Wednesday, March 17, 2010

Pembangunan Ummah

Alhamdulillah, kembara perjalanan hidup diteruskan, cuti sekolah pada minggu lepas cuba dimanfaatkan sebaik mungkin. Meski jasad keletihan setelah habis program Interactive Dakwah Training anjuran PERKIM Ampang, namun atas tuntutan membantu ummah, diri ini melangkah ke suatu program yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Taklifan sebagai fasilitator program S.P.I.E.S Remaja pada 16 dan 17 Mac 2010 di Nur Bukit unggul, Dengkil, Kajang, Selangor merupakan peluang yang bermakna buatku sebagai rakyat Negeri Selangor. Syukran katsir buat sahabatku, ukhti Sarah yang telah menjadi wasilah penglibatanku dengan S.P.I.E.S.

Kenali S.P.I.E.S


Pembangunan Modal Insan adalah aspek paling penting di dalam membina kemajuan sesebuah negeri kerana individu-individu inilah yang akan menjadi batu asas kepada pembangunan sesebuah negeri. Individu yang berkualiti akan membentuk anggota masyarakat yang berkualiti dan seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah negeri yang bertamadun dan berdaya maju.

Negeri yang maju tetapi dihuni oleh anggota masyarakat yang lemah dari segi Spritual, Emosi, Intelektual, ‘Physical’ dan Sosial akan menyebabkan bangsa atau sesebuah negeri itu hancur dan mudah untuk dijajah. Oleh itu atas keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembinaan modal insan ini, maka pihak Kerajaan Negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah merangka Model Pembangunan Modal Insan yang dikenali sebagai SPIES dalam usaha holistik untuk membina masyarakat cemerlang dan sentiasa menjadi warga masyarakat penyumbang yang produktif kepada pembangunan negeri Selangor.

Pembangunan modal insan di Selangor, yang berteraskan konsep SPIES iaitu Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Sosial yang diilhamkan YB Dr Halimah Ali iaitu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor merupakan platform yang baik untuk pembangunan sahsiah ummah.

Program S.P.I.E.S Remaja yang menekankan aspek Spiritual sebagai tunjang utama.

Program kali ini melibatkan anak-anak remaja Negeri Selangor dari daerah Sungai Buloh yang dikhususkan kepada golongan sederhana dan kurang berkemampuan. Alhamdulillah peserta kali ini berjumlah 150 orang dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Negeri selangor.

Kembara sebagai fasilitator bersama ukhti Madihah dari UKM

Salah seorang peserta, Fahmi yang mempunyai daya kepimpinan yang baik. You always choose to be good. Syabas. Alhamdulillah=)

Meraikan perbezaan antara peserta (It's a Sunnah). Mereka sangat unik dan berbeza potensi (^^)

Syabas buat Kerajaan Negeri Selangor atas usaha untuk membangunkan ummah! Moga usaha ini akan menjadi bukti sebuah amanah yang telah dilaksanakan dihadapan Allah kelak.

Memetik Syair yang dinukilkan oleh penyair Arab Shauki. Beliau menyebutkan bahawa jika ingin melihat masa depan sesebuah negara itu, maka lihatlah pada keadaan generasi mudanya hari ini. Jika generasi mudanya hari ini merupakan generasi yang mempunyai jati diri yang unggul dan hebat, adalah menjadi satu jaminan bahawa masa depan begara akan terjamin dan maju. Begitulah juga sebaliknya. sekiranya generasi muda hari ini tidak berpegang pada nilai dan jati diri yang benar, maka lihatlah keruntuhan sesebuah negara yang mana tidak kita inginkan akan berlaku.

Thursday, March 11, 2010

Special gifts from Almighty ALLAH =)

BismillahirrohmanirRahim

Melangkah hari ini dengan niat yang baru..mengharapkan hari ini jauh lebih baik dari semalam.

Sewaktu saya sedang browse YAHOO site, ternampak gambar babies, membuatkan hati saya gembira dan mengucap syukur.. Alhamdulillah=)

Special dedication for mummy-to-be

Saya sungguh gembira dan syukur, tahun ini beberapa sahabat saya akan bergelar ibu..

Buat Sister Gee, teman seperjuangan saya di PERKIM Ampang, syukur sangat mendapat tahu your pregnency test is positive. Taking care sister Gee, moga semangatmu untuk Islam akan mengalir dalam diri bakal zuriatmu. I'm so happy. Alhamdulillah

Buat ukhti Nuha, sahabat saya semasa di KISAS, jaga dirimu baik-baik. InsyaAllah, Saya pasti akan ziarah kamu nanti kerana kita sudah ber'jiran'. Moga kelahiran little Khalifah ini bakal menjadi seorang pejuang agama=) Selamat menjadi ibu bapa mithali buat ukhti Nuha dan akhi Hassif.

Buat sister Hazwani, sahabat saya di Khalifah Institute, kami semua ternanti-nantikan kelahiran little Khalifah ini=) Moga ibu dan bayi akan sentiasa sihat dan sejahtera. May Allah ease everything. To bro Qayyum, selamat bergelar 'bapa'. Kami semua.. family members of Khalifah Youth Circle sangat-sangat gembira.

Buat Kak Zue, ex-housemate saya ketika di UPSI, peneman saya setiap kali 'stay up' membuat assignment, moga kakak tabah dan kuat semangat walaupun terpaksa berpisah dengan suami yang bekerja di seberang laut. Moga kelahiran zuriat nanti memberi sinar baru buat kalian. Be strong kakak!

Buat sahabat seperjuangan semasa di UPSI, Anis Afifah, teman sekuliah saya yang sangat memahami, saya gembira sangat dapat tahu kamu bakal menimang cahaya mata. Jaga diri baik-baik. Makan makanan yang berkhasiat. Teruskan dengan semangat mendidik ummah sebagai seorang guru yang baik.

Buat ukhti Yasmin, sahabat baik saya semasa di Kolej Matrikulasi Perak, sahabat yang sama-sama berkongsi susah payah dan air mata,saya begitu gembira mendengar khabar Yasmin sudah berbadan dua. Saya tahu kamu sentiasa kuat semangat.

Moga Allah mengizinkan saya bertemu kalian semua nanti.InsyaAllah~

Doa buat kalian..

Moga kalian akan melahirkan zuriat keturunan yang baik yang akan meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w. yang akan dibanggakan oleh Nabi s.a.w. di hadapan para nabi dan rasul yang lain, bukan sahaja kerana jumlahnya yang ramai tetapi juga kerana mereka patuh dan tunduk kepada ajaran Allah SWT.

I hope all of you will raised up your becoming child according to Qur'an and Sunnah …Allah will guide us ..INSYAALLAH… moga becoming new-born babies akan menjadi anak-anak yang Soleh kerana antara amalan yang tak terputus selepas kita mati ialah doa anak soleh.

Saya sayang kamu semua kerana Allah=)

Wednesday, March 10, 2010

Jungle explorers

Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam kurniaanNya. Kembara perjalanan kehidupan terus dilalui. Tanggal 6 dan 7 Mac 2010 yang lalu, sekolahku telah mengadakan Kem Kepimpinan 2010 untuk para pengawas, ketua dan penolong ketua kelas di Nur Lembah Bestari Eco Resort. Objektif program ini adalah untuk menonjolkan kepimpinan dalam diri mereka. As for me, the real satisfaction when I see my students realize their roles as Allah's Khalifah and show their Khalifah potentials.

Here's some pictures captured during the programmes =)

The black shoe is mine=) With my enthusiastic students, together we explore the jungle... Seeing the magnificent of Allah's creations.

Cleanliness is apart of Iman. Appreciate our nature. Good Hizami=) Teacher is very happy.

Alhamdulillah, finally we arrived safely.

Tuesday, March 9, 2010

Pearls of I.M.A.N

credit to: bro Zukhairi and bro Ghouse

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian: "Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Wallahulam.

Wednesday, March 3, 2010

The hearts of my students

BismillahirrohmanirRahim,

Semalam adalah hari yang agak hectic buat saya but I'm really happy transmitting and delivering knowledge to my students. Yesterday I've entered four classes, Form 5 (Biology), Form 4 (Biology) and Form 1 (Science)- two classes. But one thing happened that really made my heart sank when I entered the last class for yesterday.

Students' hope

I'm so excited when I saw my students outside the Science Laboratory. Pelajar-pelajar Tingkatan 1F begitu bersemangat untuk masuk ke makmal petang semalam. Kelas mereka adalah kelas terakhir yang saya ajar semalam. Sedang mereka bersedia di kerusi bersama buku-buku. Suddenly... my handphone sent a singnal.

"Nazihah, ada meeting sekarang di bilik Gerakan, datang ye" SMS yang saya terima.

Allahuakbar, semua mata anak-anak murid memandang saya. Beratnya mulut ni nak berbicara. Rasa bersalah pada mereka semua.

"Ok class, Cikgu minta maaf sangat-sangat. Cikgu baru tahu ada panggilan meeting dan terpaksa pergi. Kamu semua masuk ke kelas semula ye. Jaga diri dan kawal kelas"

"Cikgu..selalu waktu kami Cikgu mesti ada meeting..Kami baru nak belajar.." keluh anak murid saya.

Ya saya akui, minggu lepas perkara yang sama berlaku pada kelas 1F. Waktu yang sama, saya dipanggil untuk meeting. Kali ini sekali lagi kelas terpaksa di tunda..

Aduh..sedihnya. Benar-benar rasa bersalah untuk meninggalkan kelas. Tapi keberadaan saya dalam meeting adalah perlu kerana memegang amanah sebagai Bendahari program penting sekolah.

Semalam saya dihimpit rasa terkilan, sepanjang meeting saya memikirkan anak-anak murid. Ya Allah berilah peluang agar saya dapat berlaku adil pada mereka.

Love the Knowledge

I always tell my students that "Life is an open secret", I try my best instilling in themselves to love knowledge. I'm so touched with my students' arts that they have done in their Science note books.

My hope

Hari ini saya akan mengajar seperti biasa. Moga hari ini jauh lebih baik dari semalam. Realizing that I'm not just a teacher but have to fulfill my responsibility as Khalifah of Allah.Moga yang terbaik dapat diberikan buat anak-anak muridku. May Allah ease everything.

Monday, February 22, 2010

The miracle of Hidayah~

Salam alaik buat semua. Minggu ini adalah minggu mujahadah buat saya. Tugas-tugas sekolah bersifat teknikal yang terlalu banyak perlu saya uruskan. Terlalu lelah, namun saya akui semangat yang terbina memberi kekuatan untuk saya terus melangkah. Anak-anak murid adalah sumber kekuatan saya. Saya gembira bila setiap hari ke sekolah, saya ditegur dan disapa oleh pelajar-pelajar, dan yang pastinya saya tidak jemu menghadiahkan senyuman pada mereka.

Semalam selepas pulang dari sekolah jam 7.00 petang, saya menerima panggilan telefon.

"Assalamualaikum, siapa ni?"

"Cikgu, ni saya William"

"Oh, William. William di mana sekarang ni?"

"Saya sekarang tinggal di Kajang. Bulan Mac ni saya akan ke PLKN. Cikgu, macam mana nak hubungi pihak PLKN sebab saya dah pindah rumah. Takut surat tak sampai. Cikgu apa khabar?"

"Cikgu sihat Alhamdulillah. Ok takpe, nanti cikgu check di internet no telefon PLKN. Cikgu sekarang mengajar sesi petang"

"Oh, cikgu, nanti cikgu beli majalah Millenia atau Al-Islam keluaran Februari. Ada tentang kami sekeluarga"

"InsyaAllah nanti cikgu beli. Jaga diri baik2"

"Baik cikgu, Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Saya tersenyum panjang menerima panggilan telefon tersebut dari seorang bekas pelajar di sekolah saya..sungguh terharu kerana beliau mengingati saya sedangkan saya tidak berpeluang mengajarnya..

The Memory

Sewaktu saya posting tahun lepas, saya berpeluang membantu pihak sekolah mengurus pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan SPM. Waktu itu masih saya ingat, ada seorang pelajar berbangsa India datang ke sekolah untuk mengambil SPM dan beliau telah memberitahu pada salah seorang guru bahawa beliau telah memeluk agama Islam.
Saat itu, saya begitu bersungguh untuk mengenali pelajar tersebut. Walaupun saya adalah guru baru, tapi saya begitu bertekad untuk berjumpa pelajar berkenaan. Setelah mengenalpasti pelajar itu, saya mengambil peluang untuk bertemunya di kantin sekolah. Waktu itu saya masih ingat, pelajar tersebut sedang asyik mendengar lagu-lagu Tamil melalui handphonenya.

"Boleh cikgu jumpa kamu sekejap"

"Boleh, ada apa cikgu"

"Kamu William kan? Cikgu dapat tahu kamu dah masuk Islam" saya menyapanya dengan senyuman.

William tersenyum

"Tahniah, welcome William to our big family. In Islam, we are brothers and sisters tanpa mengira bangsa dan pangkat. If you have anything to ask, you can ask me. I'm here to help you" bicara saya pada William.

" Terima kasih banyak2 Cikgu" balas William

William berbangsa India dan pada asalnya beragama Kristian mazhab Jenovah. Beliau memberitahu saya bahawa keinginannya untuk memeluk Islam kerana beliau suka melihat Muslimin solat beramai-ramai pada hari Jumaat.

Allah..begitu hebat hidayah Allah. Alhamdulillah, pertemuan saya dan William begitu bermakna. Waktu itu saya berharapan, moga saya berpeluang membantu muallaf seperti William pada masa akan datang kerana beliau adalah pelajar saya. Saya doakan moga hidayah Allah terus memimpinnya menjadi Muslim yang baik. Allahuakbar!

PERKIM Ampang

Menyoroti kembara perjalanan hidup, Alhamdulillah, penglibatan saya dengan PERKIM Ampang semenjak saya di UPSI setahun lalu, telah membina suatu paradigma yang baru dalam hidup saya. Medan ini telah membina keyakinan dan kekuatan buat saya tentang pentingnya berdakwah pada non-Muslim.

Fikrah saya telah berubah sejak keterlibatan dengan PERKIM Ampang. Di sekolah, saya melihat anak-anak murid sebagai mad'u. Tidak kira bangsa dan agama. Sedayanya saya menyampaikan pada anak-anak murid saya tentang keindahan Islam.

Kenangan bersama-sama peserta-peserta dan speakers, Bro Lim dan Bro Amin ketika "Interactive Dakwah Training" anjuran PERKIM Ampang.

Peluang beberapa kali menjadi saksi pengIslaman muallaf ketika bersama PERKIM Ampang, telah membuatkan saya bermuhasabah bahawa hidayah Allah itu luas dan amat berharga. Justeru kita perlu berusaha menyampaikan keindahan Islam.

Dakwah mesti bermula dengan niat yang ikhlas dan kasih sayang. Keindahan akhlak amat penting sebagaimana baginda Rasulullah s.a.w digambarkan mempunyai akhlak yang sangat terpuji dan sentiasa "welcome" kepada sesiapa sahaja yang berjumpa dengannya tanpa mengira batas usia, keturunan, warna kulit malahan jantina.

Ayuh kita tingkatkan kesedaran berdakwah kepada non-muslim dalam diri kita. Walau hanya dengan menunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Buatlah sekadar yang kita mampu. Mudah-mudahan mereka dapat menyampaikannya kepada kawan-kawan mereka pula. Usaha yang kecil jika di lakukan secara berterusan, Insyaallah akan memberikan impak yang besar. Dan ingatlah ukuran kejayaan dalam berdakwah bukanlah berdasarkan berapa ramai orang yang revert. Tapi bagaimana kesungguhan kita dalam menyampaikan kebenaran. Allah Knows~

Jalan ini jalan JAUH. Matlamat akhir itu HAKIKI. Mencapainya memerlukuan KESABARAN dan KETEKUNAN, ujian adalah KAYU UKUR iman. Tinggi rendah iman diukur daripada NATIJAH di akhir ujian. Tetaplah TSABAT, Janji-Nya PASTI~

Thursday, February 18, 2010

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, Tahun 10 Hijriyyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.