Ukhti Izma: Sahabat yang penuh kelembutan berasal dari Kelantan. Hanya dengan Izma aku akan kecek Klate sebab Izma tak pernah gelakkan aku.Hehe.So comfortable using Kelantanese dialect with her=). Kami tak pernah bersama sepanjang sesi kuliah tapi bila tiba minggu exams, kami akan study bersama. Kami saling mengingatkan "Usaha belajar sungguh-sungguh kerana Allah, apa sahaja natijah (hasil) yakin pada Allah kerana Allah hitung pada usaha hambaNYA". May Allah bless you for being nice and sweet friend.
Jihad untuk ummah
Masa yang terluang sebelum aku menjadi guru ganti (awal Ogos ini) sedayanya aku manfaatkan sebaik mungkin. Ada buku-buku ilmiah yang aku perlu baca dan peluang berkhidmat untuk ummah kugunakan sebaiknya. Alhamdulillah peluang menghadiri seminar Interactive Dakwah Training hujung minggu lalu sebagai volunteer suatu pengalaman buatku apabila berpeluang menjadi saksi pengislaman seorang wanita Filipina. Terasa bergetar dan sayu hati melihat beliau mengucap syahadah. "Welcome sister in our family" monolog hatiku penuh syukur~
Tersentuh hati bila bro Lim nyatakan padanya "every sins done before you revert to Islam are demolished. You are like a pure, white cloth and with not even a black dots on the cloth. You are like a new born baby with no sins at all". Mengalir air mata wanita muslimah itu. Saat itu aku rasakan betapa besarnya peranan dakwah. Subhanallah. Kupeluk dan cium jasad suci itu.moga Allah pelihara Muslimah ini.
Wajah yang penuh ketenangan saat menerima mini-microfon dari bro Lim untuk mengucapkan syahadah. Sungguh hidayah itu milik Allah. Subhanallah3X
Perjalanan ku teruskan menitip ilmu yang tidak pernah berakhir. Menggunakan khidmat tenaga muda yang masih ada mencari pengalaman hidup. Akan meneruskan kembara ilmu menunaikan taklifan yang diamanahkan sebagai fasilitator untuk "Khalifah Youth Training" pada 18 July ini. Rabbuna Yusahhil InsyaAllah~
Iman itu adalah segala-galanya
Hidayah tinggi nilainya..
alhamdulillah...tersentuh membaca ukhti menggunakan masa dengan sebaik-baiknya..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya
ReplyDeleteSalam.Mabruk ilaiki..Pengalaman & peluang bersama orang2 soleh dalam menegakkan & menyebarkan agama Allah dikongsi bersama. kami mendapat manfaat daripada pengalaman nti. Sungguh besar pahalanya membawa seorang insan kepada mengenal Allah dan Islam.Teruskan perjuangan..
ReplyDelete