Friday, May 1, 2009

Night of stars~Kebesaran Allah yang penuh ketenangan

Pantasnya masa berlalu, sudah seminggu lalu aku selesai taklifanku sebagai guru praktikal di SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai, Teluk Intan. Untuk makluman sahabat2, aku masih menetap di Rumah Anak2 Yatim Darussakinah sehingga pertengahan Mei ini. Sahabatku yang berpraktikal bersama,Mustabsyirah,sudah pulang ke kampung halamannya di Pahang. Aku masih disini kerana adik-adik Darussakinah yang kukasihi fillah~

"Kakak tak takut ke tinggal sorang2" tanya Iskandar,
anak yatim yang baru sahaja darjah Tiga
selepas sahabatku Mustabsyirah pulang ke kampung halamannya.
"Erm..nak takut apa, nanti kalau mati pun sorang2 jugak"
jawabku selamba.
"Ehhh, mana ada...ada je yang mati satu kelurga",
Iskandar tidak puas hati dengan jawapanku.
"Ye la sayang, tapi nanti dalam kubur sorang2 jugak"
balasku dengan senyuman.
"Ehh..mana ada..kat Palestin tu meninggal dunia ramai2 dalam kubur. tak sorang2 pun"
balas Iskandar masih tidak puas hati.
Aku tersenyum dan tergelak kecil mendengar jawapan Iskandar. Perbualan yang tak dapat aku lupakan. Betapa jiwa kecil Iskandar tidak menerima jawapan aku secara rasional. Hakikat anak-anak kecil, selalu melihat sesuatu dari sudut realistik dan yang zahir sahaja.Sebab itulah kenapa anak-anak sedari kecil perlu ditarbiyyah tentang akidah, keyakinan terhadap Allah (ma'rifatullah~mengenal Allah). Aku mula mempelajari sesuatu dari kehidupan yang kulalui di Rumah Anak-anak Yatim Darussakinah. Terima kasih ya Allah.

Bintang-bintang indah di langit
Biasanya setiap malam selepas mengajar dan membantu adik-adikku di Rumah Anak-anak Yatim Darussakinah membuat kerja sekolah, aku akan ambil peluang melihat langit malam.Aku suka melihat langit. Aku suka melihat bintang2 indah berkelipan dan bertaburan di langit. Kadang2 terasa seakan mahu tidur berbumbungkan langit yang dipenuhi bintang2.


"Cuba tengok langit, cantikkan bintang-bintang.Sangat banyak"
kataku pada adik-adik.
"Aah..banyaknya beribu-ribu"
kami sama2 mendongak ke atas melihat langit yang indah.
"Hebatkan Allah boleh cipta bintang-bintang kat langit yang tinggi"
aku meyakinkan mereka tentang kebesaran Ilahi.
"Aah..aah.. " si kecil Solehan (anak yatim yang baru darjah Dua) mengiyakan.
" Kalau Allah hebat kita sebut apa?"
"SUBHANALLAH!!" jawab mereka,
seperti mana yang pernah kuajarkan sebelum ini.

Alhamdulillah3X.Tarbiyyah sebegini sedayanya aku terapkan pada mereka. Moga kalian tahu Allah itu Maha Hebat dan sentiasa bersama kita.Buat adik-adikku yang kakak kasihi fillah,kalian sungguh istimewa di hati kakak kerana usia semuda ini Allah telah menguji kehidupan kalian.Kalian tinggal di rumah anak-anak yatim tanpa kasih sayang yang sempurna. Tapi kalian selalu menghiburkan kakak dengan ragam dan keletah yang pelbagai. Moga kalian sentiasa kuat mengharungi hidup ini.

No comments:

Post a Comment