Salam alaik buat semua, May Allah shower His blessings upon us and guide us all. Alhamdulillah 23 Januari 2010 (Sabtu) saya dan ummi berpeluang ke Darul Quran bagi meraikan Majlis Khatam Hafazan Al-Quran adik saya, Muhammmad Afif b. Idris. Mabruk alaik adikku!! Generasi Quran
Ibu bapa mana yang tidak gembira dan terharu melihat anak-anak mereka selesai sudah mengharungi perjuangan berjaya menghafal Al-Quran. Sepanjang berada di dewan, saya melihat wajah ibu-ibu yang gembira, malah ada yang mengalirkan air mata. (huu, syahdu sungguh). Alhamdulillah, saya juga sangat gembira, pertama, kerana adik saya berjaya mengharungi pejalanan sebagai pelajar di Darul Quran dan berjaya menghafaz kalam Allah. Kedua, saya rasa gembira kerana berpeluang bertemu akhawat Darul Quran yang pernah bersama-sama saya dalam program dakwah dan ilmu (Anjuran Perkim Ampang dan Khalifah Institute). Syukur Alhamdulillah mereka semua sudah bergelar Huffaz.
Pelajar-pelajar Banat Darul Quran yang diraikan Pelaja-pelajar Banin Darul Quran yang diraikan Majlis khatam hafazan Quran yang penuh dengan barakah.
Hamlatul Quran (Pemegang Al-Quran)
"Akak, ramai yang ucap tahniah kat saya tapi hakikatnya, cabaran untuk mengekalkan hafazan jauh lebih besar dan untuk mengamalkannya adalah amanah yang terbesar" ujar seorang ukhti Darul Quran menyuarakan pandangannya pada saya. Saya mengangguk bersetuju. Moga Allah pelihara kalian, generasi Qur'an pilihan Allah.
Bergambar kenangan bersama adik dan ummi tersayang Kenangan bersama Ukhti Ain yang dikenali semasa Interactive Dakwah Training anjuran PERKIM Ampang. Ukhuwwah menemukan kita semula. Mabruk alaiki ya Hafizah=) My beloved brother, Afif with my beloved ummi. (comel gambar ni) Last but not least, saya nak "quote" kata-kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil kepada para huffaz di Darul Quran,
"Sesungguhnya saya sangat kagum dengan disiplin dan potensi yang dilihat selama saya berada bersama para huffaz di Darul Quran. Apa yang perlu diberikan secara konsisten adalah semangat untuk mereka terus berjiwa besar dan membawa al-Quran ke massa dengan segala ruang dakwah yang menanti."
“Dan dia (Yaaqub) berkata lagi: “Wahai anak-anakku! janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu itu hanya tertentu bagi Allah. Kepada-Nyalah aku berserah diri, dan kepada-Nyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri” [Yusuf 12: 67]
"Selamat maju jaya saya ucapkan kepada para huffaz al-Quran di mana sahaja mereka berada.
Semoga jiwamu sebesar al-Quran yang telah mengisi hatimu."
No comments:
Post a Comment