Wednesday, July 15, 2009

Biarpun jauh kaki ini tetap melangkah..

Salam alaik, Alhamdulillah syukur pada Allah atas dua nikmat terbesar yang masih ada, nikmat Iman dan Islam. Syukur padaNya, hari-hari yang berlalu buat aku banyak muhasabah diri, betapa kerdilnya aku dilimpahi nikmat2Nya.
Beberapa hari ni aku kerap ke lounge Library UKM untuk mendapatkan perkhidmatan wireless Internet. Sesekali melihat mahasiswa2 UKM berjalan bersama kawan2 beriringan, melihat mereka sibuk berdiskusi, kehulu ke hilir menyiapkan assignments, sangat2 terkenang zaman kesibukan di UPSI. Terkenang antara tempat yg kurindui , Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI, tempat aku selalu ber'uzlah'. Teringat pada Asma' (bukan org tapi basikal yang setia menemaniku) dan pada sahabat setia yang selalu ada bila menjelang minggu2 imtihan al-akhr (final exams) -ukhti Izma (kaifa hal kamu agaknya sekarang).

Ukhti Izma: Sahabat yang penuh kelembutan berasal dari Kelantan. Hanya dengan Izma aku akan kecek Klate sebab Izma tak pernah gelakkan aku.Hehe.So comfortable using Kelantanese dialect with her=). Kami tak pernah bersama sepanjang sesi kuliah tapi bila tiba minggu exams, kami akan study bersama. Kami saling mengingatkan "Usaha belajar sungguh-sungguh kerana Allah, apa sahaja natijah (hasil) yakin pada Allah kerana Allah hitung pada usaha hambaNYA". May Allah bless you for being nice and sweet friend.

Jihad untuk ummah

Masa yang terluang sebelum aku menjadi guru ganti (awal Ogos ini) sedayanya aku manfaatkan sebaik mungkin. Ada buku-buku ilmiah yang aku perlu baca dan peluang berkhidmat untuk ummah kugunakan sebaiknya. Alhamdulillah peluang menghadiri seminar Interactive Dakwah Training hujung minggu lalu sebagai volunteer suatu pengalaman buatku apabila berpeluang menjadi saksi pengislaman seorang wanita Filipina. Terasa bergetar dan sayu hati melihat beliau mengucap syahadah. "Welcome sister in our family" monolog hatiku penuh syukur~

Tersentuh hati bila bro Lim nyatakan padanya "every sins done before you revert to Islam are demolished. You are like a pure, white cloth and with not even a black dots on the cloth. You are like a new born baby with no sins at all". Mengalir air mata wanita muslimah itu. Saat itu aku rasakan betapa besarnya peranan dakwah. Subhanallah. Kupeluk dan cium jasad suci itu.moga Allah pelihara Muslimah ini.

Wajah yang penuh ketenangan saat menerima mini-microfon dari bro Lim untuk mengucapkan syahadah. Sungguh hidayah itu milik Allah. Subhanallah3X

Perjalanan ku teruskan menitip ilmu yang tidak pernah berakhir. Menggunakan khidmat tenaga muda yang masih ada mencari pengalaman hidup. Akan meneruskan kembara ilmu menunaikan taklifan yang diamanahkan sebagai fasilitator untuk "Khalifah Youth Training" pada 18 July ini. Rabbuna Yusahhil InsyaAllah~

Iman itu adalah segala-galanya
Hidayah tinggi nilainya..

Wednesday, July 8, 2009

Diet cara Rasulullah

Salam alaik sahabat2. Moga semuanya dalam sejahtera. Buat sahabat2, adik2 junior sedang memulakan semester baru, laksanakan bersungguh-sungguh dengan niat kerana Allah. Khusus buat junior2 yang kini berada semester terakhir di IPT sebelum praktikal, manfaatkan waktu antum sebaiknya apatah lagi semester ni agak istimewa kerana kalian bakal melalui saat2 bersama Ramadhan yang dirindui pada semester ini. Hakikatnya ayat ini aku zahirkan kerana aku begitu rindu kenangan menuntut ilmu semasa di UPSI terutama ketika aku di semester 7 (last moment with Ramadhan at UPSI-really meaningful).

Diet cara Rasulullah

Beberapa hari lalu ada satu arikel menarik yang telah kubaca. Sangat praktikal untuk kita ikuti sebagai tips pemakanan yang sihat.Asif katsir (Maaf sangat2) kerana artikel ini tak menyatakan sumber kenyataannya tapi perkongsian ilmu ini secara saintifiknya sangatla rasional untuk kesihatan.Ada sedikit ilmu yg mungkin boleh dikongsi bersama mengenai perihal cara pemakanan Rasulullah.Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini.

*Jangan makan SUSU + DAGING
*Jangan makan DAGING + IKAN
*Jangan makan IKAN + SUSU
*Jangan makan AYAM + SUSU
*Jangan makan IKAN + TELUR
*Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
*Jangan makan SUSU + CUKA
*Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
*Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
*Tidur 1 jam selepas makan tengah hari
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam, dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ikut sunnah (Rasullullah s.a.w. makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan), sebab, bagi yang tengah study, otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hours selepas makan.

perkataan JANGAN mungkin bleh ditimbang dengan ELAKKAN, sebab mungkin ada yang kata dia makan selama ni ok je.. dalam jangka masa terdekat mgkn kita takde rasa kesan dia. Ianya mungkin ada kesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti:

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insyallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...mgkin perkara di atas biasa sangat dah dengartapi mungkin buat panduan dan ilmu yang diulang untuk kebaikan bersamaSama2lah kita mengamalkannya...

Suasana berbeza

Tinggal bersama keluarga aku rasakan waktu makanku begitu teratur. Teringat time belajar di UPSI kalau terlalu banyak assingments atau sibuk dengan program, aku rela ikat perut dan berlapar,alasan..kalau makan nanti mengantuk...kalau makan nanti tak cukup masa. Mujurla ada sahabat yang selalu ingatkan aku untuk makan=) Kadang2 makan nasi sehari sekali.Tak selalu beli lauk mahal2 (ayam,ikan bakar, sup cendawan), tahan air liur je.

Bila di rumah, semua menu idaman berpeluang untuk dirasa. Alhamdulillah. Yang pasti jangan makan berlebihan, lebihkan buah-buahan dan sayuran dan makan ikut sunnah.moga sama2 kita amalkannya. Buat yang sedang belajar, jangan ikat perut ye. (ingatan utk makan mengingatkan aku pada sahabat seperjungan yg masih di UPSI,tersenyum sendiri).

Yang terbaik untuk sistem pencernaan ialah berpuasa sunat (tapi pastikan bersahur),niat kerana Allah bukan kerana diet ye=)

Apetite: Sangat teringin nak makan laksa=) my fav food~

Tuesday, July 7, 2009

Aku dan Jalan ini...

Sobahulkhoir semua, lama sudah aku tak menjengah blog ini. Dah berhabuk kukira. Kebelakangan ni (semenjak habis praktikal) terasa kehabisan tenaga untuk menitipkan catatan di sini. Tapi sebenarnya terlalu banyak fikrah, ilham dan catatan rasa hati yang ingin dinyatakan. Alhamdulillah, selepas praktikal aku banyak menghabiskan masa mengikuti program2 NGO. Taklifan sebagai fasilitator sebaiknya kuterima sebagai pengalaman bermakna dalam pembangunan personaliti diri ini. Terima kasih ya Allah atas aturanMu yang indah ini.

Aku dan jalan ini...

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah...
perkongsian hikmah.syukran katsir buat iluvislam.com
Dakwah..jalan yang kupilih seiring perjalanan hidupku. Aku tahu dalam dunia mencabar, aku tak sekuat mana untuk melaksanakannya sendirian. Perlukan sokongan semangat nasihat dan kritikan membina dari sahabat seperjuangan. Moga tenaga kudrat seorang fatayat (pemudi) yang ada akan ku gunakan sebaiknya. Peluang sebagai pendidik akan cuba kumanfaatkan- menerapkan akidah pada bakal anak-anak muridku nanti. biiznillah~

PERKIM Ampang: Gambar kenangan bersama sahabat2 seperjuangan dan Bro. Lim Juoi Soon, kembara ilmu- Seminar "Friendly Comparative Religion"; permulaan dalam perjalanan mencari pengertian dan penghayatan dakwah~


Jalan ini jalan JAUH. Matlamat akhir itu HAKIKI. Mencapainya memerlukuan KESABARAN dan KETEKUNAN, ujian adalah KAYU UKUR iman. Tinggi rendah iman diukur daripada NATIJAH di akhir ujian. Tetaplah TSABAT, Janji-Nya PASTI~

Monday, June 8, 2009

Kem Modal Insan (KEMUDI)

Alhamdulillah, pada 30 Mei-1 Jun 2009 yang lalu, Kem Modal Insan (KEMUDI) bersama Ustaz Hj. Mohd Zamri bin Hj. Mohd Zainuldin atau lebih dikenali di kalangan kanak-kanak sebagai Ustaz Zamri "Mari Mengaji-tv9" telah berjalan dengan lancar. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Zamri dibawah Mantop Training & Consultancy. Peluang menimba ilmu sebagai fasilitator diambil sebaiknya. Terima kasih ya Allah kerana masaku tidak tersia begitu sahaja=)




Monday, May 25, 2009

Go forward young Muslim

I sometimes lie awake at night
And wonder at the stars so bright
I dream about my future too
And the things that I will do
Soon the world will count on me
I'm the future they agree
People depend on me somehow
Though small and timid, I am now
So you and I my dearest friend
Must stand together till the end
For we are one by Allah's grace
No matter what our colour or race
We must prepare ourselves today
While we journey on our life's way
So much there is to learn and see
For true believers we must be.

Kasih sejarak dua jari~

Seminggu lebih telah berlalu, aku kini telah pulang ke halaman asalku di Bandar Baru Bangi, Selangor meninggalkan warga Rumah Anak Yatim Darussakinah setelah hampir 4 bulan setengah menghuni di sana sepanjang tempoh menjalani praktikum. Sungguh aku amat merindukan anak-anak Yatim Darussakinah. Mereka sudah kuanggap seperti adik-adikku. Masih aku teringat hari terakhir sebelum meninggalkan mereka, hati aku luluh yang amat. Sedih untuk meninggalkan adik-adik yang dahagakan perhatian dan kasih sayang. Sedaya upaya aku menyembunyikan rasa sedih dengan senyuman dan gelak tawa.

Bila petang,aku mesti teringat adik2ku di sana yang dangat lincah dan aktif bermain.macam2 permainan yang kreatif mereka wujudkan.kadang2 aku pun naik takut tengok mereka main. Bak kata mereka, "kami lelaki, kenala main yang kasar2" Huhu, dan selalunya kakak akan dok tepi tengok mereka bermain.Kalau ada yang cedera, kakak jadi "doctor instant" =).

Menjelang Maghrib kakak mesti terkenangkan kalian yang comel2 berbaju Melayu dan berkain pelekat menuju ke surau untuk solat berjemaah. Kadang2 lepas mengaji Qur'an kak mesti teringatkan Zainul Ariffin. Semasa di rumah Anak Yatim Darussakinah kakak selalu ajar Zainul mengaji selepas maghrib. Kakak harap sangat Zainul cepat dapat mengaji Quran. Kakak tahu Zainul tak pernah putus asa untuk belajar mengaji.

Buat Ariff yang bakal menduduki peperiksaan SPM, kakak tahu kamu boleh jika kamu berusaha sungguh2.Ilmu-ilmu Biologi yang kakak ajar, moga kamu tidak lupa.Kakak kagum melihat kamu mempunyai bakat melukis. Buat Aslam yang akan menduduki peperiksaan PMR, rajin2 belajar. Terima kasih atas gelaran "Ummu Hurairah" yang kamu beri pada kakak kerana begitu menyayangi kucing2 di Darussakinah =)

Terima kasih ya Allah atas aturanMu yang indah, bersama anak-anak yatim ini, aku belajar erti hidup, belajar jadi hamba yang bersyukur. Sedayanya aku zahirkan kata-kata "Erti hidup pada memberi".(Ustaz Hasrizal Jamil).Kasih sayang kakak pada kalian kerana Allah dan buat selamanya. Moga kalian membesar dalam pemeliharaan Allah. Ketahuilah kalian sungguh istimewa di hati kakak.Terima kasih ya Allah atas perjalanan hidup yang indah bersama adik2 di Rumah Anak Yatim Darussakinah
Surat buat kakak
Hari terakhir sebelum meninggalkan Rumah Anak Yatim Darussakinah, aku menerima surat dari anak yatim di sana. Saat membacanya terasa sayu dan hiba. Meski ringkas tapi cukup terkesan dihatiku..


Assalamualaikum
Kepada kakak... Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana akak selalu mengambil berat terhadap kami..
Saya tiada apa-apa untuk diberikan kepada akak. Semua masa dan tenaga yang telah kakak curahkan kepada kami tanpa mengenal erti ‘penat datidak dapat kami balas semua itu dengan hanya sehelai kertas yang tiada nilai ini.. Kenangan ‘pahit manis’ ketika bersama akak tidak akan saya lupa dan ia akan terus subur di dalam ingatan saya. Akak jangan sedih... Sebelum mengundur diri, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap yang telah saya lakukan semasa akak berada di asrama ini.Semua yang baik itu daripada Allah S.W.T dan semua kelemahan itu semuanya daripada saya.
Yang benar,
Mohd Nur Ariff


Surat yang kuterima itu, kulipat kemas, tak mampu menahan air mata. Kakak mohon maaf kerana meninggalkan kalian. Tapi ketahuilah, kalian sentiasa di dalam doa kakak. Moga kalian membesar sebagai syabab-syabab yang berakhlak mulia.berjaya dunia dan akhirat.
Kak pasti akan ke sana suatu masa nanti~


“Mereka menanyakan kepadamu (Muhamad) tentang anak-anak yatim. Katakanlah, Memperbaiki keadaan mereka (islah) adalah baik! Dan jika kamu mempergauli mereka, maka mereka adalah saudara-saudaramu. Allah mengetahui orang yang membuat kerosakan dan yang berbuat kebaikan. Dan jika Allah menghendaki, nescaya Dia datangkan kesulitan kepadamu. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana”
( Al-Baqarah:220)