Friday, August 21, 2009

Beside the hard things there's love from ALLAH~

Sobahulkhoir semua. Buat sahabat2 yang sudah lama kutinggalkan tanpa khabar, mohon maaf atas kepergian. MashaAllah,masa begitu pantas berlalu. Alhamdulillah.buat pengetahuan semua, aku kini telah ditaklifkan sebagai Muallimah di Sekolah Menengah Islam Sri Al-Amin Bangi, satu taklifan berharga yang akan kukongsikan kelak pada kalian. Hari-hari berlalu bertambah sibuk,mudah-mudahan kesibukan ini membuahkan hikmah buat diri ini yang penuh kelemahan.

Perjalanan ke bumi UPSI yang penuh pengertian

14 Ogos lalu adalah hari bermakna buat diriku dan semua sahabat2 seperjuangan di hari Konvokesyen UPSI setelah 4 tahun kembara hidup di bumi UPSI. Mengimbas kembali perjalanan kehidupan di medan ilmu, terasa begitu manis sekali untuk dikenangkan setelah melalui pelbagai cabaran, dugaan, kenangan pahit dan manis. Pastinya tidak dapat dizahirkan semuanya di dalam catatan serba ringkas ini.

Aku bertolak ke UPSI sehari lebih awal untuk memudahkan pengurusan. Terima kasih buat ayah atas kepercayaan dan keyakinan memberi peluang aku memandu kereta ke UPSI. Hari itu aku telah mendapat berita pemergian arwah Ustaz Asri Rabbani, terasa sebak hati, dan dalam rasa penuh sayu dan insaf aku meneruskan perjalanan ke UPSI. Al-Fatihah buat arwah Ustaz Asri. Dalam perjalanan, aku membuka radio IKIM.fm sebagai menemani perjalanan pertama kali ke UPSI. Hati diruntun rasa pilu saat lagu dan zikir alunan arwah Ustaz Asri dikumandangkan di radio kegemaranku. Mengingatkan aku tentang perjalanan hidup sementara di dunia, yang pasti kita semua bakal menemui pencipta yang Maha Agung.

“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…"- Ustaz Asri Rabbani.

Sesungguhnya kematian bukanlah cerita akhir dalam hidup, tapi kematian adalah permulaan kisah kehidupan, kehidupan akhirat yang kekal abadi..kerana mati adalah pintu untuk bertemu dengan Allah SWT. Bagaimanakah pula keadaanku nanti? Ya Allah..Bersama linangan air mata yang mengalir kuteruskan perjalanan~

Hadiah buat semua

Alhamdulillah3X kesyukuran kupanjatkan pada Allah, kejayaan ini kuhadiahkan buat ummi dan ayah yang banyak berkorban bersama cinta dan kasih sayang mereka. Saat menyarungkan jubah konvo aku sudah terasa sebak, saat melangkah ke dewan, air mata terasa ingin mengalir melihat wajah ummi dari kejauhan. Hakikat kesyukuran kuzahirkan dengan senyuman. Terima kasih sangat2 ya Allah. Sekeping Ijazah yang kuterima padaku bukan milik mutlak aku seorang kerana hakikatnya, untuk menerima ijazah ini terlalu banyak insan-insan yang memberi sokongan, bantuan dan semangat. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua.

Saat keluar dari dewan, ayah mencium dahiku dengan senyuman. Subhanallah walhamdulillah Allahuakbar. Terima kasih ayah, terima kasih ummi atas cinta tanpa syarat yang kalian berikan. Moga Allah memberi ruang dan peluang untuk aku membalas jasa2 mereka. Yang pasti kembara mencari ilmu tidak akan pernah berakhir sehingga saat bertemuNYA. Ku kongsikan sedikit gambar kenangan ketika hari Konvokesyen di UPSI. Moga aku akan terus tabah dan cekal menimba ilmu2 Tuhan yang terlalu banyak dan moga Allah menjadikanku seorang pencinta ilmu~

Kenangan bersama sahabat-sahabat yang selalu menumpangkan aku di bilik mereka di Taman U saat aku kelelahan untuk pulang ke Kolej Za'ba yang jauh itu =)

Berkongsi kegembiraan bersama sahabat seperjuangan, Ukhti Sakinah_ bersama beliau kami berkelana menimba pengalaman hidup di UPSI. Syukran katsir menjadi pendokongku saat bersama Persatuan Bahasa Arab dan saat bersama mengadakan program di Rumah Anak Yatim Darussakinah. syukran ya ukht!

Rindu pada anak-anak yatim Darussakinah

Selesai hari konvo, aku minta izin pada ayah untuk menziarahi adik-adik di Rumah Anak Yatim Darussakinah, Teluk Intan Perak sebelum pulang ke halaman sendiri di Bangi. Terima kasih sekali lagi ayah kerana mengizinkan aku memandu ke sana. Kejayaan ini juga milik mereka yang kuingin kongsikan bersama mereka. Ramadhan yang bakal menggamit tiba juga antara asbab aku ingin sekali bertemu mereka. Kenangan manis tinggal bersama anak-anak Yatim Darussakinah selama hampir 5 bulan ketika menjadi guru praktikum awal tahun ini adalah nikmat terindah dari Allah buatku. Terima kasih ya Allah~

Adik2 yang yang excited dengan mafla Palestin hadiah dari Afif (adik kandungku). TQ Afif=)

Kegembiraan kalian adalah kegembiraan kakak. Moga kalian membesar menjadi syabab berguna untuk ummah dan agama.

“Mereka menanyakan kepadamu (Muhamad) tentang anak-anak yatim. Katakanlah, Memperbaiki keadaan mereka (islah) adalah baik! Dan jika kamu mempergauli mereka, maka mereka adalah saudara-saudaramu. Allah mengetahui orang yang membuat kerosakan dan yang berbuat kebaikan. Dan jika Allah menghendaki, nescaya Dia datangkan kesulitan kepadamu. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana”
( Al-Baqarah:220)