Salam alaik buat semua, begitu pantas masa berlalu menyedarkan saya bahawa setiap perjalanan hidup ini memerlukan perancangan dan Muslim yang cemerlang adalah Muslim yang merancang hidupnya... tapi hakikat yang pasti Allah adalah sebaik-baik perancang..
Diri yang merancang
Bulan Disember ini bagi lebih dikenali dengan istilah "school holidays" yang pastinya mengundang keriangan pada pelajar-pelajar sekolah dan kebimbangan sebahagian ibu bapa yang bekerja memikirkan pengisian masa terluang buat anak-anak mereka.Sebagai guru yang baru dipostingkan, saya tidak berpeluang banyak untuk meluangkan masa untuk diri sendiri (wah..macam banyak tanggungjawab jer). Sebenarnya beginilah saya.. Sejak di universiti sangat suka menyibukkan diri, untuk ilmu, untuk kebajikan dan segalanya untuk Islam adalah kecintaan saya.. Justeru setiap hujung minggu pada bulan Disember saya sudah membuat "tag" untuk program-program NGO yang akan saya ikuti.
Diri yang merancang
Bulan Disember ini bagi lebih dikenali dengan istilah "school holidays" yang pastinya mengundang keriangan pada pelajar-pelajar sekolah dan kebimbangan sebahagian ibu bapa yang bekerja memikirkan pengisian masa terluang buat anak-anak mereka.Sebagai guru yang baru dipostingkan, saya tidak berpeluang banyak untuk meluangkan masa untuk diri sendiri (wah..macam banyak tanggungjawab jer). Sebenarnya beginilah saya.. Sejak di universiti sangat suka menyibukkan diri, untuk ilmu, untuk kebajikan dan segalanya untuk Islam adalah kecintaan saya.. Justeru setiap hujung minggu pada bulan Disember saya sudah membuat "tag" untuk program-program NGO yang akan saya ikuti.
Nikmat Sihat sebelum Sakit
Taklifan sebagai fasilitator yang saya terima daripada NGO Khalifah Institute saya terima dengan hati yang sangat-sangat terbuka. Young Khalifah Camp di Kem Perah FRIM, Selangor (11-13 Disember 2009) menjadi medan permulaan untuk program bulan Disember 2009.
Kenangan bersama ukhti Muna fasilitator dari UIA=)
Sakit yang mengundang hikmah
Sehari sebelum program Young Khalifah Camp berakhir, saya mengalami kecederaan di kaki kanan akibat terlanggar batu, mula-mula terasa berdenyut dan saya abaikan sahaja rasa sakit itu. Bila malam, saya dengan memberanikan diri mengurut bahagian kaki yang sakit. MasyaAllah esoknya bengkak kian menjadi dan daripada dapat berjalan saya dah tak upaya berjalan kerana sakit yang teramat sangat. Hari terakhir saya tidak dapat bergerak ke mana-mana..
Keadaan kaki saya menyebabkan ummi sangat2 risau.
Adik-adik LDK saya yang sangat baik dan berpotensi.
MasyaAllah, peritnya bila berjalan menggunakan sebelah kaki. Hari itu juga ummi bawa saya ke klinik, melihat keadaan kaki saya di tambah kerisauan ummi, doktor klinik tersebut terus minta saya ditransferkan ke Hospital Serdang dan buat screening x-ray kerana dikhuatiri patah.Aduh! Malam itu kami terus ke wad kecemasan Hospital Serdang. Kerana rasa pedih pada kaki kanan, saya di beri wheelchair untuk ke bilik x-ray Hospital Serdang. Hakikatnya saya yang ceria membuatkan pesakit-pesakit dan pelawat hospital memandang sedikit serong pada saya, mungkin mereka fikir “Betul ke sakit, ceria semacam je..” Alhamdulillah kaki saya tidak patah. Tapi sayangnya doktor muda di hospital itu hanya member ubat tahan sakit.
3 hari berlalu…
Bengkak di kaki masih tidak surut. Air mata berlinang menahan kesakitan saat hendak bergerak. Terlantar di pembaringan.. Anggota yang lain sihat tapi bila kaki tidak dapat bergerak, terasa hilang semuanya. Mengalir air mata saya bila menahan kesakitan. Di sinilah saya tahu Allah mengajar saya eri sabar dan syukur..
17 Disember 2009, saya menghubungi pihak Khalifah Institute untuk menarik diri sebagai fasilitator untuk program seterusnya, The Khalifah Camp 18-20 disember 2009 dengan penuh berat hati.. semangat saya mati dengan keadaan diri..
Melihat ketiadaan perubahan pada kaki saya, ummi sekali lagi membawa saya ke klinik. Alhamdulillah kali ini bertemu dengan doktor berpengalaman yang kami sekeluarga kenali sejak saya kecil lagi. He asked me to soak my right leg in pail filled with ice cubes. Kalau ikutkan medic term, istilah kesakitan ini dinamakan “Soft Tissue Swelling”, ada tisu terluka. Doktor tukar semua ubat yang pernah saya dapat sebelum ni.. MasyaAllah hari itu saya belajar sesuatu.. pengalaman membezakan seseorang individu. Pengalaman adalah ilmu berharga dalam kehidupan..akhirnya..doktor yang ketiga yang saya temui barulah menyatakan prescription yang tepat..
Alhamdulillah, semangat saya merendamkan kaki dalam ais sampai kaki kejang2 telah mengurangkan rasa sakit. Hakikat Allah yang Maha Penyembuh. Thank you Allah. Thank you so much. Tiada kekuatan selain dariNYA..
Rupa-rupanya, manusia merancang tapi Allah adalah sebaik-baik perancang, 19 Disember saya diberi kekuatan untuk berjalan normal dengan kedua belah kaki walaupun agak perlahan. Saya menerima panggilan dari Bro Lim Juoi Soon, beliau meminta bantuan saya untuk menguruskan Interactive Dakwah Training anjuran PERKIM Ampang.. kekuatan saya untuk pergi bertambah-tambah apabila saya dimaklumkan ada wanita Cina Kristian yang mahu revert Islam.. Dengan kaki yang baru mula untuk sembuh saya menguatkan semangat agar terus dapat menyumbangkan khidmat tenaga...
Alhamdulillah3x, pagi Sabtu 19 September, Masjid Bukit Indah, Ampang Selangor menjadi saksi pengIslaman seorang wanita Cina yang beragama Kristian. Kecenderungan wanita ini mengetahui tentang Islam, memberi tekad untuk memilih Islam sebagai agama pilihan hidupnya. Allahuakbar!
Yang pasti peserta-peserta Interactive Dakwah Training kali ni menerima pengalaman berharga menjadi saksi pengIslaman. Hidayah itu milik mutlak Allah buat hamba-hambaNYA. Benarlah, "Al-Islam Ya'lu wala yu'la alaih"-Islam itu tiggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.
Sister Michelle mendengar penerangan Bro. Lim juoi Soon tentang Islam sejurus selepas mengucap syahadah. Welcome sister to our big family. We are brothers and sisters in Islam. Alhamdulillah
Interactive Dakwah Training anjuran PERKIM Ampang
Sharing kata-kata terakhir dari sahabat buat sahabat...Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah taqwa.
No comments:
Post a Comment