran katsir pada sahabat seperjuangan yang membeli ubat tersebut di HUKM. Teringat kata-kata adik-adik di sini.

" Kakak kalau kami sakit ada je ubatnya, sampai ubat jerawat pun kakak ada..hahaha"
" Kakak ni macam tabib "
" Kalau kakak takde mesti ada antara kami yang sakit, kakak ada kami sihat je"

" Adik2 ku sayang, yang menyembuhkan adalah Allah, ubat tu perantaraannya sahaja" balasku dengan senyuman.

Selagi kakak ada, kakak akan pastikan kalian sihat dan ceria. Moga Allah pelihara kalian selalu.

Macam2 ragam mereka ni.dan melalui ragam2 itulah aku belajar banyak perkara tentang erti kehidupan.Mereka semua istimewa dihatiku~

Wednesday, March 11, 2009

Darussakinah

Masaulkhoir, Alhamdulillah tadi baru lepas jaga exam untuk paper Mathematics for Class Form 2. Minggu ni minggu imtihan sebelum cuti sekolah menjelma.Huhu, memang agak kasihan tengok mereka. Soalan dalam bahasa Inggeris, students tak berapa faham, mujurlah aku ni jenis guru yang punyai tahap empati yang tinggi, sorang2 angkat tangan, "Teacher, tak faham la..."."OK, Teacher datang" jawabku, habis satu row ke row, semuanya ambil kesempatan bertanya.

Mungkin inilah asbab kenapa ramai pendidik yang anti PPSMI. Since mengajar di kawasan pedalaman, banyak real things yang dipelajari. Yang pasti tugas mengajar dan mendidik dua elemen yang berbeza. (Ok, isu PPSMI kita cerita entry lain kali ye)
Entry kali ni dan seterusnya nak cerita kisah "Darussakinah". Tempat yang penuh cerita suka duka, For those yang dah tahu, Darussakinah adalah nama tempat tinggal anak2 yatim, di mana tempat aku menetap sekarang sepanjang bergelar guru praktikal.Sungguh perancangan Allah itu Maha Hebat. Tinggal bersama anak-anak yatim banyak mengajar erti bersyukur dan belajar menghargai kehidupan.

Inilah wajah2 anak-anak yatim di Rumah Anak2 Yatim Darussakinah. Masa ni kali kedua aku datang bersama sahabatku Monirah (dalam gambar) tahun 2006. Wajah2 yang dahagakan kasih sayang. Sebahagiannya dah kembali ke pangkuan ibu masing2. Kakak sentiasa doakan kalian walau dimana kalian berada. Uhibbukum lillah (^^)