Tuesday, July 7, 2009

Aku dan Jalan ini...

Sobahulkhoir semua, lama sudah aku tak menjengah blog ini. Dah berhabuk kukira. Kebelakangan ni (semenjak habis praktikal) terasa kehabisan tenaga untuk menitipkan catatan di sini. Tapi sebenarnya terlalu banyak fikrah, ilham dan catatan rasa hati yang ingin dinyatakan. Alhamdulillah, selepas praktikal aku banyak menghabiskan masa mengikuti program2 NGO. Taklifan sebagai fasilitator sebaiknya kuterima sebagai pengalaman bermakna dalam pembangunan personaliti diri ini. Terima kasih ya Allah atas aturanMu yang indah ini.

Aku dan jalan ini...

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah...
perkongsian hikmah.syukran katsir buat iluvislam.com
Dakwah..jalan yang kupilih seiring perjalanan hidupku. Aku tahu dalam dunia mencabar, aku tak sekuat mana untuk melaksanakannya sendirian. Perlukan sokongan semangat nasihat dan kritikan membina dari sahabat seperjuangan. Moga tenaga kudrat seorang fatayat (pemudi) yang ada akan ku gunakan sebaiknya. Peluang sebagai pendidik akan cuba kumanfaatkan- menerapkan akidah pada bakal anak-anak muridku nanti. biiznillah~

PERKIM Ampang: Gambar kenangan bersama sahabat2 seperjuangan dan Bro. Lim Juoi Soon, kembara ilmu- Seminar "Friendly Comparative Religion"; permulaan dalam perjalanan mencari pengertian dan penghayatan dakwah~


Jalan ini jalan JAUH. Matlamat akhir itu HAKIKI. Mencapainya memerlukuan KESABARAN dan KETEKUNAN, ujian adalah KAYU UKUR iman. Tinggi rendah iman diukur daripada NATIJAH di akhir ujian. Tetaplah TSABAT, Janji-Nya PASTI~

No comments:

Post a Comment