Tanggal 27 Disember 2009 hingga 18 Januari 2010 menandakan ulang tahun pertama kezaliman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza. Selama 22 hari, Israel membedil Gaza dengan bom, fosforus putih dan menggempurnya dengan jet pejuang F16, helikopter tempur, angkatan kapal laut , kereta kebal dan tentera bersenjata.
Seramai 1,400 jiwa terkorban , 5,000 orang tercedera, 20,000 kehilangan tempat tinggal dan 50,000 menjadi rakyat pelarian. Sekolah, universiti, hospital, bangunan awam, rumah dan kedai juga tidak terselamat daripada kekejaman tentera Zionis Israel.
Keprihatinan Viva Palestina
27 Disember 2009, bertempat di pusat beli belah Midvalley Kuala Lumpur, pengunjung yang terdiri daripada berbilang bangsa dan peringkat umur menyertai ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Viva Palestina bagi mengingati peristiwa Palestin dihentam kejam oleh rejim Zionis. Alhamdulillah, saya turut berpeluang menyertai program ini .
Sewaktu saya memakai mafla Palestin dan baju boikot, saya melihat orang2 sekeliling memandang dengan pelbagai reaksi. Ada yang memandang bersahaja, ada yang tertanya-tanya. Objektif saya dan volunteers yang lain adalah untuk menanam kesedaran pada masyarakat terutama orang-orang Muslim tentang nasib saudara kita di Palestin. Saya tidak mahu kesedaran ini sifatnya bermusim. Bagaimana dengan qunut Nazilah? Doa buat saudara kita di Palestin, adakah masih dilakukan? muhasabah buat diri saya juga..
Ulang tahun pembunuhan dan pencabulan hak asasi rakyat Gaza, Palestine akan dikenang oleh masyarakat madani seluruh dunia....
Gaza masih dikepung. Pencerobohan ke atas Gaza dan penindasan terhadap rakyat Palestin tidak boleh di biarkan berlalu begitu sahaja. Sebagai Muslim, mereka adalah saudara kita. Perjuangan pembebasan Palestin adalah suatu seruan kemanusiaan dan perubahan kearah penyelesaiaan yang adil dan saksama mesti didokongi oleh masyarakat dunia sejagat.
Kesedaran atas rasa ukhuwah Islamiyyah dan kebersamaan perlu ada. Walau tak mampu menandingi kehebatan ukhuwwah kaum Muhajirin dan Ansar, tapi lakukanlah apa yang terdaya oleh kita. Allah knows, Palestinians need our support..
Seramai 1,400 jiwa terkorban , 5,000 orang tercedera, 20,000 kehilangan tempat tinggal dan 50,000 menjadi rakyat pelarian. Sekolah, universiti, hospital, bangunan awam, rumah dan kedai juga tidak terselamat daripada kekejaman tentera Zionis Israel.
Keprihatinan Viva Palestina
27 Disember 2009, bertempat di pusat beli belah Midvalley Kuala Lumpur, pengunjung yang terdiri daripada berbilang bangsa dan peringkat umur menyertai ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Viva Palestina bagi mengingati peristiwa Palestin dihentam kejam oleh rejim Zionis. Alhamdulillah, saya turut berpeluang menyertai program ini .
Orang ramai terpanggil atas dasar kemanusiaan untuk bertafakur selama seminit sebagai memperingati genap setahun serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Genting Gaza
Pengalaman sewaktu Astro Awani menemu ramah saya (mewakili Khalifah Youth Circle). Tq Kak Mun and Baitie for the pic~
Pasangan husband and wife, Dr. Musa dan isteri Puan Mimi bersama anak mereka. Saya cukup kagum dengan semangat keluarga ini. Menanamkan erti jihad untuk ummah pada keluarga. Qudwah hasanah sebuah Baitulmuslim~
Mentaliti masyarakatSewaktu saya memakai mafla Palestin dan baju boikot, saya melihat orang2 sekeliling memandang dengan pelbagai reaksi. Ada yang memandang bersahaja, ada yang tertanya-tanya. Objektif saya dan volunteers yang lain adalah untuk menanam kesedaran pada masyarakat terutama orang-orang Muslim tentang nasib saudara kita di Palestin. Saya tidak mahu kesedaran ini sifatnya bermusim. Bagaimana dengan qunut Nazilah? Doa buat saudara kita di Palestin, adakah masih dilakukan? muhasabah buat diri saya juga..