Wednesday, April 21, 2010

Rindu itu anugerah Allah

Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Bangi. Muallimah terkadang terasa ingin kembali ke sana. Tapi ada perjuangan yang lebih besar di tempat Muallimah kini~

Beberapa bulan yang lalu saya menerima SMS dari seorang anak murid saya di Sekolah Menengah Islam Al-Amin:

Shahrul : Assalamualaikum Muallimah, apa khabar?
Saya: Waalaikumussalam. Muallimah sihat Alhamdulillah. Muallimah rindu pada Al-Amin dan warganya.Kamu apa khabar? Macam mana belajar?
Shahrul: Baek je. Susah sket la..Form 4 kan.. Muallimah rindu Al-Amin, ana rindu Muallimah ajar..

Bicara bersama anak-anak murid di SMI Al-Amin ku abadikan di sini.

Kenapa 'rindu' itu hadir?

Kembara perjalanan menyoroti sebuah kenangan indah buat saya kerana dengan izin Allah, pada tahun lepas, sebelum saya di'postingkan', saya berpeluang untuk mengajar di Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bangi. Ketetapan Allah yang amat saya syukuri.

Saya memang rindukan 'biah' (suasana) di sana..

Setiap pagi jam 8, semua pelajar dan guru berkumpul di dewan untuk bacaan Ma'thurat berjemaah...

Selepas itu, Solat sunat Dhuha ditunaikan..

Sebelum sesi pengajaran dan pelajaran diadakan, 30 minit diambil untuk tilawah dan hafazan Al-Qur'an..

Solat Zuhur dan Asar berjemaah...

Puasa sunat Isnin dan Khamis beramai-ramai (pelajar-pelajar dan guru-guru)

Usrah mingguan antara guru-guru...

MasyaAllah, setiap hari, makanan rohani sudah diberikan sekenyang-kenyangnya. Pengisian di sekolah bukan sahaja untuk kebaikan di dunia tapi bekalan untuk perjalanan akhirat yang abadi. Terasa tenang ke sekolah setiap hari.

Saya juga merindui guru-guru dan anak-anak murid di SMI Al-Amin

Saya kini perlu 'mujahadah' untuk istiqamah melakukan semuanya. Berhadapan dengan realiti ummah yang perlu di'islahkan' membuatkan jiwa dan iman benar-benar diuji.

FALSAFAH PENDIDIKAN SMI AL-AMIN, BANGI

Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

Ibrah (Pengajaran) dari pesanan Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W bersabda, “Siapa yang tidak menyayangi maka dia tidak disayangi.” Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Dear students, Muallimah LOVE all of you and hope for your successful in this life (dunia) and the hereafter (akhirat). Ketahuilah anak-anak muridku, kalian begitu beruntung berada di Al-Amin disaat ummah sebaya kalian begitu hanyut dengan kelalaian tapi kalian sentiasa dilimpahi pengisian rohani dan sentiasa diingati tentang peranan sebagai hamba dan khalifah Allah.

Doakan Muallimah disini teguh berjihad untuk ummah, kerana Muallimah tidak berupaya menyediakan suasana seperti kalian lalui pada anak-anak murid Muallimah sekarang, tapi sedayanya Muallimah akan tetap teguh menunjukkan qudwah hasanah (contoh yang baik) dan mencontohi Rasulullah S.A.W. InsyaAllah.

Belajarlah dengan penuh tekun dan sabar. Moga kalian terus membesar dan dewasa sebagai syabab (pemuda) dan fatayat (pemudi) yang berguna untuk agama, ummah, dan negara.

*Muallimah adalah kata ganti diri untuk penulis dalam bahasa Arab yang bermaksud Cikgu*

3 comments:

  1. alhamdulillah...
    thanks artikel ni... bila dok jauh2 dari keluarga dan anak2 dari semenanjung... kawe mmg rindukan saat2 mengajar anak2 didik dari semenanjung... kadang kaedah mengaar anak2 nonmuslim sangat berbeza dgn anak2 mulim...
    semoga anda semua terus mantap dlm perjuangan sbg Muallim, Mudarris, Muaddib dan Murabbi

    ReplyDelete
  2. salam alaiki muallimah..
    sesungguhnya kami pelajr PMR tahun lepas teramat2 sangat rindu kat muallimah..
    rindu dengan semangat dan kepecayaan yg muallimah berikan kpd kami..
    syukran jazillan ats ilmu yg muallimah sumbangkan kepada kami..
    alhamdulillah kebanyakan kami semua m'dpt kputusan yg cemerlang dlm imtihan(PMR)..

    moga kita sama2 m'dpt mardhatillah dlm m'hadapi liku2 kehidupan sebagai seorg daie..amin

    p/s : rindunya nk dengar "trke mark: muallimah : "antum semua boleh !!"

    ReplyDelete
  3. salam sahabat...

    Walaupun tidak berpijak di bumi SMI Al-Amin, terasa nurnya sehingga ke hati nurani ana yang membacanya...sungguh ana juga rindu biah sedemikian rupa namun hakikat yang Allah takdirkan adalah hadiah perjuangan yang lebih hebat. Ana yakin demi Allah yang menciptakan RasulNya, di dalam perjuangan mendidik umat Muhammad dalam biah yang jauh berbeza dengan SMI, jika kita para muallim kental, sabar dan berjihad demi amanah yang Allah berikan, pasti ganjaran pahalanya setimpal dengan beratnya ujian yang digalas. Inti utamanya, kita khalifah Allah berjuang demiNya menurut kemampuan kita. Mudah-mudahan kita semua para muallim tetap teguh, sabar dan istiqamah hingga ke titik akhir.

    ReplyDelete