Thursday, April 23, 2009

Hari terakhir bergelar guru praktikal. Thank You Allah~

Salam Sayyidul Ayyam semua. MasyaAllah pantasnya masa berlalu, hari ini hari terakhir aku di sekolah dan bergelar guru praktikal. Hari-hari terakhir aku dipenuhi dengan pelbagai reaksi anak-anak muridku.
Teacher janganlah pindah, ajar je kat sini
Teacher nanti saya mesti rindu kat Teacher
Teacher nanti posting kat sini je la. Ajar kami lagi
"Teacher, I love you" -ucapan dari anak murid perempuan ye (^^)
"Teacher, saya rasa sedih nak menangis"
Teacher tak payah la pergi
Teacher tak garang,teacher ajar kami faham, kami suka
(Alhamdulillah 3X)

Pengalaman menjadi guru

Sepanjang aku mengajar di sekolah luar bandar terlalu banyak perkara yang aku pelajari dan pengalaman yang aku timba. Masih aku teringat pertama kali aku diberi kelas untuk mengajar, aku diberi kelas yang telah dikategorikan sebagai “kelas hujung”. Mereka dikatakan nakal, aktif dan agak sederhana tahap kognitif. Sister Sherina –Khalifah Institute trainer (www.islamic-world.net) aku hubungi untuk mendapatkan semangat motivasi darinya dan aku masih ingat kata-katanya yang akan ku pegang sampai bila2. Thanks sis!
“Erase all the bad perceptions about them,
see in themselves with potentials.
They are your responsibility given by Allah. Love them.
Don’t forget to recite surah Al-Kahfi verse 10 everytime before you enter the class.
All the best! May Allah bless you”
Kenangan bersama anak-anak murid di sawah bendang.
Akhirnya berjaya juga kupijak tanah bendang ini (^^)
Bila aku meletakkan diri sebagai hamba yang memegang taklifan sebagai khalifahNya terasa tenang melaksanakan taklifan guru ini. Alhamdulillah, benar kata sister Sherina, mereka semua berbeza seperti yang digambarkan sebelum ini. Sebagai guru Sains, setiap kali mengajar aku akan sedaya upaya mengaitkan setiap pembelajaran dengan yang Maha Pencipta. Syukur Alhamdulillah, mereka belajar erti mensyukuri nikmat dan dapat melihat kebesaranNya melalui ilmu Sains yang ku ajar.
Teacher, sejak teacher ajar kelas kitaorang, saya dah selalu cakap Alhamdulillah” ayat yang buat aku tersenyum penuh kesyukuran bila teringatkannya.

Sesi mengajar bukan semudah yang di sangka. Bila masuk ke dalam kelas, kadang2 aku bermain dengan emosi melihat tingkah laku anak2 murid yang pelbagai ragam. Qudwah hasanah sedayanya aku tunjukkan lantaran aku selalu khabarkan pada mereka akhlak Rasulullah S.A.W adalah yang terbaik. Aku selalu ingatkan pada mereka. “Dalam apa sahaja yang kamu lakukan sentiasa ingat sama ada perbuatan tu Allah suka atau syaitan suka. Buat apa yang Allah suka.Kalau syaitan suka jangan buat sebab syaitan tempatnya di neraka” nasihatku pada mereka.

Nota cinta terkandung nasihat dan kata-kata semangat dari seorang guru pada anak-anak muridnya. Kutitipkan pada setiap dari mereka sebagai kenangan buat mereka. Ikhlas dari Teacher Nazihah~

Mengenali anak-anak murid juga buat aku tambah bersyukur. Betapa aku dilahirkan di kawasan bandar yang elit, penuh kemudahan sedangkan mereka tinggal di pedalaman, serba kekurangan dan kurang pendedahan. Justeru besar harapanku agar anak-anak muridku berjaya dunia dan akhirat. Tempoh yang ku lalui teramat singkat bersama mereka. Belum cukup banyak ilmu yang kucurahkan.Perjalanan hidup ini masih panjang untuk aku terus berbakti pada ummah dengan kudrat tenaga, akal dan kesihatan anugerahNya. Terima kasih ya Allah atas kesempatan yang indah ini. Terima kasih ya Allah3X~

"Tiada kerehatan bagi seorang mukmin sehinggalah ia bertemu TuhanNya"

Masaulkhoir semua, hari ni begitu sibuk sehingga tidak sedar tak sempat menjamah apa2 sehingga hampir waktu petang. Di saat akhir2 praktikal, aku dan sahabatku diuji bila mana pensyarah kami mahukan laporan lengkap bertaip. Makluman yang agak baru kami terima. Sedangkan dari awal Januari semua laporan kami tulis sendiri by hand. Betapa saat2 akhir ini teramat sibuklah kami menghadap laptop. Rabbuna Yusahhil InsyaAllah~

Peristiwa malam tadi

"Kakak, esok sekolah kami ada sukan tahunan, kak datang ye" kata Zul, anak yatim yang bersekolah rendah.
"InsyaAllah kalau kak tak sibuk" aku tidak mahu menabur janji
"Datanglah kak, dah lah mak dan keluarga kami tak datang" nada merajuk.

MasyaAllah kasihan adik2ku ini. Dahla mereka anak yatim tanpa keluarga disini, kalau bukan aku yang datang siapa lagi selayaknya berkongsi detik2 mereka yang penuh semangat kesukanan ni.

Pagi tadi aku curik masa untuk ke sekolah Rendah Dato' Yahya Suban, Chenderong Balai, Teluk Intan,tempat anak2 yatim Darussakinah belajar untuk bersama meraikan hari sukan sekolah mereka.


Solehan (kiri)-anak yatim paling kecil di Darussakinah semangat dengan rumah sukannya.(^^)

"kakak datang..yea.."

"kak, sokong rumah sukan saya ye"

Gembiranya mereka nampak kehadiranku. Ya Allah permudahkanlah urusanku agar aku tidak mengabaikan mereka~

Wednesday, April 15, 2009

Selamat bermujahadah~

Buat sahabat-sahabat yang dikasihi fillah yang akan menduduki Imtihan tidak lama lagi....

Monday, April 13, 2009

Terbinanya sebuah baitul muslim. Alhamdulillah~

"Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah.."
Abg ngah dan ukhti Nazirah sesudah diijabkabulkan.

Alhamdulillah3X, 11 April 2009 (Sabtu) anak lelaki ustaz pengetua Rumah anak Yatim Darussakinah yang ku panggil "Abang ngah" telah selamat di ijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Ukhti Nazirah-dekat2 dgn nama aku=). Pengalaman buatku kerana malam pernikahan itu, aku mengiringi rombongan pihak lelaki ke masjid. Siang tu aku berbual-bual dengan Abg ngah. "Abg Ngah berdebar tak?"."Mestilah, walaupun lafaz akad tu nampak mudah tapi rasa berdebar nak pegang tanggungjawab baru" jawab abg Ngah.Aku bersyukur kerana sebuah baitul muslim telah terbina akhirnya.
Tadi aku sempat membuka web iluvislam (pilihanku) dan membaca sebuah 'entry' yang padaku mempunyai penuh pengertian. Aku kongsikan sebahagian daripadanya buat semua. (http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1560)
Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya. Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…
Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!

Senyum seindah suria =) kembara ke taiping...

Masaulkhoir semua, pejam celik pejam celik, minggu depan minggu terakhir aku bergelar guru praktikal di SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai, Teluk Intan. Di saat aku mula mengenali anak-anak murid yang kukasihi fillah, terasa berat hati ini nak meninggalkan mereka. Sungguh, mereka banyak memberiku pengalaman berharga, sebuah pengertian dalam memegang taklifan "memanusiakan manusia". Akan kumanfaatkan waktu berbaki ini sebaiknya~
Peristiwa hujung minggu
Ahad lalu, aku dan adik2 rumah Anak Yatim Darussakinah sekali lagi dijemput menghadiri program anjuran badan NGO SECURICOR di Taiping. Sekali lagi aku kembara membawa adik-adik yang begitu tidak sabar2 ke Taiping. Kami bertolak dari Chenderong Balai, Teluk Intan seawal jam 6.45 pagi menaiki bas yang disediakan oleh pihak syarikat.

Alhamdulillah, jam 9.30 pagi kami tiba di Taman Tasik Taiping di mana program tersebut diadakan. Seramai 200 anak2 yatim dari seluruh Perak diraikan oleh pihak syarikat.Nyata aku gembira melihat mereka gembira dalam senyuman. Berikut sedikit paparan kenangan aku bersama adik2 rumah Anak Yatim Darussakinah yang dikasihi fillah:Gembira dan ter'uja' mereka bertemu Clown2 yang ligat dan aktif. Adik2ku yang paling menyerlah, berbaju kuning. Mereka memang hebat. Hampir setiap acara sukaneka, mereka bolot tempat pertama. Kalian memang jaguh kampung kebanggaan kakak =)

Zarin dan Halim, adik2 lepasan SPM. Moga kalian jadi 'qudwah' (contoh) buat adik2 yang lain.

Senyuman penuh makna dari adik Zainul Ariffin bersama hadiah kemenangannya.

Friday, April 10, 2009

Kita semua adik-beradik~

Malam tadi selesai membantu adik sekolah Menengah membuat kerja, aku menjenguk adik-adik sekolah rendah di dorm mereka.

Ok semua, kita baca doa tidur sama2 ye” kataku.
Bismikallohumma ahyana wanamutu, Dengan nama Allah kami hidup dan kami Mati.
Sahaja Aku tidur kerana Allah Ta’ala. Ameen”.
Alhamdulillah3X, mereka semua dah hafal doa tidur yang ku ajar.
Tiba-tiba, di hujung katil kulihat, Zainul Arifin, anak yatim yang kini darjah 6 menutup mukanya.
Kenapa ni?” Zainul menangis..Ya Allah, kenapa..? Zainul menekap wajahnya dengan bantal tak mahu aku melihatnya..Jenuh aku meng'ayat' supaya Zainul pandang aku.ni mesti kes bergaduh atau salah faham sesama mereka.Beginilah kadang-kadang situasi adik-adik di Rumah Anak-Anak Yatim Darussakinah. Aku sudah cukup mengerti keadaan mereka (walaupun masih belum sepenuhnya). Apatah lagi anak-anak yatim disini semuanya lelaki. Jiwa mereka tidak sama seperti perempuan. Pagi tadi kakak tengok Zainul dah tersenyum, kakak rasa lega.Nanti cerita pada kakak ye apa yang berlaku =)-(Gambar kenangan program bersama Sultan Perak)

Tinggal disini banyak mengajar aku tentang tanggungjawab untuk mendidik. Mereka tinggal di asrama anak-anak yatim tanpa cukup kasih sayang. Tiada siapa yang menjaga hati mereka, jadi mereka juga tidak betah menjaga hati orang lain. Kalau ada rasa tidak puas hati, mereka mudah mencetuskan pergaduhan. Selalunya bila terjadi begini, aku memainkan perananku sebagai “superwoman” menyelamatkan keadaan.

“Mereka menanyakan kepadamu (Muhamad) tentang anak-anak yatim. Katakanlah, Memperbaiki keadaan mereka (islah) adalah baik! Dan jika kamu mempergauli mereka, maka mereka adalah saudara-saudaramu. Allah mengetahui orang yang membuat kerosakan dan yang berbuat kebaikan. Dan jika Allah menghendaki, nescaya Dia datangkan kesulitan kepadamu. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana”

( Al-Baqarah:220)

Aku selalu pesan pada mereka, “Kita di sini semua adalah adik-beradik. Kita tinggal bersama, makan bersama, main bersama

Wednesday, April 8, 2009

We plan, Allah plans but Allah is the Best Planner

Alhamdulillah3X pagi tadi Halim dan Zarin (adik2 warga Darussakinah lepasan SPM) dah belikan tiket untuk kami (termasuk sahabat2ku Ukhti Adel dan Lisa) ke KL 25 April ni jam 8 pagi. Ada apa ye kat KL? Ni nak promote pada semua "Pameran Buku Antarabangsa 2009".Ahlan Wasahlan, marilah...

Tarikh : 17 April 2009 - 26 April 2009

Masa : 10.00 Pagi - 10.00 Malam

Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC)

Penganjur : Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia

Pergi bukan pergi sahaja, tapi aku ada agenda yang dirancangkan. My aim, nak bawa adik2 Darussakinah (Zarin dan Halim) kembara ilmiah disamping beri pengalaman bernilai pada mereka since ini pertama kali mereka ke pameran seumpama ini. Second, nak dapatkan latest outcomes dari Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (www.saifulislam.com) dan jika berpeluang ingin mendengar wacana dan menemui beliau pada hari tersebut.



Teringat sahabat aku di semasa di UPSI, saudara Iransyah yang cacat penglihatan juga suka pameran sebegini. Masa pameran buku antarabangsa 2008, Iransyah pergi juga. Bila aku tanya, "Iran tak nampak, jadi Iran buat apa di sana?" "Iran datang sebab suka buku dan Iran dengar wacana yang diadakan". Manusia normal selalu melihat menilai yang terzahir dengan mata kepala, tapi insan seperti Iransyah, melihat dan menilai dengan mata hati. Subhanallah~

Tuesday, April 7, 2009

Moga hari ini lebih baik dari semalam~

Sobahulkhoir semua. Hari ni sekolah mengadakan mesyuarat PIBG dan kami, guru-guru praktikal diminta mengawal pelajar-pelajar. Doakan semuanya di permudahkan nanti.Rabbuna Yusahhil InsyaAllah.

Untuk 'sharing moment' hari ni, aku nak kongsikan kata2 Ustaz Hasrizal (www.saifulislam.com) yg padaku cukup bermakna:

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita.
The unsung hero beroleh quwwah,
untuk terus membuat kebaikan,
biar sekecil mana pun di mata insan.
Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah.

Tidak tergamak menghambur dosa,
kerja dibuat sebaik yang upaya.
Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN,
asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.
Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.
Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.
Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.
Lagi beberapa minggu nak menamatkan taklifan sebagai guru praktikal, anak-anak murid selalu cakap "Cikgu tak boleh tinggalkan kami lagi". Indeed, aku semakin mencintai taklifan ini~

Monday, April 6, 2009

Pertemuan dengan Sultan

Masaulkhoir semua. Hujung minggu yang telah berlalu, macam-macam peristiwa menarik yang dilalui. Yang pasti bagi adik-adik di sini, pengalaman bertemu Sultan Perak adalah kenangan menggembirakan buat mereka. Semalam anak-anak yatim Darussakinah dijemput menghadiri Majlis Ramah Mesra Sultan Perak bersama Anak Yatim Negeri Perak Sempena Sambutan Jubli Perak di Dewan Bandaran Ipoh. Di bawah adalah sedikit paparan kenangan semalam (^^)

Pelbagai aksi dirakamkan sebelum bertolak ke Ipoh (Candid!)

Majlis Ramah Mesra DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bersama Anak Yatim Negeri Perak Sempena Sambutan Jubli Perak 5 April 2009/9 RabiulAkhir 1430H

Anak-anak yatim yang diraikan (^^)

Wajah kudus Aiman di sebalik makanan yang terhidang. Laziz!!

Wajah ceria Iskandar dan Solehan.


Agenda yang dinanti, penerimaan sumbangan dari Sultan dan Sultanah Perak. Aku yang ambil gambar ni (^^). Gembira berpeluang melihat dan bertemu pemerintah dari dekat tanpa protokol yang merumitkan.

Pertemuan yang Indah
Assalamualaikum, akak dari mana?”
“Waalaikumussalam, akak dari BAKIP (Badan Khidmat Islam Perak)”
Nama akak siapa?”
“Rohana. Eh, tak perlulah panggil akak,dah tua dah, panggil makcik la” kata Ummi Rohana tersenyum.

Semalam, aku berkenalan dengan seorang yang sangat istimewa pada pandangan mata hatiku, Ummi Rohana. Aku memanggilnya “Ummi” kerana itulah gelaran yang dipanggil oleh anak-anak yatim BAKIP pada wanita istimewa ini. Wajah Ummi Rohana begitu tenang,penuh kelembutan seorang ibu. Cara Ummi melayan dan berkomunikasi dengan anaknya begitu lembut sekali. Ummi Rohana berkhidmat di Rumah Anak-Anak Yatim BAKIP sudah menjangkau 11 tahun bersama-sama suaminya. Suatu tempoh yang lama. Padaku Ummi Rohana satu contoh muslimah yang berjihad untuk ummah. Melihat anak-anak yatim yang membesar di bawah asuhannya adalah suatu kepuasan buat Ummi.


Pertemuan yang singkat dengan Ummi sudah cukup menunjukkan Ummi seorang isteri solehah dan ibu mithali. Seringkali kelihatan Ummi menghadiahkan senyuman penuh kelembutan pada suami dan anak-anaknya.Terima kasih ya Allah pertemukan aku dengan seseorang yang boleh aku jadikan Qudwah hasanah dalam hidup ini.


Ummi Rohana, moga aku juga akan sepertimu~

Wednesday, April 1, 2009

Kasih sejarak dua jari~

Masaulkhoir semua, petang ni aku nak kongsikan lagu adaptasi dari sebuah hadis sahih pada antum, lagu ini begitu dekat dengan diriku buat perkongsian dengan kalian.
Kasih Sejarak Dua Jari: Muadz
Inni mimma akhaafu alaikum mim ba'di
Ma yuftahu alaikum min zahratid dunia
wa zinatihaa..wa zinatihaa
(sabda nabi yg bermaksud):
Kurasakan gelisah terhadapmu pabila ku tiada,
terbukalah..perhiasan dunia kelak kau terpedaya...

Ana wa kaafilul yatim, fil jannati haakadza..
Aku dan penjaga yatim piatu..Di syurga, ditempatkan bersama..
Kaulah teman sejati..Ini janjiku padamu (ummat)
Ana wa anta seumpama..Dua jari ini..
Ana wa anta seumpama Dua jari ini..

Lirik: Xifu Naser
Hadis (arabic text): Sohih Bukhari

The song is about highlighting our prophet Muhammad SAW as an icon as he was indeed the humanitarian icon... He was a leader of the ummah yet a loving and caring father to the children. Pernah suatu hari nabi menegur srg sahabat yang kurang mesra dgn anaknya lalu nabi bersabda "adakah kamu tidak mencium anakmu itu, sahabat itu berkata tidak..maka nabi berkata lagi.. sayangilah dan kucuplah anak-anakmu kerana aku mengucup anak-anakku..."
Baginda juga seorang yatim dan begitu kasih kpd anak yatim. Jika kita rasa hebat melihat icon-icon barat mengambil anak-anak miskin dan yatim sbg anak angkat, ketahuilah bahwa nabi telah menjanjikan sesiapa yang membela dan menjaga anak yatim, tempat mereka di syurga adalah berhampiran dgn nabi, serapat dua jari ini (baginda berbuat tanda 'peace' tu dan tunjuk kepada para sahabat).
Inilah insan agung yang mengajar kita akan erti kasih sayang sesama insan. Yang tua dihormati dan yang muda disayangi. Bukan dikira ummat nabi sesiapa yang tidak mempunyai ciri-ciri ini (maksud hadis)

Sesungguhnya, pada lagu ini, kesayuan kita membayangkan nabi dibesarkan sbg anak yatim, membawa pula suatu risalah yang ditentang kaumnya sendiri, dan juga terkandung, peringatan kpd kita agar berbuat baik pd al'aytaam (anak2 yatim).. dan anugerah yg sgt besar bagi mereka yang berbuat demikian.. ia motivasi untuk diri kita...

Gambar kenangan bersama sahabatku Nasihah, Zaleha, "Mak Sa'adiah" (tengah), "Mak Yam" (bertudung biru) dan "Ayah". Terima kasih Ayah kerana memasakkan untuk kami warga Darussakinah makanan setiap hari. Kerana Ayah, aku kini semakin cekap di dapur=) Alhamdulillah.

Sahabat-sahabat, doakan aku tak pernah lelah membantu ustaz pengetua menjaga kebajikan anak-anak yatim Darussakinah, mereka adik-adik yang ku kasihi kerana Allah. Doakan aku kuat semangat untuk meng'islah'kan mereka. Sungguh taklifan ini bukan semudah yang disangka. Perlukan kesabaran dan kasih sayang diiringi doa dan qudwah hasanah dari kakaknya ini. Adik-adik di Rumah Anak Yatim Darussakinah ini adalah harapanku moga menjadi syabab mustaqbal yang cemerlang dunia dan akhirat.