Wednesday, July 22, 2009

Ukhuwwah Fillah abadan abada~

Sobahulkhoir. Moga urusan kita hari ini dipermudahkan. Pagi ni berpeluang melayari internet, jalan2 dari satu website ke website untuk cari pengisian buat muhasabah diri. top up iman yang sering tak menentu. Alhamdulillah berkesempatan membaca perkongsian dari Abu Saif yang ingin kukongsikan bersama sahabat2.

Nilai Ukhuwwah~

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berkeinginan terhadap apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. [al-Hasyr 59: 9]


Islam mengajar kepada kita bahawa setinggi-tinggi nilai ukhuwwah adalah pada seseorang itu mengutamakan saudaranya melebihi keutamaan dirinya sendiri (al-ithaar ‘ala al-nafs). Manakala serendah-rendah nilai yang masih boleh dikategorikan sebagai ukhuwwah adalah pada salaamatus-sadr iaitu berlapang dada.

Ayat ni betul2 buat aku muhasabah, sepanjang perjalanan hidup sehingga kini aku amat menghargai kehadiran sahabat-sahabat. Ada ketika berkongsi saat pahit manis, teman berbual, teman berbincang, teman bergurau senda.Terlalu manis rasanya terutama bila Allah pertemukan dengan teman seperjuangan yang sentiasa ada untuk mengingatkan diri ini tentang iman, dosa,pahala,ingat pada Allah, yang sentiasa bersemangat untuk belajar, yang cekal di jalan dakwah, yang sabar..(walaupun sahabat sebegini satu dalam seribu). Terkadang bila Allah pertemukan dengan sahabat sejati (teman seperjuangan) dan setelah beberapa tempoh, aku diuji dengan perpisahan. Sungguh kehilangan teman seperjuangan rasa begitu goyah perjalanan hidup. Tiada siapa yang mengingatkan, tiada siapa yang memberi semangat. Tapi lumrah sebagai hambaNya, perlu redha, "bertemu dan berpisah kerana Allah".

Mujahadah di persekitaran yang berbeza

Teringat waktu di KISAS dahulu. Kehidupan yang dipenuhi dengan tarbiyyah,usrah, etc. Adanya sahabat2 seperjuangan yang selalu menunjukkan qudwah hasanah padaku. Aku jadi terikut-ikut dan Alhamdulillah berubah menjadi amalan. Sungguh saat ini aku amat menghargai semua itu. Bila masa berlalu masing2 membawa haluan. Bila kadang2 di timpa mehnah (ujian) rasa rindu pada tarbiyyah di KISAS. Mujahadah yang tinggi untuk kekal istiqamah~

Perjalanan kehidupan diteruskan...dari Matrikulasi Perak ke UPSI sehingga kini...dunia luar. Allah yang maha Kasih selama ini telah pertemukan aku dengan sahabat2 yang pelbagai. Ada yang menenangkan..ada juga sahabat yang didatangi sebagai ujian buat diri..aku banyak belajar dari kehidupan sahabat2 yang pelbagai. Belajar erti syukur, erti sabar, erti memberi dan menerima. Yang pasti aku menyayangi kalian kerana Allah =) Cuma terkadang rasa sedikit terkilan bila tidak berpeluang meng'islah'kan sepenuhnya sahabat2 di sekeliling dek kerana graf imanku yang turun dan naik.
Sejauh manakah perananku sebagai sahabat?

Ini soalan muhasabah untuk diri sendiri. Ku kongsikan hadis di bawah buat renungan kita semua.Moga kita semua sentiasa mencari ruang dan peluang menjadi sahabat yang baik. Islahkan diri dan berusaha islahkan orang lain (peringatan untuk diri yang lemah ini juga)

Rasulullah sollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda yang ertinya : “Tidak beriman seseorang itu sehingga ia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhori dan Muslim).

Terima kasih ya Allah =)

Last but not least, thankful to Almighty Allah, pihak Khalifah Institute has invited me to be a guest to the programme below. We plan and Allah also plans and Allah is the best planner.I nsyaAllah akan dikongsikan pengalaman ini nanti dengan sahabat2.Ilalliqa'.Fi amanillah=)

2 comments:

  1. ya Allah...saya mula menjadi peminat setia blog ukhti yang menjadi makanan rohani. Iman bertambah dan berkurang. Teruskan menulis mutiara-mutiara hikmah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah3X, yang baik dan terindah semuanya milik ALLAH. Syukran katsir ya akhi. May Allah bless you.

    ReplyDelete