Wednesday, March 11, 2009

Cikgu, Teacher, Ustazah.....

Sobahulkhoir, hari ni hari yang sibuk, kalau ada pencalonan untuk individu tersibuk atau 'superwoman' mungkin aku akan tersenarai, (perasan sendiri). Seawal pagi dah tinggalkan Darussakinah terus ke sekolah. Sebagai 'Master Planner' program perkhemahan Bahasa Arab (Mukhayyam 'Arabi) yang akan bermula Jumaat ini, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Apatah lagi untuk program ni aku bersendirian menguruskannya memandangkan AJK2 terlibat semuanya masih di UPSI. memang tanpa teman-teman seperjuangan terasa lelah kadang-kadang.Tapi semangat jiwa nak memartabatkan bahasa Arab di sekolah ini begitu berkobar-kobar, walaupun hakikatnya aku adalah guru Sains disini. Chaiyyok!!

Peristiwa pagi tadi.

Sedang sibuk di bilik guru, tiba-tiba ada students masuk, "Assalamualaikum, ustazah, boleh tak nak tengok senarai nama peserta Mukhayyam". "Boleh, jap ye".. dalam hati tersenyum bila dipanggil "Ustazah". Bagusnya persepsi students terhadap aku. Since menjadi guru praktikal kat sini, macam-macam gelaran dapat. Sebagai guru Sains, aku gelarkan diri pada anak2 murid sebagai Teacher Nazihah. Kalau anak murid panggil "Cikgu" kira standard la, tapi bila digelar "Ustazah" tersenyum sendiri. Kalau ikutkan ciri-ciri luaran, takdelah rupa ustazah,tak bertudung labuh. (^^) agaknya apalah yang mereka lihat padaku.

Yang pasti aku memang selalu berpegang pada kata-kata Sister Sherina, Khalifah trainer (www.islamic-world.net) yang menasihatiku supaya aku ubah persepsi diri, jadi guru yang meletakkan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai sandaran. Walaupun aku guru Sains, elemen2 aqidah sedaya upaya aku terapkan. Mengajar anak2 murid Sains disamping menunjukkan kebesaran Allah pada mereka. Meski mereka anak2 kampung yang punya tahap kognitif yang sederhana tapi bila mereka belajar jadi hamba yang bersyukur melalui penciptaanNYA, padaku, objektif pengajaran sudah tercapai (^^). Alhamdulillah.

Tapi bila kenangkan semula, "Cikgu, Teacher, Ustazah"... definisinya tetap serupa, taklifan dan amanah tetap sama, sebagai pendidik... tapi sejauh manakah amanah ini terlaksana sebaiknya...(muhasabah)

No comments:

Post a Comment