Saturday, January 30, 2010

Specially dedicated for teachers and parents


This entry specially dedicated for all teachers and parents to share with all of you Khalifah Method. For all my UPSI juniors, this sharing is most appropriate for your first time entering the class. All the best on being practical teachers. May Allah ease everything.

Words of wisdom

Here I quote words from Late Prof. Dr. Muhammad al-Mahdi, founder of Khalifah Institute:

"I give you my guarantee that if you try these simple, easy to learn techniques you cannot fail to see positive changes in your children/students. This, for a successful beginning, is all you need do:

  1. Find several different ways each day to remind your child/students that they are Khalifah of Allah.

  2. Take the opportunity, a number of times each day, to give positive attention (warm praise) to your child/students for any good things they do or good characteristics they show.

  3. Set firm, reasonable rules for your child/students, make sure your child/students understands those rules, and enforce those rules consistently with “kind” discipline (this means without harshness). "

Friday, January 29, 2010

My amazing students

BismillahirRahmanirRahim.

Salam alaik buat semua. Masa berlalu begitu pantas. Alhamdulillah sudah sebulan aku bertugas sebagai guru pada tahun ini. Hari-hari berlalu begitu sibuk. Awal tahun sahaja begitu banyak jawatan di sekolah yang kuterima. Dua jawatan besar kuterima sebagai guru Tingkatan dan guru Data (Unit Sistem Maklumat Murid) sudah bisa membuatkan jadual harianku begitu padat. Realiti tugasan guru kini bukan sekadar mengajar tapi terlibat dengan kerja-kerja teknikal yang menguji kekuatan fizikal. Melangkahkan kaki dengan taklifan sebagai guru adalah tugas penting buatku. Lillahi ta'ala. Honestly, I love teaching so much and the conclusion is I have to be proactive in handling teacher's chores.

Being so special as a teacher

This becoming Monday, my UPSI juniors will start their duty as practical teachers. Mabruk 'alaikum. Inilah masanya merasai dunia realiti di medan pendidikan. Bukan sekadar menyampaikan ilmu malah lebih lagi..meng'islah'kan ummah dengan nilai-nilai Islam. Hakikatnya melangkahnya kita ke sekolah bukan sekadar seorang guru sahaja malah tanggungjawab yang digalas jauh lebih besar iaitu sebagai Khalifah Allah. Therefore here are 3 main responsibility on being a Khalifah of Allah:

1. Make myself good

Quran : (Surah Al-Hijr:29)

Hadith: Actions are judged by motives (niyyat), so each manwill have what he intended (Sahih Bukhori & Muslim)

2. Help others to be good

Quran: (Surah Al-Imran:114)

Hadith: Religion is nasihah (Sahih Muslim)

3. Make the physical world clean & beautiful

Quran: (Surah al-Mulk: 15)

Hadith: The world is green and sweet, and Allah has made you gavernors (Khalifah) over it to see how you behave. (Sahih Muslim)

Realizing those responsibilities, really motivate me when I'm at school. Bila students buat hal dalam kelas (kelas bising, homework tak siap, masuk lambat dalam kelas) dan pada masa tu aku sedar yang diri ini adalah Khalifah Allah (I have to make others to be good) terus rasa marah tu 'vanish'. Alhamdulillah, aku memang tak pernah marah2 dan garang dalam kelas. A very cool teacher indeed (^^). InsyaAllah. To all teachers, do instil in yourselves that you're Khalifah of Allah that specially selected to fulfill the Khalifah responsibilities towards your students who are the upcoming generation to uphold the Deen, Islam!

Khalifah Method the best alternative in educating!

Alhamdulillah keterlibatan dengan Khalifah Institute banyak mengajar aku teknik mengajar berlandaskan Sunnah. Ya, Khalifah Method is actually theory in educating berdasarkan suunah Rasulullah. (Very nice to be learnt by every teachers)

Sewaktu praktikal awal 2009, aku diberi amanah mengajar kelas yang dikategorikan sebagai “kelas hujung” yang dikatakan nakal dan lemah kognitifnya, majoriti guru2 senior minta aku berperwatakan garang. Tapi bila aku minta nasihat Khalifah Trainer, Subhanallah, satu motivasi bermakna yang kuterima, katanya "Erase all the bad perceptions about the students. Believe that they are closer to fitrah, see potentials in themselves. Recite surah al-Kahfi verse 10 before you enter the class. Remember that you are not just a teacher, but you play your role as Khalifah of Allah”.

Suatu motivasi yang ku pegang sehingga kini.. dan Alhmdulillah, I did my best to my students during my practical.

My students and I: Ketika meraikan kejayaan mereka mendapat Anugerah Kokurikulum kerana menjadi wakil sekolah dalam Perlawanan Bola Sepak. I believe that they have lots of potential to be a good ummah. As a teacher, guide their potentials towards good path that make them closer to Allah. It is not an easy task but need patience, love and strength. May Allah bless them. I'm proud of your achievements.

A day left today~


Alhamdulillah3X hari ini,sekolahku mengadakan Kejohanan "Road Run" atau nama klasiknya "Merentas Desa". Meski aku tak berpeluang memberi sokongan padu buat anak-anak muridku kerana hari ni aku mendapat tugasan khas dari Unit HEM untuk key in data-data pelajar sekolah -SMM (Sistem Maklumamat Murid) tapi melihat kemeriahan suasana, menyebabkan aku keluar juga sebentar dari pejabat sekolah untuk menjengah anak-anak murid. Ternyata kehadiranku disedari oleh anak-anak murid yang melambai-lambaikan tangan tatkala melihat cikgunya ini (T_T) bestnya kalau dapat join mereka. I love to be with my students.

They are my active students. Meraikan kemenangan dalam kejohanan "Road Run". Show your Khalifah potential! I believe in you.

Hari ini sekolah berakhir jam 12.30 tgh hari. Tapi aku pulang jam 5.15 petang menyiapkan proses key in data yang masih tak tersiap. (tak sangka diamanahkan menjadi guru data 'junior') Devotion to duty=)

Saturday, January 23, 2010

Mabruk alaikum buat pelajar-pelajar semester akhir Darul Quran.

Salam alaik buat semua, May Allah shower His blessings upon us and guide us all. Alhamdulillah 23 Januari 2010 (Sabtu) saya dan ummi berpeluang ke Darul Quran bagi meraikan Majlis Khatam Hafazan Al-Quran adik saya, Muhammmad Afif b. Idris. Mabruk alaik adikku!!

Generasi Quran

Ibu bapa mana yang tidak gembira dan terharu melihat anak-anak mereka selesai sudah mengharungi perjuangan berjaya menghafal Al-Quran. Sepanjang berada di dewan, saya melihat wajah ibu-ibu yang gembira, malah ada yang mengalirkan air mata. (huu, syahdu sungguh). Alhamdulillah, saya juga sangat gembira, pertama, kerana adik saya berjaya mengharungi pejalanan sebagai pelajar di Darul Quran dan berjaya menghafaz kalam Allah. Kedua, saya rasa gembira kerana berpeluang bertemu akhawat Darul Quran yang pernah bersama-sama saya dalam program dakwah dan ilmu (Anjuran Perkim Ampang dan Khalifah Institute). Syukur Alhamdulillah mereka semua sudah bergelar Huffaz.

Pelajar-pelajar Banat Darul Quran yang diraikan


Pelaja-pelajar Banin Darul Quran yang diraikan

Majlis khatam hafazan Quran yang penuh dengan barakah.

Hamlatul Quran (Pemegang Al-Quran)

"Akak, ramai yang ucap tahniah kat saya tapi hakikatnya, cabaran untuk mengekalkan hafazan jauh lebih besar dan untuk mengamalkannya adalah amanah yang terbesar" ujar seorang ukhti Darul Quran menyuarakan pandangannya pada saya. Saya mengangguk bersetuju. Moga Allah pelihara kalian, generasi Qur'an pilihan Allah.

Bergambar kenangan bersama adik dan ummi tersayang


Kenangan bersama Ukhti Ain yang dikenali semasa Interactive Dakwah Training anjuran PERKIM Ampang. Ukhuwwah menemukan kita semula. Mabruk alaiki ya Hafizah=)

My beloved brother, Afif with my beloved ummi. (comel gambar ni)

Last but not least, saya nak "quote" kata-kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil kepada para huffaz di Darul Quran,

"Sesungguhnya saya sangat kagum dengan disiplin dan potensi yang dilihat selama saya berada bersama para huffaz di Darul Quran. Apa yang perlu diberikan secara konsisten adalah semangat untuk mereka terus berjiwa besar dan membawa al-Quran ke massa dengan segala ruang dakwah yang menanti."


“Dan dia (Yaaqub) berkata lagi: “Wahai anak-anakku! janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu itu hanya tertentu bagi Allah. Kepada-Nyalah aku berserah diri, dan kepada-Nyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri” [Yusuf 12: 67]


"Selamat maju jaya saya ucapkan kepada para huffaz al-Quran di mana sahaja mereka berada.
Semoga jiwamu sebesar al-Quran yang telah mengisi hatimu."

Wednesday, January 13, 2010

Peringatan buat yang masih hidup~

Salam alaik, saat ni hati betul-betul diruntun rasa sayu, mengenangkan kematian sahabat seperjuangan di UPSI. Tanggal 11 Januari, mereka menemui Allah asbab kemalangan jalan raya. Walaupun saya tidak begitu mengenali rapat kerana mereka junior saya, tapi sewaktu saya di UPSI, keterlibatan saya dengan aktiviti-aktiviti Islam di UPSI meninggalkan kesan dalam hati saya atas kehilangan mereka. Mereka juga pernah terlibat dalam aktiviti Persatuan Bahasa Arab suatu ketika dahulu. Pasti sahabat-sahabat muslimin dan ahli keluarga jauh lebih merasai kehilangan ini.

Allahyarham Ustaz Faizol

Allahyarham Ustaz Fadhiri

Berita kematian, sungguh mengejutkan saya. Menyedarkan yang lena dan hanyut pada dunia. Mengubat kecewa dan duka hati pada dusta dan mungkir janji manusia. Melembutkan egois dan meleburkan amarah pada segala khilaf dan salah manusia. Menenangkan jiwa yang sesak pada dunia. Menginsafkan yang bersalut dosa. Mengetuk pintu taubat yang jika sebelumnya masih tertutup rapat.

Sungguh kematian itu suatu peringatan.. Ketika leka merancang rapi masa depan dan hari esok, yang padahal entahkan sampai entahkan tidak..sehingga terlupa pada kematian yang pasti datang. Sungguh kematian itu suatu peringatan, untuk menggunakan kesempatan yang masih diberi (malah berulang kali diberi-Nya) dengan sebaiknya. Peringatan buat diri ini yang sering leka dan alpa dengan dunia…

Mengingatkan kematian itu sungguh menggerunkan saya… Bukan takut mati, ingin sangat terutama tika terasa putus asa dan penat dengan dunia. Tapi teringatkan amalan sendiri, sungguh belum bersedia.. Sering terdetik, 'kalau aku mati sekarang, bekalan apa, amal apa yang akan dibawa…'. Jadual daily mutaba'ahnya masih banyak kosong.. Allah, mengingatkan kematian, terasa kerdil dan hinanya diri…terkenang dosa menggunung tinggi ='( terlintas juga, 'bagaimana keadaanku, bila dan di mana aku akan diambil-Nya'. Doa supaya diri masih diberi kesempatan untuk memohon ampunan-Nya, dan tidak mengulang kesilapan silam... Dan seketika terfikir, bagaimana boleh belum bersedia lagi, sedang ia suatu yang dijanjikan pasti tiba pada setiap yang bernyawa. Kalau untuk exam, bukan main... mesti usahakan diri untuk bersedia. Walhal itu manusia yang uruskan.. Boleh ditunda-tunda. Sedangkan malaikat Izrail, diundang atau tidak, datang tanpa menunda walau sesaat… Namun persediaannya?? Astaghfirullah...

***********************************************************************************************************************
“Perbanyaklah mengingat sesuatu yang melenyapkan semua kelazatan, iaitu kematian!” (HR. Tirmidzi)

Kematian mengingatkan bahawa waktu sangat berharga
Kematian mengingatkan bahawa kita bukan siapa-siapa
Kematian mengingatkan bahawa kita tak memiliki apa-apa
Kematian mengingatkan bahawa hidup hanya sementara
Kematian mengingatkan bahawa hidup begitu berharga

Seorang hamba Allah yang mengingat kematian akan senantiasa sedar bahawa hidup teramat berharga. Hidup tak ubahnya seperti ladang pinjaman. Seorang petani yang cerdas akan memanfaatkan ladang itu dengan menanam tumbuhan yang berharga. Dengan sungguh-sungguh. Petani itu khuatir, ia tidak mendapat apa-apa ketika ladang harus dikembalikan. Mungkin, inilah maksud ungkapan Imam Ghazali ketika menafsirkan surah Al-Qashash ayat 77,

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia…”

dengan menyebut,Ad-Dun-ya mazra’atul akhirah.” (Dunia adalah ladang buat akhirat)

Orang yang mencintai sesuatu takkan melewatkan sedetik pun waktunya untuk mengingat sesuatu itu. Termasuk, ketika kematian menjadi sesuatu yang paling diingat. Dengan memaknai kematian, bererti kita sedang menghargai erti kehidupan.

**********************************************************************************************************************
-Kematian...bukan berakhirnya sebuah kehidupan, tetapi permulaan sebuah kehidupan yang abadi-

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami. " (QS al-Anbiya' 21:35)

"..Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal."
( QS Luqman 31:34)

"Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."
(QS al-Jumu'ah 62:8)

Dan cukuplah kematian itu sebagai suatu peringatan..... buat saya dan kamu jua...

Alfatihah buat Almarhum Mohd Fadhiri bin Mohd Arifin.
Alfatihah buat Almarhum Mohd Faizol bin Abd Shukur.

Sunday, January 10, 2010

be a proactive young Muslim!

Salam alaik, buat sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, moga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah, kesibukan yang melanda dalam memegang taklifan sebagai guru menyebabkan ketiadaan masa meng'update' blog ini. Namun peluang dan ruang yang ada dimanfaatkan, sekurang-kurangnya, pengalaman-pengalaman lalu yang tercatat dalam blog ini menjadi kenangan buatku suatu masa nanti~

Imam Hassan al-Banna pernah berkata, "Kewajipan kita lebih banyak dari masa yang kita ada" I really admit the words~

Hujung minggu yang penuh makna

9 Januari yang lalu (Sabtu), aku telah menghadiri Majlis Makan Malam Amal bersama Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diadakan di Shah Alam Convention Centre. Kepergianku tidak bersendirian, tapi bersama bro Lim Juoi Soon dan isteri beliau dan hadirnya kami sebagai mewakili PERKIM Ampang. Program ini mendapat sambutan hangat dan kelihatan dewan SACC Convec dibanjiri oleh 1000 orang pengunjung yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Majlis ini diadakan untuk mengutip dana bagi menampung biaya sebuah program yang akan diadakan di masa hadapan. Pengarah program ini, Saudara Nik Mohd Yusof bin Ismail dalam ucapan aluannya menggambarkan bahawa wang yang diperoleh melalui Majlis Makan Malam ini dijangka mampu untuk membiayai sejumlah besar bajet yang diperuntukkan terhadap program Muktamar Sunnah yang akan diadakan.

Dr Mohd Asri tiba di SACC Convec pada jam 8.15 malam bersama-sama isteri. Turut serta ialah Dato’ Seri Shahidan Kassim ditemani oleh isteri beliau. Orang ramai mula membanjiri dewan tersebut seawal jam 7.30 malam lagi. Para penyokong dari seluruh pelusuk Malaysia, termasuk wakil dari Singapura dan Indonesia juga hadir untuk memberikan sokongan terhadap program ini. Turut hadir adalah Yang Berhormat Zulkifli Noordin, ahli parlimen PKR kawasan Bandar Baru Kulim, Yang Berhormat Zuraida Kamaruddin, PKR Ampang, dan Adun Ulu Klang, Yang Berhormat Shaari Sungib.

Ucaptama yang disampaikan oleh YB Dato' Seri Shahidan Kassim

Persembahan bertenaga dari kumpulan Algebra yang membuat persembahan secara akustik. Lagu-lagu mereka mempunyai lirik yang sangat bermakna.

Dr Mohd Asri kemudiannya menyampaikan satu ucapan berbentuk motivasi umum bertajuk ‘Perubahan Minda'. Beliau dalam ucapannya menggesa supaya masyarakat kita khususnya dapat menjadi lebih terbuka serta berdaya saing. Ucapan yang berlangsung lebih kurang setengah jam itu padat diisi dengan kata-kata hikmah yang menekankan akan perlunya perubahan ataupun tajdid minda di kalangan orang Islam agar kita dapat terus bersaing dengan kelompok lain dan tidak terus berada di takuk yang lama.

Mengabadikan kenangan sebelum pulang, Bro Kareem (pensyarah pengajian Quran di USIM) with his wife, Bro Lim Juoi Soon with his wife,Sis Tuti and me~

Dalam perjalanan pulang, Bro Lim Juoi Soon mengingatiku bahawa perjalanan hidup ini adalah kembara mengumpul bekalan untuk akhirat yang kekal abadi. Jangan pernah lupa menyampaikan tentang keindahan Islam. Subhanallah, motivasi yang amat aku harapkan. Bro Lim Juoi Soon tidak pernah jemu berdakwah dengan non-Muslim. Sungguh aku terasa begitu penting usaha dakwah ini~

Jalan ini jalan JAUH. Matlamat akhir itu HAKIKI. Mencapainya memerlukuan KESABARAN dan KETEKUNAN, ujian adalah KAYU UKUR iman. Tinggi rendah iman diukur daripada NATIJAH di akhir ujian. Tetaplah TSABAT, Janji-Nya PASTI~