Friday, April 10, 2009

Kita semua adik-beradik~

Malam tadi selesai membantu adik sekolah Menengah membuat kerja, aku menjenguk adik-adik sekolah rendah di dorm mereka.

Ok semua, kita baca doa tidur sama2 ye” kataku.
Bismikallohumma ahyana wanamutu, Dengan nama Allah kami hidup dan kami Mati.
Sahaja Aku tidur kerana Allah Ta’ala. Ameen”.
Alhamdulillah3X, mereka semua dah hafal doa tidur yang ku ajar.
Tiba-tiba, di hujung katil kulihat, Zainul Arifin, anak yatim yang kini darjah 6 menutup mukanya.
Kenapa ni?” Zainul menangis..Ya Allah, kenapa..? Zainul menekap wajahnya dengan bantal tak mahu aku melihatnya..Jenuh aku meng'ayat' supaya Zainul pandang aku.ni mesti kes bergaduh atau salah faham sesama mereka.Beginilah kadang-kadang situasi adik-adik di Rumah Anak-Anak Yatim Darussakinah. Aku sudah cukup mengerti keadaan mereka (walaupun masih belum sepenuhnya). Apatah lagi anak-anak yatim disini semuanya lelaki. Jiwa mereka tidak sama seperti perempuan. Pagi tadi kakak tengok Zainul dah tersenyum, kakak rasa lega.Nanti cerita pada kakak ye apa yang berlaku =)-(Gambar kenangan program bersama Sultan Perak)

Tinggal disini banyak mengajar aku tentang tanggungjawab untuk mendidik. Mereka tinggal di asrama anak-anak yatim tanpa cukup kasih sayang. Tiada siapa yang menjaga hati mereka, jadi mereka juga tidak betah menjaga hati orang lain. Kalau ada rasa tidak puas hati, mereka mudah mencetuskan pergaduhan. Selalunya bila terjadi begini, aku memainkan perananku sebagai “superwoman” menyelamatkan keadaan.

“Mereka menanyakan kepadamu (Muhamad) tentang anak-anak yatim. Katakanlah, Memperbaiki keadaan mereka (islah) adalah baik! Dan jika kamu mempergauli mereka, maka mereka adalah saudara-saudaramu. Allah mengetahui orang yang membuat kerosakan dan yang berbuat kebaikan. Dan jika Allah menghendaki, nescaya Dia datangkan kesulitan kepadamu. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana”

( Al-Baqarah:220)

Aku selalu pesan pada mereka, “Kita di sini semua adalah adik-beradik. Kita tinggal bersama, makan bersama, main bersama

No comments:

Post a Comment