Sunday, January 10, 2010

be a proactive young Muslim!

Salam alaik, buat sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, moga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah, kesibukan yang melanda dalam memegang taklifan sebagai guru menyebabkan ketiadaan masa meng'update' blog ini. Namun peluang dan ruang yang ada dimanfaatkan, sekurang-kurangnya, pengalaman-pengalaman lalu yang tercatat dalam blog ini menjadi kenangan buatku suatu masa nanti~

Imam Hassan al-Banna pernah berkata, "Kewajipan kita lebih banyak dari masa yang kita ada" I really admit the words~

Hujung minggu yang penuh makna

9 Januari yang lalu (Sabtu), aku telah menghadiri Majlis Makan Malam Amal bersama Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diadakan di Shah Alam Convention Centre. Kepergianku tidak bersendirian, tapi bersama bro Lim Juoi Soon dan isteri beliau dan hadirnya kami sebagai mewakili PERKIM Ampang. Program ini mendapat sambutan hangat dan kelihatan dewan SACC Convec dibanjiri oleh 1000 orang pengunjung yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Majlis ini diadakan untuk mengutip dana bagi menampung biaya sebuah program yang akan diadakan di masa hadapan. Pengarah program ini, Saudara Nik Mohd Yusof bin Ismail dalam ucapan aluannya menggambarkan bahawa wang yang diperoleh melalui Majlis Makan Malam ini dijangka mampu untuk membiayai sejumlah besar bajet yang diperuntukkan terhadap program Muktamar Sunnah yang akan diadakan.

Dr Mohd Asri tiba di SACC Convec pada jam 8.15 malam bersama-sama isteri. Turut serta ialah Dato’ Seri Shahidan Kassim ditemani oleh isteri beliau. Orang ramai mula membanjiri dewan tersebut seawal jam 7.30 malam lagi. Para penyokong dari seluruh pelusuk Malaysia, termasuk wakil dari Singapura dan Indonesia juga hadir untuk memberikan sokongan terhadap program ini. Turut hadir adalah Yang Berhormat Zulkifli Noordin, ahli parlimen PKR kawasan Bandar Baru Kulim, Yang Berhormat Zuraida Kamaruddin, PKR Ampang, dan Adun Ulu Klang, Yang Berhormat Shaari Sungib.

Ucaptama yang disampaikan oleh YB Dato' Seri Shahidan Kassim

Persembahan bertenaga dari kumpulan Algebra yang membuat persembahan secara akustik. Lagu-lagu mereka mempunyai lirik yang sangat bermakna.

Dr Mohd Asri kemudiannya menyampaikan satu ucapan berbentuk motivasi umum bertajuk ‘Perubahan Minda'. Beliau dalam ucapannya menggesa supaya masyarakat kita khususnya dapat menjadi lebih terbuka serta berdaya saing. Ucapan yang berlangsung lebih kurang setengah jam itu padat diisi dengan kata-kata hikmah yang menekankan akan perlunya perubahan ataupun tajdid minda di kalangan orang Islam agar kita dapat terus bersaing dengan kelompok lain dan tidak terus berada di takuk yang lama.

Mengabadikan kenangan sebelum pulang, Bro Kareem (pensyarah pengajian Quran di USIM) with his wife, Bro Lim Juoi Soon with his wife,Sis Tuti and me~

Dalam perjalanan pulang, Bro Lim Juoi Soon mengingatiku bahawa perjalanan hidup ini adalah kembara mengumpul bekalan untuk akhirat yang kekal abadi. Jangan pernah lupa menyampaikan tentang keindahan Islam. Subhanallah, motivasi yang amat aku harapkan. Bro Lim Juoi Soon tidak pernah jemu berdakwah dengan non-Muslim. Sungguh aku terasa begitu penting usaha dakwah ini~

Jalan ini jalan JAUH. Matlamat akhir itu HAKIKI. Mencapainya memerlukuan KESABARAN dan KETEKUNAN, ujian adalah KAYU UKUR iman. Tinggi rendah iman diukur daripada NATIJAH di akhir ujian. Tetaplah TSABAT, Janji-Nya PASTI~

No comments:

Post a Comment