Monday, March 30, 2009

My replies =)

Masaulkhoir,Alhamdulillah, blog yang masih mentah ini mendapat kunjungan dan respon sahabat2. Salam Ukhuwah buat semua. Kesempatan yang ada ni digunakan untuk membalas respon2 dari semua.
ibnumadzir: Salam.Terima kasih,kak.Saya amik konsep tapi apply pada sekolah biasa.Do you break the secular system?tanya Dr.Shakinaz..huh
Marfu'atul Imtiyaz: La syukran 'alal wajib ya akhi.Syukran jazilan kak ucapkan pada kamu sebab kamu membaca tesis kakak. Ilmu dikongsi bersama.boleh kak tahu tajuk tesis/proposal kamu? Kiranya Metod Khalifah di aplikasikan di sekolah biasa,macam tu ye?Teruskan perjuangan kamu.
Do you break the secular system?tanya Dr.Shakinaz..huh
"I want to disseminate and uphold Islamic values through education system"- would be one nice answer (^^)

Wednesday, March 25, 2009

Dedication to all beloved teachers

Masaulkhoir semua, tengah hari tadi time nak jumpa pengetua untuk sampaikan cenderamata bagi pihak Persatuan Bahasa Arab UPSI untuk program Mukhayyam 'Arabi yang lalu, terpandang sesuatu yang menarik atas meja tetamu. Buku bertajuk " I want to be a MASTER teacher ". Dok belek2, macam best pengisiannya,lastly Penyelia Petang bagi pinjam.Tq (^^)


Tertarik dengan bingkisan kata-kata kat cover buku ni, hakikat pendirian yang perlu ada bagi seorang pendidik. Nak dedikasi kata-kata ni pada semua guru,guru2 praktikal dan bakal guru (Ain J, do read this,hee~)
I am here because I want,
To touch young lives,
Expand their horizons,
Lift their spirits and deepen their values.

I do this so as to build a better society,
a better world for all of us.

Ayat ni sebenarnya menunjukkan peranan muallim/guru yang sebenarnya. Yang pasti sentiasa semaikan tekad yang kita bukan memegang tanggungjawab sebagai guru malah lebih besar dan bermakna sebagai KhalifahNya.

http://www.islamic-world.net/khalifah_child.php

Go..go..go.. Teacher Nazihah.. (bagi semangat kat diri sendiri) (^^)


Monday, March 23, 2009

Tinggal sebulan lagi

Sobahulkhoir, pagi ni cuaca mendung. rasa tenang Alhamdulillah 3X. Minggu ni minggu permulaan mengajar setelah seminggu cuti sekolah. Cepatnya masa berlalu tak terasa.
Peristiwa semalam
Petang semalam setibanya aku ke sekolah, gembira tengok wajah anak2 murid. Senyum2 mereka tengok aku. Kelas pertama aku masuk Tingkatan 2 Maliki. Minggu ni nak kena discuss dengan mereka jawapan kertas Ujian Selaras Bulan Mac yang mereka duduki seminggu sebelum cuti sekolah. Hasil penandaan kertas Sains anak2 murid merefleksikan diriku agar terus berusaha membantu mereka dalam masa sebulan lagi.
Ya Allah, kejapnya masa berlalu. Tinggal sebulan je lagi bergelar guru praktikal. Berusaha!! Keputusan mereka rata-rata sederhana sahaja. Ada yang lulus, dan yang gagal pun ada.Secara tak langsung aku boleh nampak betapa susahnya mereka nak mengeluarkan jawapan natijah dari pelaksanaan PPSMI (isu hangat ni). Inilah cabaranku mengajar anak-anak luar bandar.
Teringat kata-kata Cik Me, pak cik 'angkat' tak rasmi aku (http://www.ezqurban.org)
"malang sungguh apabila kejayaan guru diukur dengan
kegemilangan keputusan peperiksaan
anak murid...sedangkan kejayaan sebenar anak murid ialah
kekentalannya menghadapi cabaran samada
gagal atau cemerlang dalam setiap ujian"
Tiba di kelas Tingkatan 2 Maliki, hingar bingar suasananya... Bismillah,kakiku melangkah penuh senyuman, kelas ni memang terkenal dengan sikap pelajar lelakinya yang "loyar buruk". Aku serahkan keputusan kertas ujian pada mereka dan minta mereka refleksi diri. Walaupun tahap kognitif mereka sederhana tapi aku selalu yakinkan mereka yang mereka ni hebat.
Yang paling tak boleh lupa semalam, tiba-tiba kelas berada di luar kawalan. hingar-bingar tak hengat. Aku bukan jenis guru yang garang, nak jerit2 suruh mereka diam. Yang pasti bila kelas tak terkawal aku belajar menjadi tegas.
" Kelas, fokus apa yang Teacher nak bagitahu ok. Teacher tak suka marah2. I respect you, you respect me (ayat ni sampai dorang dah hafal) ", kataku dengan suara yang tenang.
"Baik Teacher, diam la wei, Teacher tak suka marah2 sebab marah dan garang tu bukan yang Nabi buat dan ajar. kan..kan.. Teacher"
Aku tersenyum dengar ayat tu. Memang itu yang aku beritahu mereka seawal aku masuk mengajar di kelas. Garang dan marah bukan sifat Rasulullah, jadi Teacher pun tak suka marah-marah. Walaupun tahap kesabaran aku tak sehebat Rasulullah tapi sedayanya aku menerapkan nilai-nilai mahmudah pada anak2 murid kerana itulah taklifan sebagai pendidik, "Memanusiakan manusia" .
Bila mengajar anak-anak di pedalaman, sebahagian dari mereka hakikinya tidak berpandangan jauh, mungkin kerana skop kehidupan yang mereka lihat begitu terhad. Pernah suatu ketika seorang anak muridku berkata, "Kalau belajar pun nanti kerja kampung jugak".. Hmm, betapa tak jauhnya pandangan mereka.Dan sebagai konklusinya aku bersetuju dengan kata-kata Cik Mei a.k.a Ustaz Azhar (http://www.ezqurban.org).
"Siapa yang mendidik mereka supaya belajar untuk dapatkan pekerjaan?
Apabila mereka bercakap
"blaja pun nanti akhirnya kami kerja kelapa sawit",
maknanya mereka tahu suasana hari ini..
iaitu peluang pekerjaan amat terhad..
dan mereka telah bersedia dari awal..bijakkan mereka?..
So..ubah pemikiran mereka..
belajar bukan untuk dapatkan pekerjaan..
tapi mensyukuri otak yang dianugerahkan
dan menggunakannya sesuai dengan tugasnya.."

Cuti Sekolah yang berakhir~

Masaulkhoir semua, lama tak hantar entry dek kerana kesibukan plus tak berupaya nak dapatkan perkhidmatan internet. Masa terus berlalu, macam-macam berlaku saban hari..

Peristiwa semalam

Semalam baru pulang semula ke Rumah Anak-Anak Yatim Darussakinah setelah sibuk dan menyibukkan diri dengan pelbagai kerja. Bila kereta Kelisa aku melepasi pagar, mulalah, sorang demi sorang anak yatim keluar dari asrama menjengah. Rindunya pada kalian. tersenyum2 semuanya. "Seronok cuti sekolah?" aku bertanya.

"Tak best pon","Best!!", "Boring dok rumah",macam-macam jawapan.

Yang pasti waktu malam, mulalah mereka sibuk nak siapkan kerja sekolah, koleksi seminggu yang terkumpul, "Kak, jangan lupa malam ni ajar saya kerja sekolah ye"_ ayat peringatan yang biasa diungkapkan.

Waktu takde kerja ni la yang mereka lakukan (^^)


Malam tadi akhirnya aku dapat tunaikan janjiku pada adik2 di sini untuk dapatkan ubat ketuat. Syukran katsir pada sahabat seperjuangan yang membeli ubat tersebut di HUKM. Teringat kata-kata adik-adik di sini.

" Kakak kalau kami sakit ada je ubatnya, sampai ubat jerawat pun kakak ada..hahaha"
" Kakak ni macam tabib "
" Kalau kakak takde mesti ada antara kami yang sakit, kakak ada kami sihat je"

" Adik2 ku sayang, yang menyembuhkan adalah Allah, ubat tu perantaraannya sahaja" balasku dengan senyuman.

Selagi kakak ada, kakak akan pastikan kalian sihat dan ceria. Moga Allah pelihara kalian selalu.

Macam2 ragam mereka ni.dan melalui ragam2 itulah aku belajar banyak perkara tentang erti kehidupan.Mereka semua istimewa dihatiku~

Wednesday, March 11, 2009

Cikgu, Teacher, Ustazah.....

Sobahulkhoir, hari ni hari yang sibuk, kalau ada pencalonan untuk individu tersibuk atau 'superwoman' mungkin aku akan tersenarai, (perasan sendiri). Seawal pagi dah tinggalkan Darussakinah terus ke sekolah. Sebagai 'Master Planner' program perkhemahan Bahasa Arab (Mukhayyam 'Arabi) yang akan bermula Jumaat ini, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Apatah lagi untuk program ni aku bersendirian menguruskannya memandangkan AJK2 terlibat semuanya masih di UPSI. memang tanpa teman-teman seperjuangan terasa lelah kadang-kadang.Tapi semangat jiwa nak memartabatkan bahasa Arab di sekolah ini begitu berkobar-kobar, walaupun hakikatnya aku adalah guru Sains disini. Chaiyyok!!

Peristiwa pagi tadi.

Sedang sibuk di bilik guru, tiba-tiba ada students masuk, "Assalamualaikum, ustazah, boleh tak nak tengok senarai nama peserta Mukhayyam". "Boleh, jap ye".. dalam hati tersenyum bila dipanggil "Ustazah". Bagusnya persepsi students terhadap aku. Since menjadi guru praktikal kat sini, macam-macam gelaran dapat. Sebagai guru Sains, aku gelarkan diri pada anak2 murid sebagai Teacher Nazihah. Kalau anak murid panggil "Cikgu" kira standard la, tapi bila digelar "Ustazah" tersenyum sendiri. Kalau ikutkan ciri-ciri luaran, takdelah rupa ustazah,tak bertudung labuh. (^^) agaknya apalah yang mereka lihat padaku.

Yang pasti aku memang selalu berpegang pada kata-kata Sister Sherina, Khalifah trainer (www.islamic-world.net) yang menasihatiku supaya aku ubah persepsi diri, jadi guru yang meletakkan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai sandaran. Walaupun aku guru Sains, elemen2 aqidah sedaya upaya aku terapkan. Mengajar anak2 murid Sains disamping menunjukkan kebesaran Allah pada mereka. Meski mereka anak2 kampung yang punya tahap kognitif yang sederhana tapi bila mereka belajar jadi hamba yang bersyukur melalui penciptaanNYA, padaku, objektif pengajaran sudah tercapai (^^). Alhamdulillah.

Tapi bila kenangkan semula, "Cikgu, Teacher, Ustazah"... definisinya tetap serupa, taklifan dan amanah tetap sama, sebagai pendidik... tapi sejauh manakah amanah ini terlaksana sebaiknya...(muhasabah)

Darussakinah

Masaulkhoir, Alhamdulillah tadi baru lepas jaga exam untuk paper Mathematics for Class Form 2. Minggu ni minggu imtihan sebelum cuti sekolah menjelma.Huhu, memang agak kasihan tengok mereka. Soalan dalam bahasa Inggeris, students tak berapa faham, mujurlah aku ni jenis guru yang punyai tahap empati yang tinggi, sorang2 angkat tangan, "Teacher, tak faham la..."."OK, Teacher datang" jawabku, habis satu row ke row, semuanya ambil kesempatan bertanya.

Mungkin inilah asbab kenapa ramai pendidik yang anti PPSMI. Since mengajar di kawasan pedalaman, banyak real things yang dipelajari. Yang pasti tugas mengajar dan mendidik dua elemen yang berbeza. (Ok, isu PPSMI kita cerita entry lain kali ye)
Entry kali ni dan seterusnya nak cerita kisah "Darussakinah". Tempat yang penuh cerita suka duka, For those yang dah tahu, Darussakinah adalah nama tempat tinggal anak2 yatim, di mana tempat aku menetap sekarang sepanjang bergelar guru praktikal.Sungguh perancangan Allah itu Maha Hebat. Tinggal bersama anak-anak yatim banyak mengajar erti bersyukur dan belajar menghargai kehidupan.

Inilah wajah2 anak-anak yatim di Rumah Anak2 Yatim Darussakinah. Masa ni kali kedua aku datang bersama sahabatku Monirah (dalam gambar) tahun 2006. Wajah2 yang dahagakan kasih sayang. Sebahagiannya dah kembali ke pangkuan ibu masing2. Kakak sentiasa doakan kalian walau dimana kalian berada. Uhibbukum lillah (^^)

Monday, March 9, 2009

~Sabar itu indah~

MasyaAllah minggu-minggu berlalu satu persatu mehnah dihadapi. Taklifan saban hari semakin bertambah.Jiwa yang lemah terkadang rasa air mata ni nak mengalir.Tapi kata-kata semangat dari ikhwan dan akhawat banyak memberi semangat. Teringat kata-kata seorang senior padaku tatkala ditimpa musibah:



time baca ayat2 ni terasa sedikit tenang.nak dedicate ayat ni untuk sahabat2 lain yang diuji

Hidup ni tiada kerehatan. "Nak rehat nanti selepas mati",kata Ustaz Sulaiman, ayah angkatku. Brother Lim pun selalu pesan, buat kerja sungguh-sungguh "because we work for Allah"


Go..go..go.. Berusaha!!!


Wednesday, March 4, 2009

Sebuah permulaan~


MasyaAllah, petang ni tak tahu kenapa sedang asyik membaca blog sahabat2 tiba2 timbul idea gila nak buat blog sendiri. Memang gila.huhu..sebelum ni asyik geleng kepala tengok ex-housemate addict dengan blog tapi tak tahu la.mesti x-rumate (munir) gelak besar dengan aku..mudah2han beroleh manfaat daripada penulisan ini kelak. huhu. I can't believe this~