Seminggu lebih telah berlalu, aku kini telah pulang ke halaman asalku di Bandar Baru Bangi, Selangor meninggalkan warga Rumah Anak Yatim Darussakinah setelah hampir 4 bulan setengah menghuni di sana sepanjang tempoh menjalani praktikum. Sungguh aku amat merindukan anak-anak Yatim Darussakinah. Mereka sudah kuanggap seperti adik-adikku. Masih aku teringat hari terakhir sebelum meninggalkan mereka, hati aku luluh yang amat. Sedih untuk meninggalkan adik-adik yang dahagakan perhatian dan kasih sayang. Sedaya upaya aku menyembunyikan rasa sedih dengan senyuman dan gelak tawa.
Bila petang,aku mesti teringat adik2ku di sana yang dangat lincah dan aktif bermain.macam2 permainan yang kreatif mereka wujudkan.kadang2 aku pun naik takut tengok mereka main. Bak kata mereka, "kami lelaki, kenala main yang kasar2" Huhu, dan selalunya kakak akan dok tepi tengok mereka bermain.Kalau ada yang cedera, kakak jadi "doctor instant" =).
Menjelang Maghrib kakak mesti terkenangkan kalian yang comel2 berbaju Melayu dan berkain pelekat menuju ke surau untuk solat berjemaah. Kadang2 lepas mengaji Qur'an kak mesti teringatkan Zainul Ariffin. Semasa di rumah Anak Yatim Darussakinah kakak selalu ajar Zainul mengaji selepas maghrib. Kakak harap sangat Zainul cepat dapat mengaji Quran. Kakak tahu Zainul tak pernah putus asa untuk belajar mengaji.
Buat Ariff yang bakal menduduki peperiksaan SPM, kakak tahu kamu boleh jika kamu berusaha sungguh2.Ilmu-ilmu Biologi yang kakak ajar, moga kamu tidak lupa.Kakak kagum melihat kamu mempunyai bakat melukis. Buat Aslam yang akan menduduki peperiksaan PMR, rajin2 belajar. Terima kasih atas gelaran "Ummu Hurairah" yang kamu beri pada kakak kerana begitu menyayangi kucing2 di Darussakinah =)
Terima kasih ya Allah atas aturanMu yang indah, bersama anak-anak yatim ini, aku belajar erti hidup, belajar jadi hamba yang bersyukur. Sedayanya aku zahirkan kata-kata "Erti hidup pada memberi".(Ustaz Hasrizal Jamil).Kasih sayang kakak pada kalian kerana Allah dan buat selamanya. Moga kalian membesar dalam pemeliharaan Allah. Ketahuilah kalian sungguh istimewa di hati kakak.Terima kasih ya Allah atas perjalanan hidup yang indah bersama adik2 di Rumah Anak Yatim Darussakinah Surat buat kakak
Hari terakhir sebelum meninggalkan Rumah Anak Yatim Darussakinah, aku menerima surat dari anak yatim di sana. Saat membacanya terasa sayu dan hiba. Meski ringkas tapi cukup terkesan dihatiku..
Assalamualaikum
Kepada kakak... Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana akak selalu mengambil berat terhadap kami.. Saya tiada apa-apa untuk diberikan kepada akak. Semua masa dan tenaga yang telah kakak curahkan kepada kami tanpa mengenal erti ‘penat datidak dapat kami balas semua itu dengan hanya sehelai kertas yang tiada nilai ini.. Kenangan ‘pahit manis’ ketika bersama akak tidak akan saya lupa dan ia akan terus subur di dalam ingatan saya. Akak jangan sedih... Sebelum mengundur diri, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap yang telah saya lakukan semasa akak berada di asrama ini.Semua yang baik itu daripada Allah S.W.T dan semua kelemahan itu semuanya daripada saya.
Yang benar,
Mohd Nur Ariff
Surat yang kuterima itu, kulipat kemas, tak mampu menahan air mata. Kakak mohon maaf kerana meninggalkan kalian. Tapi ketahuilah, kalian sentiasa di dalam doa kakak. Moga kalian membesar sebagai syabab-syabab yang berakhlak mulia.berjaya dunia dan akhirat. Kak pasti akan ke sana suatu masa nanti~
“Mereka menanyakan kepadamu (Muhamad) tentang anak-anak yatim. Katakanlah, Memperbaiki keadaan mereka (islah) adalah baik! Dan jika kamu mempergauli mereka, maka mereka adalah saudara-saudaramu. Allah mengetahui orang yang membuat kerosakan dan yang berbuat kebaikan. Dan jika Allah menghendaki, nescaya Dia datangkan kesulitan kepadamu. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana”
( Al-Baqarah:220)
No comments:
Post a Comment