Monday, April 6, 2009

Pertemuan dengan Sultan

Masaulkhoir semua. Hujung minggu yang telah berlalu, macam-macam peristiwa menarik yang dilalui. Yang pasti bagi adik-adik di sini, pengalaman bertemu Sultan Perak adalah kenangan menggembirakan buat mereka. Semalam anak-anak yatim Darussakinah dijemput menghadiri Majlis Ramah Mesra Sultan Perak bersama Anak Yatim Negeri Perak Sempena Sambutan Jubli Perak di Dewan Bandaran Ipoh. Di bawah adalah sedikit paparan kenangan semalam (^^)

Pelbagai aksi dirakamkan sebelum bertolak ke Ipoh (Candid!)

Majlis Ramah Mesra DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bersama Anak Yatim Negeri Perak Sempena Sambutan Jubli Perak 5 April 2009/9 RabiulAkhir 1430H

Anak-anak yatim yang diraikan (^^)

Wajah kudus Aiman di sebalik makanan yang terhidang. Laziz!!

Wajah ceria Iskandar dan Solehan.


Agenda yang dinanti, penerimaan sumbangan dari Sultan dan Sultanah Perak. Aku yang ambil gambar ni (^^). Gembira berpeluang melihat dan bertemu pemerintah dari dekat tanpa protokol yang merumitkan.

Pertemuan yang Indah
Assalamualaikum, akak dari mana?”
“Waalaikumussalam, akak dari BAKIP (Badan Khidmat Islam Perak)”
Nama akak siapa?”
“Rohana. Eh, tak perlulah panggil akak,dah tua dah, panggil makcik la” kata Ummi Rohana tersenyum.

Semalam, aku berkenalan dengan seorang yang sangat istimewa pada pandangan mata hatiku, Ummi Rohana. Aku memanggilnya “Ummi” kerana itulah gelaran yang dipanggil oleh anak-anak yatim BAKIP pada wanita istimewa ini. Wajah Ummi Rohana begitu tenang,penuh kelembutan seorang ibu. Cara Ummi melayan dan berkomunikasi dengan anaknya begitu lembut sekali. Ummi Rohana berkhidmat di Rumah Anak-Anak Yatim BAKIP sudah menjangkau 11 tahun bersama-sama suaminya. Suatu tempoh yang lama. Padaku Ummi Rohana satu contoh muslimah yang berjihad untuk ummah. Melihat anak-anak yatim yang membesar di bawah asuhannya adalah suatu kepuasan buat Ummi.


Pertemuan yang singkat dengan Ummi sudah cukup menunjukkan Ummi seorang isteri solehah dan ibu mithali. Seringkali kelihatan Ummi menghadiahkan senyuman penuh kelembutan pada suami dan anak-anaknya.Terima kasih ya Allah pertemukan aku dengan seseorang yang boleh aku jadikan Qudwah hasanah dalam hidup ini.


Ummi Rohana, moga aku juga akan sepertimu~

No comments:

Post a Comment