Sobahulkhoir, pagi ni cuaca mendung. rasa tenang Alhamdulillah 3X. Minggu ni minggu permulaan mengajar setelah seminggu cuti sekolah. Cepatnya masa berlalu tak terasa.
Peristiwa semalam
Petang semalam setibanya aku ke sekolah, gembira tengok wajah anak2 murid. Senyum2 mereka tengok aku. Kelas pertama aku masuk Tingkatan 2 Maliki. Minggu ni nak kena discuss dengan mereka jawapan kertas Ujian Selaras Bulan Mac yang mereka duduki seminggu sebelum cuti sekolah. Hasil penandaan kertas Sains anak2 murid merefleksikan diriku agar terus berusaha membantu mereka dalam masa sebulan lagi.
Ya Allah, kejapnya masa berlalu. Tinggal sebulan je lagi bergelar guru praktikal. Berusaha!! Keputusan mereka rata-rata sederhana sahaja. Ada yang lulus, dan yang gagal pun ada.Secara tak langsung aku boleh nampak betapa susahnya mereka nak mengeluarkan jawapan natijah dari pelaksanaan PPSMI (isu hangat ni). Inilah cabaranku mengajar anak-anak luar bandar.
"malang sungguh apabila kejayaan guru diukur dengan
kegemilangan keputusan peperiksaan
anak murid...sedangkan kejayaan sebenar anak murid ialah
kekentalannya menghadapi cabaran samada
gagal atau cemerlang dalam setiap ujian"
Tiba di kelas Tingkatan 2 Maliki, hingar bingar suasananya... Bismillah,kakiku melangkah penuh senyuman, kelas ni memang terkenal dengan sikap pelajar lelakinya yang "loyar buruk". Aku serahkan keputusan kertas ujian pada mereka dan minta mereka refleksi diri. Walaupun tahap kognitif mereka sederhana tapi aku selalu yakinkan mereka yang mereka ni hebat.
Yang paling tak boleh lupa semalam, tiba-tiba kelas berada di luar kawalan. hingar-bingar tak hengat. Aku bukan jenis guru yang garang, nak jerit2 suruh mereka diam. Yang pasti bila kelas tak terkawal aku belajar menjadi tegas.
" Kelas, fokus apa yang Teacher nak bagitahu ok. Teacher tak suka marah2. I respect you, you respect me (ayat ni sampai dorang dah hafal) ", kataku dengan suara yang tenang.
"Baik Teacher, diam la wei, Teacher tak suka marah2 sebab marah dan garang tu bukan yang Nabi buat dan ajar. kan..kan.. Teacher"
Aku tersenyum dengar ayat tu. Memang itu yang aku beritahu mereka seawal aku masuk mengajar di kelas. Garang dan marah bukan sifat Rasulullah, jadi Teacher pun tak suka marah-marah. Walaupun tahap kesabaran aku tak sehebat Rasulullah tapi sedayanya aku menerapkan nilai-nilai mahmudah pada anak2 murid kerana itulah taklifan sebagai pendidik, "Memanusiakan manusia" .
Bila mengajar anak-anak di pedalaman, sebahagian dari mereka hakikinya tidak berpandangan jauh, mungkin kerana skop kehidupan yang mereka lihat begitu terhad. Pernah suatu ketika seorang anak muridku berkata, "Kalau belajar pun nanti kerja kampung jugak".. Hmm, betapa tak jauhnya pandangan mereka.Dan sebagai konklusinya aku bersetuju dengan kata-kata Cik Mei a.k.a Ustaz Azhar (http://www.ezqurban.org).
"Siapa yang mendidik mereka supaya belajar untuk dapatkan pekerjaan?
Apabila mereka bercakap
"blaja pun nanti akhirnya kami kerja kelapa sawit",
maknanya mereka tahu suasana hari ini..
iaitu peluang pekerjaan amat terhad..
dan mereka telah bersedia dari awal..bijakkan mereka?..
So..ubah pemikiran mereka..
belajar bukan untuk dapatkan pekerjaan..
tapi mensyukuri otak yang dianugerahkan
dan menggunakannya sesuai dengan tugasnya.."
zihah tgl sebulan nk praktikal, kt tgl 2bulan nk pegi praktihal..takutt..hhehe
ReplyDeleteAll the best untuk Ain nanti, praktikal ni mmg best, masa ni la nak koreksi diri, nak tahu kemampuan diri menjadi pendidik especially bila jadi guru Sains. Kita bagi support kat ain.chayyok2. All the best utk tesis. Doakan kita.bila la nak jumpa ain ni..
ReplyDeletesalam ziarah
ReplyDeletewah really respect akak
i really nk wat camtu
tolong anak bangsa
may allah bless u
merdekakanlah anak bangsa kita
>> to Tengku Johari
ReplyDeleteTerima kasih atas komen membina.kamu Khalifah Volunteer kan? May Allah bless you too.Doakan kakak.teruskan perjuangan kamu menuntut ilmu. Majulah syabab mustaqbal untuk agama =)