Thursday, April 23, 2009

Hari terakhir bergelar guru praktikal. Thank You Allah~

Salam Sayyidul Ayyam semua. MasyaAllah pantasnya masa berlalu, hari ini hari terakhir aku di sekolah dan bergelar guru praktikal. Hari-hari terakhir aku dipenuhi dengan pelbagai reaksi anak-anak muridku.
Teacher janganlah pindah, ajar je kat sini
Teacher nanti saya mesti rindu kat Teacher
Teacher nanti posting kat sini je la. Ajar kami lagi
"Teacher, I love you" -ucapan dari anak murid perempuan ye (^^)
"Teacher, saya rasa sedih nak menangis"
Teacher tak payah la pergi
Teacher tak garang,teacher ajar kami faham, kami suka
(Alhamdulillah 3X)

Pengalaman menjadi guru

Sepanjang aku mengajar di sekolah luar bandar terlalu banyak perkara yang aku pelajari dan pengalaman yang aku timba. Masih aku teringat pertama kali aku diberi kelas untuk mengajar, aku diberi kelas yang telah dikategorikan sebagai “kelas hujung”. Mereka dikatakan nakal, aktif dan agak sederhana tahap kognitif. Sister Sherina –Khalifah Institute trainer (www.islamic-world.net) aku hubungi untuk mendapatkan semangat motivasi darinya dan aku masih ingat kata-katanya yang akan ku pegang sampai bila2. Thanks sis!
“Erase all the bad perceptions about them,
see in themselves with potentials.
They are your responsibility given by Allah. Love them.
Don’t forget to recite surah Al-Kahfi verse 10 everytime before you enter the class.
All the best! May Allah bless you”
Kenangan bersama anak-anak murid di sawah bendang.
Akhirnya berjaya juga kupijak tanah bendang ini (^^)
Bila aku meletakkan diri sebagai hamba yang memegang taklifan sebagai khalifahNya terasa tenang melaksanakan taklifan guru ini. Alhamdulillah, benar kata sister Sherina, mereka semua berbeza seperti yang digambarkan sebelum ini. Sebagai guru Sains, setiap kali mengajar aku akan sedaya upaya mengaitkan setiap pembelajaran dengan yang Maha Pencipta. Syukur Alhamdulillah, mereka belajar erti mensyukuri nikmat dan dapat melihat kebesaranNya melalui ilmu Sains yang ku ajar.
Teacher, sejak teacher ajar kelas kitaorang, saya dah selalu cakap Alhamdulillah” ayat yang buat aku tersenyum penuh kesyukuran bila teringatkannya.

Sesi mengajar bukan semudah yang di sangka. Bila masuk ke dalam kelas, kadang2 aku bermain dengan emosi melihat tingkah laku anak2 murid yang pelbagai ragam. Qudwah hasanah sedayanya aku tunjukkan lantaran aku selalu khabarkan pada mereka akhlak Rasulullah S.A.W adalah yang terbaik. Aku selalu ingatkan pada mereka. “Dalam apa sahaja yang kamu lakukan sentiasa ingat sama ada perbuatan tu Allah suka atau syaitan suka. Buat apa yang Allah suka.Kalau syaitan suka jangan buat sebab syaitan tempatnya di neraka” nasihatku pada mereka.

Nota cinta terkandung nasihat dan kata-kata semangat dari seorang guru pada anak-anak muridnya. Kutitipkan pada setiap dari mereka sebagai kenangan buat mereka. Ikhlas dari Teacher Nazihah~

Mengenali anak-anak murid juga buat aku tambah bersyukur. Betapa aku dilahirkan di kawasan bandar yang elit, penuh kemudahan sedangkan mereka tinggal di pedalaman, serba kekurangan dan kurang pendedahan. Justeru besar harapanku agar anak-anak muridku berjaya dunia dan akhirat. Tempoh yang ku lalui teramat singkat bersama mereka. Belum cukup banyak ilmu yang kucurahkan.Perjalanan hidup ini masih panjang untuk aku terus berbakti pada ummah dengan kudrat tenaga, akal dan kesihatan anugerahNya. Terima kasih ya Allah atas kesempatan yang indah ini. Terima kasih ya Allah3X~

No comments:

Post a Comment