Sanah Helwah
Alhamdulillah setinggi kesyukuran kupanjatkan kepada yang Maha Pencipta. Tanggal 16 Oktober yang lalu, genaplah umurku 23 tahun (tiada rahsia lagi.ngee~) . MasyaAllah tepat tarikh itu tiba, aku terima begitu banyak mesej ucapan Selamat Hari Lahir daripada sahabat2 yang terlalu lama tidak ketemu, sahabat2 KISAS (Ain Jaafar ,you're the first to be), Matrikulasi Perak, sahabat UPSI, keluarga Persatuan Bahasa Arab UPSI, ALA UIA, Khalifah Institute members dan anak-anak murid. Ya Allah, terima kasih semua!!
Alhamdulillah, moga kalian tahu betapa gembira dan berertinya ucapan ringkas tersebut buat diri ini. Ini tidak termasuk lagi ucapan2 yang datang dari dunia cyber,emel,etc. Subhanallah, indahnya ukhuwah atas ingatan yang kadang kala terasa kecil dan enteng untuk dilakukan.
Teringat satu ucapan yang kuterima dari seorang Junior UPSI yang mendoakan agar aku cepat membina Baitulmuslim. Katanya, supaya sinergi di medan ilmu dan dakwah akan lebih bertambah. Tersenyum membaca ucapannya dan aku tahu, sebenarnya itu adalah harapan dan impiannya yang dizahirkan sebagai ucapan=D Ameen Ya Rabb,doa kakak juga untuk kamu.
Penghargaan yang Abadi
Saat tiba tarikh kelahiran, tiada yang lebih bermakna selain doa dipanjatkan buat ummi dan ayah atas kesusah payahan membesarkan anak gadis seorang ini.Your eternal love to me will be rewarded by Allah. Moga aku menjadi anak yang solehah sebagai hadiah bermakna buat orang tuaku.
Semalam saat aku melayari blog sahabat2, terkejut besar melihat entry yang ditulis oleh sahabat seperjuanganku,Ukhti Sakinah (http://www.kinahashim.blogspot.com). Terasa nak mengalir air mata. Ketahuilah sahabat, diri ini sangat-sangat menghargainya. Terima kasih atas ingatan di hari lahir diri ini =) Muhasabah usia
Moga dengan pertambahan umur,maka bertambah juga amalan hendaknya. Jangan lupa semakin bertambah umur bermakna tempoh usia di dunia semakin berkurang- antara pesanan yang kuterima daripada sahabat di hari lahirku.
Syukran sahabat atas ingatan bermakna ini. Umur yang telah berlalu membuat aku muhasabah diri moga Allah sentiasa memberi ruang dan peluang padaku untuk mengislahkan diriku dan mengislahkan orang lain juga. Kecintaanku pada ilmu moga akan senantiasa bertambah agar dengannya aku lebih rapat lagi dengan yang Maha Pencipta.
Di padang Mahsyar nanti, antara soalan yang akan ditanya oleh Allah S.W.T ialah , “Ke mana umur mudamu dihabiskan?”. Tuhan tidak bertanyakan umur tua. Ini menunjukkan betapa bernilainya masa muda berbanding tua. Sehubungan dengan itu Nabi s.a.w mengingatkan dalam hadisnya yang bermaksud: “Pergunakanlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat,sebelum sakit. Masa muda sebelum tua. Masa lapang sebelum sibuk. Masa kaya sebelum miskin. Masa hidup sebelum mati.”
Masa diukur bukan pada nilai kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkat, panjang atau pendeknya tapi bergantung kepada bagaimana ia diurus dan untuk apa ia digunakan. Imam Nawawi r.h.m. misalnya, ulama yang tidak panjang usianya tetapi begitu besar jasanya. Malah hingga kini kitab-kitab yang ditulisnya dinilai ‘sangat luar biasa’ bukan sahaja dari segi kerelevenan dan kesignifikannya tetapi juga tempoh masa untuk menghasilkannya berbanding usianya yang relatif singkat!
Lihat juga masa pemerintahan Umar ibn Abdul Aziz r.a. yang begitu pendek (hanya sekitar dua tahun) berbanding masa pemerintahan khalifah Bani Umayyah yang lain, akan tetapi Umar Ibn Abdul Aziz terus dikenang sebagai pemerintahan yang sangat mirip dengan Khulafaur Rasyidin. Bukan kerana kuantiti masa pemerintahannya tetapi kerana kualiti masa selama kepimpinannya- Umar ibn Abdul Aziz mengatasi kredibiliti khalifah-khalifah yang lain.
Kuantiti masa tidak boleh “dipanjangkan” tetapi kualitinya boleh dipertingkatkan. Justeru dalam Islam banyak hadis yang menjelaskan tentang fadilat suatu amalan yang digandakan melebihi tempoh masa dan tenaga yang digunakan. Misalnya Rasulullah s.aw. pernah menegaskan bahawa sesiapa yang bersolat jemaah Isyak dan Subuh, maka dia seolah-olah telah beribadah sepanjang malam. Juga bagi orang yang berfikir sesaat tentang kebesaran Allah lebih baik daripada beribadah selama setahun!.
Ingatan bersama buat diri dan sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi fillah
Rasullullah s.a.w berpesan pada Abdullah bin Umar “Jadikanlah (hidupmu) di dunia ibarat seorang tamu atau pengembara yang sedang singgah di tengah perjalanan,” (Riwayat Bukhari)
Itulah seharusnya kehidupan Mukmin di dunia ini. Ia harus menjadikan akhirat sebagai tujuan perjalanannya, dan dunia ini sebagai tempat persinggahan,yang tidak lama akan ditinggalkan..
Justeru, buat diriku juga sahabat2, syabab dan fatayat (pemuda dan pemudi) teruskanlah mujahadah di medan ilmu, menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan, ilmu dunia dan akhirat. Tenaga kudrat yang ada manfaatkanlah dengan aktiviti-aktiviti berorganisasi,dakwah, kemanusian, kemasyarakatan.
“Statiknya air akan merosakkannya, statiknya pemuda (dengan banyaknya masa lapangnya) akan membunuh dirinya”. -PEPATAH ARAB