Friday, December 25, 2009

To my Palestinian brothers and sisters

Tanggal 27 Disember 2009 hingga 18 Januari 2010 menandakan ulang tahun pertama kezaliman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza. Selama 22 hari, Israel membedil Gaza dengan bom, fosforus putih dan menggempurnya dengan jet pejuang F16, helikopter tempur, angkatan kapal laut , kereta kebal dan tentera bersenjata.

Seramai 1,400 jiwa terkorban , 5,000 orang tercedera, 20,000 kehilangan tempat tinggal dan 50,000 menjadi rakyat pelarian. Sekolah, universiti, hospital, bangunan awam, rumah dan kedai juga tidak terselamat daripada kekejaman tentera Zionis Israel.

Keprihatinan Viva Palestina


27 Disember 2009, bertempat di pusat beli belah Midvalley Kuala Lumpur, pengunjung yang terdiri daripada berbilang bangsa dan peringkat umur menyertai ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Viva Palestina bagi mengingati peristiwa Palestin dihentam kejam oleh rejim Zionis. Alhamdulillah, saya turut berpeluang menyertai program ini .


Orang ramai terpanggil atas dasar kemanusiaan untuk bertafakur selama seminit sebagai memperingati genap setahun serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Genting Gaza

Pengalaman sewaktu Astro Awani menemu ramah saya (mewakili Khalifah Youth Circle). Tq Kak Mun and Baitie for the pic~

Boikot!!

Pasangan husband and wife, Dr. Musa dan isteri Puan Mimi bersama anak mereka. Saya cukup kagum dengan semangat keluarga ini. Menanamkan erti jihad untuk ummah pada keluarga. Qudwah hasanah sebuah Baitulmuslim~

Mentaliti masyarakat

Sewaktu saya memakai mafla Palestin dan baju boikot, saya melihat orang2 sekeliling memandang dengan pelbagai reaksi. Ada yang memandan
g bersahaja, ada yang tertanya-tanya. Objektif saya dan volunteers yang lain adalah untuk menanam kesedaran pada masyarakat terutama orang-orang Muslim tentang nasib saudara kita di Palestin. Saya tidak mahu kesedaran ini sifatnya bermusim. Bagaimana dengan qunut Nazilah? Doa buat saudara kita di Palestin, adakah masih dilakukan? muhasabah buat diri saya juga..

Ulang tahun pembunuhan dan pencabulan hak asasi rakyat Gaza, Palestine akan dikenang oleh masyarakat madani seluruh dunia....


Gaza masih dikepung. Pencerobohan ke atas Gaza dan penindasan terhadap rakyat Palestin tidak boleh di biarkan berlalu begitu sahaja. Sebagai Muslim, mereka adalah saudara kita. Perjuangan pembebasan Palestin adalah suatu seruan kemanusiaan dan perubahan kearah penyelesaiaan yang adil dan saksama mesti didokongi oleh masyarakat dunia sejagat.

Kesedaran atas rasa ukhuwah Islamiyyah dan kebersamaan perlu ada. Walau tak mampu menandingi kehebatan ukhuwwah kaum Muhajirin dan Ansar, tapi lakukanlah apa yang terdaya oleh kita. Allah knows, Palestinians need our support..

Thursday, December 24, 2009

Nikmat sihat sebelum sakit

Salam alaik buat semua, begitu pantas masa berlalu menyedarkan saya bahawa setiap perjalanan hidup ini memerlukan perancangan dan Muslim yang cemerlang adalah Muslim yang merancang hidupnya... tapi hakikat yang pasti Allah adalah sebaik-baik perancang..

Diri yang merancang

Bulan Disember ini bagi lebih dikenali dengan istilah "school holidays" yang pastinya mengundang keriangan pada pelajar-pelajar sekolah dan kebimbangan sebahagian ibu bapa yang bekerja memikirkan pengisian masa terluang buat anak-anak mereka.Sebagai guru yang baru dipostingkan, saya tidak berpeluang banyak untuk meluangkan masa untuk diri sendiri (wah..macam banyak tanggungjawab jer). Sebenarnya beginilah saya.. Sejak di universiti sangat suka menyibukkan diri, untuk ilmu, untuk kebajikan dan segalanya untuk Islam adalah kecintaan saya.. Justeru setiap hujung minggu pada bulan Disember saya sudah membuat "tag" untuk program-program NGO yang akan saya ikuti.


Nikmat Sihat sebelum Sakit


Taklifan sebagai fasilitator yang saya terima daripada NGO Khalifah Institute saya terima dengan hati yang sangat-sangat terbuka. Young Khalifah Camp di Kem Perah FRIM, Selangor (11-13 Disember 2009) menjadi medan permulaan untuk program bulan Disember 2009.

Kenangan bersama ukhti Muna fasilitator dari UIA=)

Sakit yang mengundang hikmah

Sehari sebelum program Young Khalifah Camp berakhir, saya mengalami kecederaan di kaki kanan akibat terlanggar batu, mula-mula terasa berdenyut dan saya abaikan sahaja rasa sakit itu. Bila malam, saya dengan memberanikan diri mengurut bahagian kaki yang sakit. MasyaAllah esoknya bengkak kian menjadi dan daripada dapat berjalan saya dah tak upaya berjalan kerana sakit yang teramat sangat. Hari terakhir saya tidak dapat bergerak ke mana-mana..
Keadaan kaki saya menyebabkan ummi sangat2 risau.

Adik-adik LDK saya yang sangat baik dan berpotensi.

MasyaAllah, peritnya bila berjalan menggunakan sebelah kaki. Hari itu juga ummi bawa saya ke klinik, melihat keadaan kaki saya di tambah kerisauan ummi, doktor klinik tersebut terus minta saya ditransferkan ke Hospital Serdang dan buat screening x-ray kerana dikhuatiri patah.

Aduh! Malam itu kami terus ke wad kecemasan Hospital Serdang. Kerana rasa pedih pada kaki kanan, saya di beri wheelchair untuk ke bilik x-ray Hospital Serdang. Hakikatnya saya yang ceria membuatkan pesakit-pesakit dan pelawat hospital memandang sedikit serong pada saya, mungkin mereka fikir “Betul ke sakit, ceria semacam je..” Alhamdulillah kaki saya tidak patah. Tapi sayangnya doktor muda di hospital itu hanya member ubat tahan sakit.

3 hari berlalu…

Bengkak di kaki masih tidak surut. Air mata berlinang menahan kesakitan saat hendak bergerak. Terlantar di pembaringan.. Anggota yang lain sihat tapi bila kaki tidak dapat bergerak, terasa hilang semuanya. Mengalir air mata saya bila menahan kesakitan. Di sinilah saya tahu Allah mengajar saya eri sabar dan syukur..

17 Disember 2009, saya menghubungi pihak Khalifah Institute untuk menarik diri sebagai fasilitator untuk program seterusnya, The Khalifah Camp 18-20 disember 2009 dengan penuh berat hati.. semangat saya mati dengan keadaan diri..

Melihat ketiadaan perubahan pada kaki saya, ummi sekali lagi membawa saya ke klinik. Alhamdulillah kali ini bertemu dengan doktor berpengalaman yang kami sekeluarga kenali sejak saya kecil lagi. He asked me to soak my right leg in pail filled with ice cubes. Kalau ikutkan medic term, istilah kesakitan ini dinamakan “Soft Tissue Swelling”, ada tisu terluka. Doktor tukar semua ubat yang pernah saya dapat sebelum ni.. MasyaAllah hari itu saya belajar sesuatu.. pengalaman membezakan seseorang individu. Pengalaman adalah ilmu berharga dalam kehidupan..akhirnya..doktor yang ketiga yang saya temui barulah menyatakan prescription yang tepat..

Alhamdulillah, semangat saya merendamkan kaki dalam ais sampai kaki kejang2 telah mengurangkan rasa sakit. Hakikat Allah yang Maha Penyembuh. Thank you Allah. Thank you so much. Tiada kekuatan selain dariNYA..

Rupa-rupanya, manusia merancang tapi Allah adalah sebaik-baik perancang, 19 Disember saya diberi kekuatan untuk berjalan normal dengan kedua belah kaki walaupun agak perlahan. Saya menerima panggilan dari Bro Lim Juoi Soon, beliau meminta bantuan saya untuk menguruskan Interactive Dakwah Training anjuran PERKIM Ampang.. kekuatan saya untuk pergi bertambah-tambah apabila saya dimaklumkan ada wanita Cina Kristian yang mahu revert Islam.. Dengan kaki yang baru mula untuk sembuh saya menguatkan semangat agar terus dapat menyumbangkan khidmat tenaga...

Alhamdulillah3x, pagi Sabtu 19 September, Masjid Bukit Indah, Ampang Selangor menjadi saksi pengIslaman seorang wanita Cina yang beragama Kristian. Kecenderungan wanita ini mengetahui tentang Islam, memberi tekad untuk memilih Islam sebagai agama pilihan hidupnya. Allahuakbar!

Yang pasti peserta-peserta Interactive Dakwah Training kali ni menerima pengalaman berharga menjadi saksi pengIslaman. Hidayah itu milik mutlak Allah buat hamba-hambaNYA. Benarlah, "Al-Islam Ya'lu wala yu'la alaih"-Islam itu tiggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

Sister Michelle mendengar penerangan Bro. Lim juoi Soon tentang Islam sejurus selepas mengucap syahadah. Welcome sister to our big family. We are brothers and sisters in Islam. Alhamdulillah


Interactive Dakwah Training anjuran PERKIM Ampang

Saya belajar banyak perkara daripada kembara hidup kali ini bahawa dalam gerak kerja kita, Allah adalah sebaik-baik perancang. Faiza 'azamta Fatawakkal 'Alalloh.. (Setelah kamu berazam maka bertawakkallah pada Allah) Surah Al-Imran ayat 159.

Sharing kata-kata terakhir dari sahabat buat sahabat...Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah taqwa.

Monday, December 7, 2009

Keep moving...

Masaulkhoir buat sahabat-sahabat yang dikasihi fillah, anak-anak murid yang sentiasa di ingatan, each and everyone that browse this blog.. may Allah bless all of you.

My latest news, I am now being a teacher at Sekolah Menengah Dato' Ahmad Razali, Ampang, Selangor. New adventure and experience to be explored.. here I'm going..

Cuti sekolah sudah bermula, everybody expects me enjoying my school holidays.. Yes I am enjoying my holidays but not being at home..

Khalifah Institute, Ampang, Selangor has given responsibility for me to handle two camps (Young Khalifah Camp 11-13 Dec and Teens Khalifah Camp 18-20 Dec) as a assistant modulator and facilitator.

Yet, I admit, masa yang ada dirasakan terlalu tersepit dan terhimpit since my beloved cousin akan "Bertunang" at the day that I have to handle the programme; task that I will be delivering messages about the beauty of Islam to children. She seems upset with my absence.Really make me struck. Hoho. sigh..~

May Allah ease everything. I do this because Jihad for Ummah. I really hope my dear family members realize that I'm not alone belong to them, as my love in humanity field and my mission to contribute my energy to Islam.. I am belong to Ummah too. May Allah guides me in every steps that I take along my journey of life..

Saturday, November 7, 2009

Hayyakumullah~

Salam alaik buat semua~ Subhanallah masa terus berlalu.. hari-hari berlalu begitu sibuk dengan taklifan dan amanah baru yang digalas sebagai seorang guru. Moga di beri kekuatan buat diriku dan sahabat-sahabat yang baru dipostingkan ke sekolah. Cabaran yang nyata telah tiba, memperjuangkan diri untuk mentarbiyyah ummah dengan ilmu, iman dan akhlak. Moga title sebagai Guru bukan terzahir sebagai kebanggaan (Tasyrifan) tapi dilaksanakan (Taklifan) dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan serta meletakkan diri sebagai Khalifah Allah yang memiliki jiwa kehambaan dalam setiap tindakan~

Di kesempatan waktu yang ada, dedikasi buat junior-junior dan sahabat-sahabat yang sedang berjuang di medan ilmu menghadapai final exams, segala yang terbaik untuk antum kudoakan. Have faith in Allah!


Dedikasi teristimewa

Salam ingatan buat sahabat-sahabat seperjuangan yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan November ini =)


SANAH HELWAH buat sahabat-sahabat seperjuangan yang diingati
  • Akhi Mohd Bahauddeen b. Azmi (4 November 2009)
  • Akhi Hakim bin Azimoha (5 November 2009)
  • Akhi Wan Mohd Hazim bin Wan Mohd Shaffii (9 November 2009)
  • Ukhti Sakinah bt. Hashim (12 November 2009)
  • Akhi Aiman b. Zainul Kerif (24 November 2009)

Tiada hadiah yang dapat kuberikan, tapi ketahuilah setiap dari kalian memberi pengertian yang bermakna dalam perjalanan hidup ini. Kalian merupakan tunjang kekuatan di sebalik semangatku ketika awal penubuhan Persatuan Bahasa Arab di UPSI. Selaku mantan Presiden Persatuan Bahasa Arab UPSI "Generasi Pertama", kehadiran antum dalam Jam'iyah (persatuan) bersama fikrah dan kelebihan tersendiri begitu bermakna buatku.

Syukran katsir atas semangat juang dan cinta yang kalian berikan untuk memartabatkan bahasa pilihan Allah ini (Bahasa Arab) di bumi UPSI.

Gambar kenangan kepimpinan Persatuan Bahasa Arab UPSI ketika jamuan 'Eid Mubarak 2008. Di barisan tengah: dua dari kiri, Akhi Baha, hujung di sebelah kanan, Akhi Hakim .Di barisan atas sekali: hujung dari kiri, Akhi Hazim, hujung dari kanan, Akhi Aiman .

Kenangan bersama Ukhti Sakinah-hujung dari kanan, ketika program Delegasi Usrah UPSI ke UIAM, Mac 2008.

Usia yang Tuhan kurniakan ini, hiasilah dengan amalan yang murni. Moga ianya menjadi temanmu di akhirat nanti. May Allah bless you all. Selamat Hari Lahir~

Tuesday, October 20, 2009

Peace be Upon you

Sanah Helwah

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kupanjatkan kepada yang Maha Pencipta. Tanggal 16 Oktober yang lalu, genaplah umurku 23 tahun (tiada rahsia lagi.ngee~) . MasyaAllah tepat tarikh itu tiba, aku terima begitu banyak mesej ucapan Selamat Hari Lahir daripada sahabat2 yang terlalu lama tidak ketemu, sahabat2 KISAS (Ain Jaafar ,you're the first to be), Matrikulasi Perak, sahabat UPSI, keluarga Persatuan Bahasa Arab UPSI, ALA UIA, Khalifah Institute members dan anak-anak murid. Ya Allah, terima kasih semua!!

Alhamdulillah, moga kalian tahu betapa gembira dan berertinya ucapan ringkas tersebut buat diri ini. Ini tidak termasuk lagi ucapan2 yang datang dari dunia cyber,emel,etc. Subhanallah, indahnya ukhuwah atas ingatan yang kadang kala terasa kecil dan enteng untuk dilakukan.

Teringat satu ucapan yang kuterima dari seorang Junior UPSI yang mendoakan agar aku cepat membina Baitulmuslim. Katanya, supaya sinergi di medan ilmu dan dakwah akan lebih bertambah. Tersenyum membaca ucapannya dan aku tahu, sebenarnya itu adalah harapan dan impiannya yang dizahirkan sebagai ucapan=D Ameen Ya Rabb,doa kakak juga untuk kamu.

Penghargaan yang Abadi

Saat tiba tarikh kelahiran, tiada yang lebih bermakna selain doa dipanjatkan buat ummi dan ayah atas kesusah payahan membesarkan anak gadis seorang ini.Your eternal love to me will be rewarded by Allah. Moga aku menjadi anak yang solehah sebagai hadiah bermakna buat orang tuaku.
Semalam saat aku melayari blog sahabat2, terkejut besar melihat entry yang ditulis oleh sahabat seperjuanganku,Ukhti Sakinah (http://www.kinahashim.blogspot.com). Terasa nak mengalir air mata. Ketahuilah sahabat, diri ini sangat-sangat menghargainya. Terima kasih atas ingatan di hari lahir diri ini =)
Muhasabah usia

Moga dengan pertambahan umur,maka bertambah juga amalan hendaknya. Jangan lupa semakin bertambah umur bermakna tempoh usia di dunia semakin berkurang- antara pesanan yang kuterima daripada sahabat di hari lahirku.

Syukran sahabat atas ingatan bermakna ini. Umur yang telah berlalu membuat aku muhasabah diri moga Allah sentiasa memberi ruang dan peluang padaku untuk mengislahkan diriku dan mengislahkan orang lain juga. Kecintaanku pada ilmu moga akan senantiasa bertambah agar dengannya aku lebih rapat lagi dengan yang Maha Pencipta.

Di padang Mahsyar nanti, antara soalan yang akan ditanya oleh Allah S.W.T ialah , “Ke mana umur mudamu dihabiskan?”. Tuhan tidak bertanyakan umur tua. Ini menunjukkan betapa bernilainya masa muda berbanding tua. Sehubungan dengan itu Nabi s.a.w mengingatkan dalam hadisnya yang bermaksud: “Pergunakanlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat,sebelum sakit. Masa muda sebelum tua. Masa lapang sebelum sibuk. Masa kaya sebelum miskin. Masa hidup sebelum mati.”

Masa diukur bukan pada nilai kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkat, panjang atau pendeknya tapi bergantung kepada bagaimana ia diurus dan untuk apa ia digunakan. Imam Nawawi r.h.m. misalnya, ulama yang tidak panjang usianya tetapi begitu besar jasanya. Malah hingga kini kitab-kitab yang ditulisnya dinilai ‘sangat luar biasa’ bukan sahaja dari segi kerelevenan dan kesignifikannya tetapi juga tempoh masa untuk menghasilkannya berbanding usianya yang relatif singkat!

Lihat juga masa pemerintahan Umar ibn Abdul Aziz r.a. yang begitu pendek (hanya sekitar dua tahun) berbanding masa pemerintahan khalifah Bani Umayyah yang lain, akan tetapi Umar Ibn Abdul Aziz terus dikenang sebagai pemerintahan yang sangat mirip dengan Khulafaur Rasyidin. Bukan kerana kuantiti masa pemerintahannya tetapi kerana kualiti masa selama kepimpinannya- Umar ibn Abdul Aziz mengatasi kredibiliti khalifah-khalifah yang lain.

Kuantiti masa tidak boleh “dipanjangkan” tetapi kualitinya boleh dipertingkatkan. Justeru dalam Islam banyak hadis yang menjelaskan tentang fadilat suatu amalan yang digandakan melebihi tempoh masa dan tenaga yang digunakan. Misalnya Rasulullah s.aw. pernah menegaskan bahawa sesiapa yang bersolat jemaah Isyak dan Subuh, maka dia seolah-olah telah beribadah sepanjang malam. Juga bagi orang yang berfikir sesaat tentang kebesaran Allah lebih baik daripada beribadah selama setahun!.


Ingatan bersama buat diri dan sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi fillah

Rasullullah s.a.w berpesan pada Abdullah bin Umar “Jadikanlah (hidupmu) di dunia ibarat seorang tamu atau pengembara yang sedang singgah di tengah perjalanan,” (Riwayat Bukhari)

Itulah seharusnya kehidupan Mukmin di dunia ini. Ia harus menjadikan akhirat sebagai tujuan perjalanannya, dan dunia ini sebagai tempat persinggahan,yang tidak lama akan ditinggalkan..
Justeru, buat diriku juga sahabat2, syabab dan fatayat (pemuda dan pemudi) teruskanlah mujahadah di medan ilmu, menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan, ilmu dunia dan akhirat. Tenaga kudrat yang ada manfaatkanlah dengan aktiviti-aktiviti berorganisasi,dakwah, kemanusian, kemasyarakatan.

“Statiknya air akan merosakkannya, statiknya pemuda (dengan banyaknya masa lapangnya) akan membunuh dirinya”. -PEPATAH ARAB

Wednesday, October 14, 2009

Precious moments of being an ALAMINian~

Sobahulkhoir semua, moga semuanya dalam sejahtera bersama kesyukuran atas nikmat teristimewa dari Allah, nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah sudah hampir 2 minggu lebih diri ini telah menamatkan taklifan sebagai Muallimah (guru sementara) di Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bangi. Subhanallah banyak ilmu didapati di sana. Kerinduan pada suasana persekolahan, biah solehah di sana, keramahan guru-guru serta gelagat anak-anak murid memang tidak dapat dinafikan. Pengalaman mengajar Sains dan Geografi memberi input pengetahuan bermakna buat diri ini agar terus berusaha menimba dan menyampaikan ilmu. Being a life-long learner.Credit buat anak-anak murid kelas Tingkatan 1 Tabari (Sains), 2 Kindi & 2 Ar-Razi (Geografi) dan 3 Farabi & 3 Ghazali (Sains) yang banyak memberi kenangan buat muallimah=)

Gambar yang sempat dirakam sebelum pulang dari mengajar di suatu petang =)

Dedikasi dari Muallimah

Buat anak-anak murid yang baru sahaja selesai dalam perjuangan PMR, mabruk alaikum muallimah ucapkan. Setelah kalian berusaha bersungguh-sungguh, ingatlah sebagai orang beriman teruskan berdoa dan tawakal. Jangan pernah berhenti berdoa. Doa itu bukan sahaja ibadat, tetapi talian hayat yang mengakrabkan kita dengan Yang Maha Pencipta dan akrabkan kita dengan insan-insan yang kita doakan. Doa mendekatkan yang jauh, doa mengakrabkan yang dekat, doa mengukuhkan ikatanyang ada, doa meleraikan kekusutan, doa mengamankan yang bergelora dan doa menyelesaikan persoalan yang mendera.

Pada muallimah, kalian punya potensi yang besar sebagai syabab dan fatayat yang berjaya dan dapat berbakti untuk Islam dan ummah. Manfaatkan kelebihan akal fikiran yang Allah berikan agar kita sentiasa zikir dan fikir~

Sharing is caring~

Last but not least, buat anak-anak muridku, andai kalian masih ingat, beberapa kali di dalam kelas Muallimah ingatkan bahawa kita semua adalah Khalifah Allah. We have been specially selected by Allah to be His Khalifah. Therefore as Khalifah of Allah there are 3 responsibilities that we have to fulfill:

1. Make myself good

Quran: (Surah Al-Hijr:29)

Hadith: Actions are judged by motives (niyyat), so each manwill have what he intended (Sahih Bukhori & Muslim)

2. Help others to be good

Quran: (Surah Al-Imran:14)

Hadith: Religion is nasihah (Sahih Muslim)

3. Make the physical world clean & beautiful

Quran: (Surah al-Mulk: 15)

Hadith: The world is green and sweet, and Allah has made you gavernors (Khalifah) over it to see how you behave. (Sahih Muslim)


Go Forward Young Muslims! Ukhuwah fillah abadan abada.

Stay keep in touch!- from Muallimah Nazihah

** "Muallimah" adalah bahasa ganti diri penulis yang digunakan ketika menjadi guru di Sek Men Islam Al-Amin Bangi~

Sunday, October 11, 2009

Duhai Hati, Jangan kau Terkorban dengan Dunia..

Ya Allah, kurniakan kepadaku HATI seperti ini...
Hati yang sedar
Firman Allah,maksudnya: “Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.” (Surah Qaf 50:37)

Hati yang bersih
Firman Allah, maksudnya: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih- bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)” (Surah al-Syams 91:9)

Hati yang lurus
Firman Allah, maksudnya: “(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya”. (Surah Ali’ Imran 3:8)
..dan Kau pelihara daripadaku hati ini...
Hati yang terhijab (tertutup)
Firman Allah, maksudnya: “Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (al-Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak).” (Surah al-An’am 6:25)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

Friday, August 21, 2009

Beside the hard things there's love from ALLAH~

Sobahulkhoir semua. Buat sahabat2 yang sudah lama kutinggalkan tanpa khabar, mohon maaf atas kepergian. MashaAllah,masa begitu pantas berlalu. Alhamdulillah.buat pengetahuan semua, aku kini telah ditaklifkan sebagai Muallimah di Sekolah Menengah Islam Sri Al-Amin Bangi, satu taklifan berharga yang akan kukongsikan kelak pada kalian. Hari-hari berlalu bertambah sibuk,mudah-mudahan kesibukan ini membuahkan hikmah buat diri ini yang penuh kelemahan.

Perjalanan ke bumi UPSI yang penuh pengertian

14 Ogos lalu adalah hari bermakna buat diriku dan semua sahabat2 seperjuangan di hari Konvokesyen UPSI setelah 4 tahun kembara hidup di bumi UPSI. Mengimbas kembali perjalanan kehidupan di medan ilmu, terasa begitu manis sekali untuk dikenangkan setelah melalui pelbagai cabaran, dugaan, kenangan pahit dan manis. Pastinya tidak dapat dizahirkan semuanya di dalam catatan serba ringkas ini.

Aku bertolak ke UPSI sehari lebih awal untuk memudahkan pengurusan. Terima kasih buat ayah atas kepercayaan dan keyakinan memberi peluang aku memandu kereta ke UPSI. Hari itu aku telah mendapat berita pemergian arwah Ustaz Asri Rabbani, terasa sebak hati, dan dalam rasa penuh sayu dan insaf aku meneruskan perjalanan ke UPSI. Al-Fatihah buat arwah Ustaz Asri. Dalam perjalanan, aku membuka radio IKIM.fm sebagai menemani perjalanan pertama kali ke UPSI. Hati diruntun rasa pilu saat lagu dan zikir alunan arwah Ustaz Asri dikumandangkan di radio kegemaranku. Mengingatkan aku tentang perjalanan hidup sementara di dunia, yang pasti kita semua bakal menemui pencipta yang Maha Agung.

“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…"- Ustaz Asri Rabbani.

Sesungguhnya kematian bukanlah cerita akhir dalam hidup, tapi kematian adalah permulaan kisah kehidupan, kehidupan akhirat yang kekal abadi..kerana mati adalah pintu untuk bertemu dengan Allah SWT. Bagaimanakah pula keadaanku nanti? Ya Allah..Bersama linangan air mata yang mengalir kuteruskan perjalanan~

Hadiah buat semua

Alhamdulillah3X kesyukuran kupanjatkan pada Allah, kejayaan ini kuhadiahkan buat ummi dan ayah yang banyak berkorban bersama cinta dan kasih sayang mereka. Saat menyarungkan jubah konvo aku sudah terasa sebak, saat melangkah ke dewan, air mata terasa ingin mengalir melihat wajah ummi dari kejauhan. Hakikat kesyukuran kuzahirkan dengan senyuman. Terima kasih sangat2 ya Allah. Sekeping Ijazah yang kuterima padaku bukan milik mutlak aku seorang kerana hakikatnya, untuk menerima ijazah ini terlalu banyak insan-insan yang memberi sokongan, bantuan dan semangat. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua.

Saat keluar dari dewan, ayah mencium dahiku dengan senyuman. Subhanallah walhamdulillah Allahuakbar. Terima kasih ayah, terima kasih ummi atas cinta tanpa syarat yang kalian berikan. Moga Allah memberi ruang dan peluang untuk aku membalas jasa2 mereka. Yang pasti kembara mencari ilmu tidak akan pernah berakhir sehingga saat bertemuNYA. Ku kongsikan sedikit gambar kenangan ketika hari Konvokesyen di UPSI. Moga aku akan terus tabah dan cekal menimba ilmu2 Tuhan yang terlalu banyak dan moga Allah menjadikanku seorang pencinta ilmu~

Kenangan bersama sahabat-sahabat yang selalu menumpangkan aku di bilik mereka di Taman U saat aku kelelahan untuk pulang ke Kolej Za'ba yang jauh itu =)

Berkongsi kegembiraan bersama sahabat seperjuangan, Ukhti Sakinah_ bersama beliau kami berkelana menimba pengalaman hidup di UPSI. Syukran katsir menjadi pendokongku saat bersama Persatuan Bahasa Arab dan saat bersama mengadakan program di Rumah Anak Yatim Darussakinah. syukran ya ukht!

Rindu pada anak-anak yatim Darussakinah

Selesai hari konvo, aku minta izin pada ayah untuk menziarahi adik-adik di Rumah Anak Yatim Darussakinah, Teluk Intan Perak sebelum pulang ke halaman sendiri di Bangi. Terima kasih sekali lagi ayah kerana mengizinkan aku memandu ke sana. Kejayaan ini juga milik mereka yang kuingin kongsikan bersama mereka. Ramadhan yang bakal menggamit tiba juga antara asbab aku ingin sekali bertemu mereka. Kenangan manis tinggal bersama anak-anak Yatim Darussakinah selama hampir 5 bulan ketika menjadi guru praktikum awal tahun ini adalah nikmat terindah dari Allah buatku. Terima kasih ya Allah~

Adik2 yang yang excited dengan mafla Palestin hadiah dari Afif (adik kandungku). TQ Afif=)

Kegembiraan kalian adalah kegembiraan kakak. Moga kalian membesar menjadi syabab berguna untuk ummah dan agama.

“Mereka menanyakan kepadamu (Muhamad) tentang anak-anak yatim. Katakanlah, Memperbaiki keadaan mereka (islah) adalah baik! Dan jika kamu mempergauli mereka, maka mereka adalah saudara-saudaramu. Allah mengetahui orang yang membuat kerosakan dan yang berbuat kebaikan. Dan jika Allah menghendaki, nescaya Dia datangkan kesulitan kepadamu. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana”
( Al-Baqarah:220)

Sunday, July 26, 2009

Moments with Bro. Idris Tawfiq

We plan, Allah plans and Allah is the best planner. Words that I admit the most. Alhamdulillah, berpeluang menghadiri jemputan oleh Khalifah Institute di Hotel Flamingo, Ampang pada malam 25 Julai yang lalu. Dan peluang ini sangat2 bermakna kerana berpeluang bertemu dengan bro. Idris Tawfiq. Beliau sangat "friendly" dan aku begitu kagum dengan perjalanan hidupnya yang diberikan Allah kepadanya nikmat hidayah yang sungguh istimewa dan bermakna. Alhamdulillah.
Bro. Idris Tawfiq at Flamingo Hotel
Hidayah yang teristimewa
Latar belakang beliau begitu terasa dekat denganku kerana beliau juga seorang pendidik di tempatnya. Beliau berasal dari United Kingdom dan kini menetap di Egypt. Bro Idris Tawfiq dahulunya adalah bekas paderi Roman Katolik sebelum memeluk agama Islam. Beliau menemui hidayah Islam apabila melihat akhlak mulia yang ditunjukkan oleh seorang budak lelaki Muslim berumur 10 tahun ketika pertama kali kembara beliau ke Mesir. Akhlak yang baik akan memikat sesiapa sahaja.. Jika kita selalu menunjukkan akhlak yang baik kepada sahabat2 yang BELUM LAGI ISLAM.. InsyaAllah itu akan menyumbang kepada keislamannya suatu hari nanti..
Apabila kita kembali kepada period dakwah Rasulullah S.A.W, kita dapat melihat terpesonanya orang untuk masuk Islam salah satunya disebabkan hebatnya akhlak Rasulullah..Terdapat sekian banyak dalil yang membuktikan bahawa akhlak yang mulia merupakan ciri-ciri seorang Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Di antaranya adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala berkenaan ciri-ciri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. [al-Qalam 68:04]
Kini bro. Idris Tawfiq seorang aktivis yang banyak menghadiri ceramah2 membawa mesej Islam yang indah. Beliau membawa peranannya sebagai dai'e untuk menyampai dan menyebarkan keindahan Islam pada ummah di seluruh dunia, membuatkan aku begitu kagum dengan beliau.Buat sahabat2 yang ingin mengenali beliau dengan lebih lanjut bolehla layari: www.idristawfiq.com. May Allah bless your journey of life =)
My cousin and I with bro. Idris Tawfiq

Anekdot ANTI-YAHUDI

Untuk pengesahan penyertaan boleh hubungi:
Sister Nazihah bt. Idris: 012-6979182
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi:
Sister Azra Banu: 016-209 4500 (azrabanu@gmail.com)

Tanya sama Iman

Sobahulkhoir, Alhamdulillah hari ini berpeluang menghirup udara segar bersama limpahan rahmatNYA. Berbicara tentang isu "boikot" ni semakin hari semakin kurang aura nya tidak seperti waktu sebelumnya. Beberapa hari lalu aku berpeluang membaca majalah Solusi Isu No. 5 tentang isu "Boikot Yahudi". Moga perkongsian kisah di bawah, akan sama2 buat kita muhasabah diri tentang sejauh mana kita memainkan peranan sebagai satu ummah. Tepuk dada tanya iman. Andai kalian punya idea dan fikrah tersendiri, moga kita dapat berkongsi bersama.

Tak mahu boikot

"Boikot-boikot ni tak praktikal..." kata seorang teman kepada saya baru-baru ini.

"Mengapa?" tanya saya.

"Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?" jawabnya dengan satu soalan.

Saya terdiam. Ada logiknya.

"Kita belum kuat. Jangan cari penyakit, " tambahnya lagi.

"Kalau begitu bagaimana kita hendak melahirkan kebencian terhadap Zionis?" kata saya.

"Perlukah kebencian dilahirkan?"

"Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?"

Dia pula yang terdiam.

"Kalau awak tidak setuju kempen boikot produk Yahudi ni...ada cara lain?"

"Kita tak boleh buat apa-apa," ujarnya selamba.

Sikap inactive itu mengingatkan saya satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri "Mantop" satu ketika dahulu.

Kisah bagaimana ketikan Nabi Ibrahim a.s. dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api yang besar itu.

Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.
"Apa gunanya air yang setitis itu?" burung besar menyindir.

"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.

"Ha..ha..ahahaha...usaha yang sia-sia. Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.

Anda tahu apa jawapan burung kecil?

Jawapannya begini:

"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu..."

Mendengar jawapan burung kecil, sekalian burung yang besar terdiam.

Ya, kalau kita hanya umpama "si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi..siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasannya.Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti~

Wednesday, July 22, 2009

Ukhuwwah Fillah abadan abada~

Sobahulkhoir. Moga urusan kita hari ini dipermudahkan. Pagi ni berpeluang melayari internet, jalan2 dari satu website ke website untuk cari pengisian buat muhasabah diri. top up iman yang sering tak menentu. Alhamdulillah berkesempatan membaca perkongsian dari Abu Saif yang ingin kukongsikan bersama sahabat2.

Nilai Ukhuwwah~

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berkeinginan terhadap apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. [al-Hasyr 59: 9]


Islam mengajar kepada kita bahawa setinggi-tinggi nilai ukhuwwah adalah pada seseorang itu mengutamakan saudaranya melebihi keutamaan dirinya sendiri (al-ithaar ‘ala al-nafs). Manakala serendah-rendah nilai yang masih boleh dikategorikan sebagai ukhuwwah adalah pada salaamatus-sadr iaitu berlapang dada.

Ayat ni betul2 buat aku muhasabah, sepanjang perjalanan hidup sehingga kini aku amat menghargai kehadiran sahabat-sahabat. Ada ketika berkongsi saat pahit manis, teman berbual, teman berbincang, teman bergurau senda.Terlalu manis rasanya terutama bila Allah pertemukan dengan teman seperjuangan yang sentiasa ada untuk mengingatkan diri ini tentang iman, dosa,pahala,ingat pada Allah, yang sentiasa bersemangat untuk belajar, yang cekal di jalan dakwah, yang sabar..(walaupun sahabat sebegini satu dalam seribu). Terkadang bila Allah pertemukan dengan sahabat sejati (teman seperjuangan) dan setelah beberapa tempoh, aku diuji dengan perpisahan. Sungguh kehilangan teman seperjuangan rasa begitu goyah perjalanan hidup. Tiada siapa yang mengingatkan, tiada siapa yang memberi semangat. Tapi lumrah sebagai hambaNya, perlu redha, "bertemu dan berpisah kerana Allah".

Mujahadah di persekitaran yang berbeza

Teringat waktu di KISAS dahulu. Kehidupan yang dipenuhi dengan tarbiyyah,usrah, etc. Adanya sahabat2 seperjuangan yang selalu menunjukkan qudwah hasanah padaku. Aku jadi terikut-ikut dan Alhamdulillah berubah menjadi amalan. Sungguh saat ini aku amat menghargai semua itu. Bila masa berlalu masing2 membawa haluan. Bila kadang2 di timpa mehnah (ujian) rasa rindu pada tarbiyyah di KISAS. Mujahadah yang tinggi untuk kekal istiqamah~

Perjalanan kehidupan diteruskan...dari Matrikulasi Perak ke UPSI sehingga kini...dunia luar. Allah yang maha Kasih selama ini telah pertemukan aku dengan sahabat2 yang pelbagai. Ada yang menenangkan..ada juga sahabat yang didatangi sebagai ujian buat diri..aku banyak belajar dari kehidupan sahabat2 yang pelbagai. Belajar erti syukur, erti sabar, erti memberi dan menerima. Yang pasti aku menyayangi kalian kerana Allah =) Cuma terkadang rasa sedikit terkilan bila tidak berpeluang meng'islah'kan sepenuhnya sahabat2 di sekeliling dek kerana graf imanku yang turun dan naik.
Sejauh manakah perananku sebagai sahabat?

Ini soalan muhasabah untuk diri sendiri. Ku kongsikan hadis di bawah buat renungan kita semua.Moga kita semua sentiasa mencari ruang dan peluang menjadi sahabat yang baik. Islahkan diri dan berusaha islahkan orang lain (peringatan untuk diri yang lemah ini juga)

Rasulullah sollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda yang ertinya : “Tidak beriman seseorang itu sehingga ia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhori dan Muslim).

Terima kasih ya Allah =)

Last but not least, thankful to Almighty Allah, pihak Khalifah Institute has invited me to be a guest to the programme below. We plan and Allah also plans and Allah is the best planner.I nsyaAllah akan dikongsikan pengalaman ini nanti dengan sahabat2.Ilalliqa'.Fi amanillah=)

Sunday, July 19, 2009

Khalifah Youth Training 18-19 July 2009

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas nikmatNYA yang tidak terhitung. 2 hari berlalu pastinya meninggalkan kenangan buat semua yang telah melibatkan diri untuk program Khalifah Youth Training anjuran Khalifah Institute, Ampang. Kali ni peserta-peserta terdiri daripada wakil-wakil IPT;UPSI, UIA, UNISEL Cyberjaya University.Yang pasti kembara kali ini sangat bermakna dengan kehadiran peserta-peserta dari UPSI. Credit to akhi Hazim- presiden Persatuan Bahasa Arab UPSI & ukhti Asyitar-naib presiden kerana kerjasama yang diberikan membantu penyertaan peserta-peserta dari UPSI, May Allah bless both of you.

Sharing the moments

Program 2 hari 1 malam ini dipenuhi dengan pengisian ilmu yang berkaitan dengan peranan individu yang diamanahkan sebagai Khalifah Allah. Antara pengisian menerusi slot yang diadakan adalah Creation of Universe, Pandangan Alam dan Konsep Khalifah, Hukum Pembelajaran, Pengukuhan Pengaruh Positif, Pemahaman Secara Objektif Konsep Betul & Salah, dan Islamic Psychology. As an appreciation pada kalian (team UPSI), herewith I attached some photos of yours =)

Akhi Azwan Alwi
Akhi Hakim Azimoha

Akhi Hanafe

Ukhti Wahida (center)
Ukhti Wani

Ukhti Farah

Ukhti Khatijah

Ukhti Hidayah (becoming educator yang penyayang ni)- time 'role play'. She's being a lecturer to face a problematic student

The strength of Inner Speech

My group: Sebelum memulakan aktiviti yang melibatkan kekuatan peranan "kata hati" bersama pengaruh positif dan pengaruh negatif. together with sis Wani (left)-one of the speaker

Go with your heart (inner speech) and think with your mind=)

Team brothers

Plan of Action- Team UPSI



Last but not least

Persahabatan yang baru terjalin akan pasti diteruskan. Bertemu kita kerana Allah dalam mencari ilmuNYA. Moga akan bertemu lagi di kembara yang akan datang. Ukhuwwah fillah~

Brotherhood and sisterhood in Islam: Peserta-peserta Khalifah Youth Training bergambar kenangan bersama Khalifah Trustees: Dr. Aziz (center), Prof Dr. Alini (sitting right) dan Presiden Khalifah Youth Circle- Bro Qayyum (sitting left)

Moga ilmu yang ditimba dapat diaplikasikan dan berkongsi dengan sahabat-sahabat yang lain. Masa akan datang diharapkan lebih ramai lagi mahasiswa UPSI yang dapat hadir kerana Khalifah Method ini adalah ilmu yang perlu ada pada pendidik yang pastinya bakal berhadapan cabaran di medan mereka.

Buat sahabat2, ahlan wasahlan untuk berkongsi pengalaman dan fikrah. Sharing is caring. May we be rewarded for every good that blossoms from the seeds that we plant.